UPDATE: 23 August 2009: 2.30 pm
The family of Rafizah Mohamad Ali is demanding that Barisan Nasional candidate for the Permatang Pasir by-election Rohaizat Othman openly declare that he has two wives, including Rafizah who resides in Pahang. Read here--- End of Update ---
"... Keluarga Rafizah Mohamad Ali menuntut calon BN, Rohaizat Othman supaya mengisytiharkan beliau mempunyai dua orang isteri, termasuk Rafizah yang menetap di Pahang.
Sehubungan itu, bapanya, Mohamad Ali Abdullah, 59, memberi tempoh sehingga malam ini untuk Rohaizat yang juga setiausaha Umno Permatang Pauh membuat pengumuman tersebut.
Mohamad Ali berkata beliau sedang menimbang agar meminta penceramah daripada Pakatan Rakyat menjelaskan kedudukan sebenar berhubung isu ini kepada rakyat serta berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.
Ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi, Mohamad Ali berkata, beliau telah mewalikan pernikahan antara anaknya dengan Rohaizat di pejabat kadi dalam daerah Pekan pada tahun 2005 dan didaftarkan pada tahun yang sama.Read here for more
Related article: Not one but three charges against UMNO/BN Candidate for Permatang Pasir, Rohaizat Othman

The UMNO candidate for Permatang Pasir, Rohaizat Othman has publicly DENIED he has a SECOND wife.
He told reporters:
“I don’t have a wife by the name of Hafizah… my wife is Khairul Niza Abdul Razak and I NEVER got married in 2005,”An audio clip surfaced on the internet regarding an interview with a person identified as the father of the second wife of the UMNO candidate for Permatang Pasir, Rohaizat. The interview indicated:
- The second wife of UMNO candidate, Rohaizat is called Norfaezah binti Mohd. Ali, and commonly called by friends and relatives as "Hafizah".
- Her father, Mohd. Ali bin Abdullah confirmed that Rohaizat was married her daughter, Hafizah. The father acted as the "jurunikah" for the occasion.
Go HERE to listen to the telephone interview (in BAHASA ) with Hafizah's father or HEREThe full story of the secret marriage between Rohaizat and Hafizah is reported HERE (read excerpts below)
Pendedahan Siapa Isteri Kedua Calun UMNO Rohaizat Othman
Excerpts: Read here for moreRohaizat pula menafikan cerita tersebut dan memberitahu bahawa dia hanya mempunyai seorang isteri yang bernama Khairul Niza Abdul Razak, seorang Pensyarah di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
Apa cerita yang sebenarnya?
Team Perakexpress semalam telah menemubual mereka yang terlibat untuk mendapatkan cerita sebenar dari keluarga ‘Hafizah’ ataupun ‘Rafizah’ sendiri.
- Nama sebenar wanita tersebut ialah Norfaezah binti Mohd. Ali. ‘Hafizah’ adalah nama timang-timangan dan nama panggilan dipejabat.
- Bapa Norfaezah bernama Mohd. Ali bin Abdullah, dan ibunya bernama Embun.
- Norfaezah kini menetap di Kuala Lumpur manakala ibubapanya menetap di sebuah bandar di Pahang.
- Memang benar, Norfaezah (selepas ini dipanggil Hafizah) pernah bekerja di pejabat milik Rohaizat.
- Kegigihan Hafizah menyebabkan beliau kadangkala terpaksa balik lewat, dan kesempatan ini telah dipergunakan oleh Rohaizat.
- Dengan pujuk rayu, Hafizah jatuh cinta kepada Rohaizat tetapi terpaksa menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan isteri pertama Rohaizat. Rohaizat terpaksa menyembunyikan perkara ini, kerana dia bergantung harap kepada isteri pertamanya, kerana nama beliau telah disenaraihitamkan oleh pihak bank.
- Semua urusan pembelian seperti rumah dan kereta terpaksa menggunakan nama isteri pertamanya ataupun nama Hafizah.
