MUST READ:
HOW UMNO HIJACKED THE MALAY NATIONALIST AGENDA AND THE FIGHT FOR INDEPENDENCE FROM OTHERS AND THEN SUPPRESSED WITH ITS DISTORTED VERSION OF MALAYSIAN HISTORY IN SCHOOL TEXTBOOKS AND THE MAINSTREAM MEDIA
TOKOH-TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN TANAH MELAYU (1906-1956)
September 4, 2011
oleh
Adnan Abdullah
https://www.facebook.com/notes/adnan-abdullah/tokoh-tokoh-pejuang-kemerdekaan-tanah-melayu-1906-1956/260795930607488
Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat
umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku
sejarah. Sebahagian daripada pejuang-pejuang yang terlibat dengan
perjuangan menentang penjajah itu telah gugur dan ada juga sebahagiannya
yang masih hidup.
Ibrahim Haji Yaacob
Ishak Haji Mohamad
(Pak Sako)
Ahmad Boestamam
Dr Burhanuddin al Helmy
Abdullah CD
Shamsiah Fakeh
Us Abu Bakar al-Baqir
Rashid Maidin
Aziz Ishak
A Samad Ismail
S.A. Ganapathy
Perjuangan
awal menentang penjajahan British dan menuntut kemerdekaan bermula pada
tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat
pendidikan di Timur Tengah antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi,
Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha. Selepas itu,
perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan
dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM).
KMM
telah ditubuhkan pada 1938 di Kuala Lumpur iaitu ibu
negara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) untuk
melindungi hak-hak orang Melayu dan menentang penjajahan British.
Antara pemimpinnya adalah Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak
Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy.
KMM
merupakan pertubuhan politik bersifat kebangsaan yang pertama di
British Malaya. Pertubuhan ini berhasrat untuk menggulingkan
pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu dengan tindakan keras dan
menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia di bawah panji-panji Melayu
Raya. Perjuangan yang amat radikal ini menyebabkan pihak Inggeris
menggangap mereka pejuang berhaluan kiri. Pada tahun 1942, penjajah
British telah mengharamkan KMM dan pucuk kepimpinan KMM termasuk Ibrahim
Yaacob telah dipenjarakan. Perjuangan KMM menjadi lemah apabila ramai
pemimpin mereka ditangkap.
Jepun telah mengalahkan tentera
Britsh dan menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941. Semasa
pemerintahan Jepun, KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun
Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA)
untuk menentang penjajah Jepun pula. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan
KMM dan MPAJA kerana terlibat dengan perjuangan kemerdekaan Tanah
Melayu. MPAJA adalah penjelmaan Parti Kominis Malaya yang ditubuhkan
pada tahun 1930 untuk menentang penjajahan British. Selepas Jepun
dikalahkan, pihak British telah memberi penghargaan kepada KMM dan PKM
diatas kerjasama mereka menentang Jepun.
Selepas tamat
peperangan dunia ke-2 (1939 - 1945) dan berundurnya Jepun dari Tanah
Melayu, pihak British telah menguasai semula Tanah Melayu sebagai
penjajah. Satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) bertujuan menentang penjajahan British. PKMM
ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak dan meluluskan penggunaan
slogan MERDEKA serta benderanya ialah MERAH-PUTIH. Semboyan MERDEKA
dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran
agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan
kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah (British).
Antara
yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad
(Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad,
Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir.
PKMM telah
berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi
tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya:
1)
API (Angkatan Pemuda Insaf) dibawah pimpinan Ahmad
Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 oleh pihak penjajah British
dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.
2) AWAS
(Angkata Wanita Sedar) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh. Diharamkan
pada 18 Jun 1948 oleh pihak penjajah British dengan persetujuan YDP
Umno, Onn Jaafar.
3) BTM - Barisan Tani Malaya (BATAS)
yang ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad.
Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan
Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar -
Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas, Johor - Kadir dan Negeri
Sembilan - Ibrahim Baba.
4) Jabatan Kerja Melayu (JKM)
yang telah didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin dan
Setiausaha Abdullah CD, merangkap ketua bahagian Selatan. Bahagian Utara
diketuai oleh Rashid Maidin dan bahagian Timur diketuai oleh
Kamaruzaman Teh.
5) Hizbul Muslimin. Ditubuhkan pada 17
Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz
Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiyai Mashur Azahari. Pada 18 Jun
1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar
mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan
merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.
6) GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.
7)
Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya (KBMM). Ditubuh pada tahun 1946 di bawah
pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada
1947.
8) Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU)
yang merupakan gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah
memilih S. A. Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib
Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.
8) Kesatuan Opera Melayu (KOM).
9) Persatuan Pemandu Teksi (PPT).
10)
PETA - Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun
1948 oleh pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn
Jaafar.
11) Majlis Agama Tertinggi Se-Malaysia (MATA) pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.
Pada
tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan
perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa
pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dan membentuk Barisan Bersatu
PUTERA-AMCJA. Dua badan politik utama yang membentuk PUTERA-AMCJA ialah
Pusat Tenaga Ra'ayat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action
(AMCJA).
PUTERA dianggotai oleh:
1. Malay Nationalist Party (MNP) atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
2. Peasants Union atau Barisan Tani Se-Malaya (BATAS)
3. Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
4. Angkatan Pemuda Insaf (API)
dan 70 pertubuhan2 kecil.
AMCJA pula dianggotai oleh:
1. Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU)
2. Malayan Indian Congress (MIC)
3. Malayan Democratic Union
(MDU)
4. Malayan New Democratic Youth League (MNDYL)
5. Malayan People's Anti-Japanese Army Ex-Service Comrades Association (MPAJA)
6. Women's Federation (W's Fed)
bersama Tan Cheng Lock (TCL) sebagai Pengerusi.
Antara
gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat
berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang
dikenali sebagai HARTAL., 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu
mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak
dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.
Putra-AMCJA telah
menggubal 10 fasal PERLEMBAGAAN RAKYAT (The People’s Constitution) untuk
kemerdekaan. Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan elit
Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar –
yang kini dikenali sebagai UMNO), menggubal satu lagi perlembagaan yang
dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
British
tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera-AMCJA dengan menolak
Perlembagaan Rakyat dan sebaliknya menggantikan Malayan Union dengan
membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Yang Dipertua Umno,
Dato’ Onn Jaafar untuk menerajuinya.
Barisan Bersatu
Putera-AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, telah diharamkan pada 18
Jun 1948 oleh penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP)
Umno, Dato' Onn Jaafar. Sebelum itu pada tahun 1947, Ahmad Boestamam,
salah seorang pemimpin Putera-AMCJA telah dipenjarakan oleh British
selama 8 tahun. Tekanan pihak British terhadap kumpulan-kumpulan yang
memperjuangkan kemerdekaan itu telah memaksa mereka meneruskan
perjuangan bersenjata dari dalam hutan.
British telah
mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan
komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu
tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dengan mengambil tindakan menangkap
sesiapa sahaja yang menentang.
Antara bukti bahawa Darurat
1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan ’pecah perintah’
British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu
Putera-ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir
pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara
rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mereka bukan komunis,
namun tindakan British itu bertujuan melumpuhkan perjuangan rakyat
disamping menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu
UMNO.
Bendera BATAS
Bendera Sang Saka Merah Putih Malaya Merdeka
Did they purposely miss this out in our school's Sejarah book?