- Rohaizat telah membeli sebuah rumah di Bertam, Kepala Batas dan rumah tersebut telah didaftarkan diatas nama Hafizah. (Tinjauan kami petang semalam mendapati rumah tersebut telah disewakan kepada orang lain.) Hafizah menetap disini dan Rohaizat hanya datang apabila perlu.
- Semasa menetap disini, ibu bapa Hafizah pernah datang dan meminta bertemu dengan Rohaizat. Dalam pertemuan tersebut, En. Mohd. Ali meminta mereka berkahwin selepas melihatkan hubungan yang sudah diluar batasan, tetapi Rohaizat enggan mengahwini Hafizah.
- Kira-kira dua bulan selepas itu, Rohaizat pergi ke rumah En. Mohd Ali di Pahang, dan mungkin kerana keterlanjuran, bersetuju untuk mengahwini Hafizah, tetapi majlis perkahwinan tersebut dibuat secara sembunyi.
- En. Mohd. Ali sendiri menjadi jurunikah, menikahkan anaknya Hafizah dengan Rohaizat.
- Tetapi perkahwinan tersebut tidak didaftarkan, sebaliknya hanya satu surat perjanjian dibuat untuk membuktikan Rohaizat dan Hafizah sudah berkahwin.
- Tidak lama selepas perkahwinan tersebut, Bapa hafizah, En. Mohd. Ali telah berkunjung kerumah ibu bapa Rohaizat di Kg. Pelet, Seberang Perai, (dalam DUN Permatang Pasir), untuk memaklumkan bahawa anaknya telah berkahwin dengan Rohaizat.
- Tetapi kedatangan En. Mohd. Ali kerumah ibubapa Rohaizat tidak dilayan oleh mereka. Malah En. Mohd. Ali sekeluarga telah dihalau dari rumah tersebut oleh ibu dan abang Rohaizat.
- Kecewa dengan perbuatan ibubapa Rohaizat, En. Mohd. Ali kembali ke Pahang dengan membawa Hafizah bersama mereka.
- Namun, tidak lama kemudian, Hafizah mengambil keputusan untuk melarikan diri dan kembali kepangkuan Rohaizat.
- Mereka kemudian menetap di Sungai Aceh, Nibong Tebal kerana rumah di Bertam telah disewakan kepada orang lain.
- Hasilnya, Hafizah mengandung.
- Amat menyedihkan, apabila Rohaizat enggan mengaku bahawa anak dalam kandungan Hafizah itu anaknya, dan mendesak Hafizah supaya menggugurkan kandungan tersebut. Bayangkan, bagaimana perasaan seorang wanita yang diperalatkan untuk kepentingan wang dan nafsu, tetapi hanya di layan seperti perempuan simpanan.
- Hafizah kembali ke Pahang dan menggugurkan kandungan tersebut.
- Rohaizat telah pergi menemui Hafizah di Pahang dan merayu supaya kembali kepadanya.
- Hafizah termakan pujuk rayu Rohaizat dan kembali ke Pulau Pinang. Tetapi selepas merasakan Rohaizat hanya mahu mempergunakannya, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Rohaizat dan berhijrah ke Kuala Lumpur.
Kalau Rohaizat boleh menipu isterinya, menipu Hafizah….apakah dia tidak mampu menipu rakyat Permatang Pasir? Malah pemimpin Umno sendiri sudah mampu ditipunya, sehinggakan dari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri…sudah tertipu.
Dalam Malaysiakini juga dilaporkan bahawa Rohaizat akan menyaman Nasrudin Tantawi sekiranya Nasrudin gagal membuktikan dakwaannya.
Perakexpress TIDAK akan menyiarkan gambar-gambar mereka kerana itulah perjanjian kami. Dan kami tidak mahu mengaibkan mereka lagi, cukup sekadar meminta Rohaizat menginsafi diri dan memohon maaf kepada keluarga Hafizah dan En. Mohd. Ali.
- Petikan dari laman web Perak Express