Click HERE "COMEDY OF ERRORS" by Raja Petra Kamarudin
So please go to Malaysia-Today and click on "Comedy of Errors" to read.
A MUST READ ARTICLE !!
***************************************************
HILARIOUS: Also Must Read ARTICLE BELOW:
What transpired DURING the lodging of the report to the police by the UMNO Information Chief. Read here (In Bahasa Malaysia) by Husin Lempoyang, "Bila Pemburu Musang Tak Kenal Musang".
Excerpts: "... Dia orang ni pendekar yang hanya tahu lagu IT pasal Siti Nurhaliza nyanyi tapi tak tahu IT.....Kemudian datang satu budak yang mungkin cyberwarrior yang nampak tahu sikit, terus dia pergi ke satu artikel dan dia cari dalam komen-komen tu. Dia tersebut "Eh ... dah tak ada". Opps pecah lubang ... kawan saya cakap ini macam sesuatu tak kena.
Akhirnya datang seorang pemberita suratkhabar Cina, katanya Oriental Daily, yang tolong tengokkan dan dia yang pileh mana satu komen-komen yang kononnya hasutan. Nasib baik ada wartawan suratkhabar Cina . Itupun dalam bergegas dia tolong UMNO buat laporan, ada lah tersilap.
Sampai ada komen yang tak menghasut pun di kata menghasut. Dalam laporan The Star, Mat Tyson meletakkan komen berikut sebagai menghasut: 'Why fight, we are Malaysians, let us live peacefully and be happy'.
Hai ini lah susahnya orang tak tahu bahasa Inggeris.
Cerita pasal Mat Tyson tak tahu Inggeris, ada satu peristiwa masa dia menang jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan Team Wawasan. Adalah satu televisyen asing bertanya: “What is it that made you successful in this attempt?”
Mat Tyson terus jawab: “I think UMNO delegates appreciate my prestasation.”Semua terdiam dan tergamam tak tahu apa perkataan "prestasation".
Menyedari keadaan, Mat Taib toleh kepada pembantunya dan tanya apa tu prestasi. "Performance lah Tan Sri" …. jawab pembantunya termalu-malu. ..."
"...Thank you Tan Sri Muhammad, as the UMNO Information Chief and thus, de facto Head of Propaganda for UMNO, you and your clumsy manners have actually promoted Malaysia Today.net instead of curbing it AFTER you find it ‘unacceptable’ and ’spreading lies and inaccurate information’.
So Tan Sri, anymore smart ass ideas?"
"...Assalamualaikum Tan Sri,
Pertamanya, izinkan saya mengucapkan jutaan syabas dan tahniah kepada Tan Sri. Setelah lebih tiga tahun dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO, baru minggu inilah tampaknya taring Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
Tindakan membuat laporan polis ke atas laman web Malaysia-Today dan pengendalinya Raja Petra Kamaruddin atas tuduhan menghina Yang Di Pertuan Agong dan agama Islam wajar ditahniahkan.
Perkara ini amat signifikan kerana selama hari ini, banyak isu-isu sensitif yang dibincangkan secara terbuka oleh individu terkemuka tidak diambil sebarang tindakan oleh penerangan UMNO. Ini kita akan bincangkan kemudian.
Tan Sri,
Izinkan saya mengulas terlebih dahulu laporan polis ke atas Malaysia-today dan Raja Petra yang dibuat oleh Penerangan UMNO. Saya mengharapkan laporan polis yang dibuat oleh sebuah parti besar, yang saya ahlinya, tentulah mencerminkan sikap profesional dan bertanggungjawab.
Dilaporkan oleh media bahawa UMNO membuat laporan polis kerana terdapat komen-komen yang dikatakan menghina YDP Agong dan Islam dalam laman web Raja Petra.
Sekiranya Tan Sri dan mereka yang berada di Penerangan UMNO mahir dengan selok belok siber tentu faham bahawa komen yang dilakukan oleh pelayar atau pengunjung web adalah tanggungjawab pemberi komen.
Amatlah sukar untuk pengendali blog dan web menyaring hampir ke semua komen. Komen juga tidak pernah dianggap mewakili pandagan pemilik laman web.
Namun tentulah Tan Sri boleh berhujah bahawa adalah tanggungjawab penerbit laman untuk bertindak atau tutup sahaja laman tersebut jika tidak mampu mengawalnya. Baiklah. Kita katakan Raja Petra harus bertanggungjawab, demikian juga pemilik laman ini (mykmu.net).
Cuma jika Tan Sri berharap laporan tersebut akan menamatkan riwayat Raja Petra di alam siber hampir mustahil boleh berlaku. Apa yang Raja Petra perlu buat hanyalah memberi nombor-nombor Internet Protocol (IP) pemberi komen tersebut. Dan sudah banyak kes, pendakwaan hanya dilakukan ke atas mereka yang memberi komen bukannya pengendali laman.
Saya khuatir jika ini dilakukan, tidak mustahil terdapat ahli UMNO sendiri akan terperangkap. Bolehkah Tan Sri pastikan tiada sesiapa di kalangan pasukan siber yang UMNO bentuk ada menjalankan provokasi sedemikian? Malangnya, jika orang lain telah maju, pasukan siber UMNO belum lagi mampu menggunakan spoof atau menipu IP mereka.
Seterusnya Tan Sri, laporan ini, jika diperhalusi, lebih menguntungkan Raja Petra dan merugikan UMNO. Khalayak akan tertanya-tanya, mengapa sedemikian banyak tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan campur tangan keluarga dalam pentadbiran negara tiada satu pun UMNO buat laporan. Sebaliknya sedemikian susah Tan Sri menerokai komen-komen pada setiap artikel yang tersiar hanya untuk membolehkan satu laporan polis dibuat.
Secara logik akalnya, tentulah artikel-artikel yang disiarkan oleh Raja Petra yang berunsur fitnah, khabar angin dan memburukkan pemimpin tertentu lebih wajar diambil tindakan berbanding komen-komen sampah di bahagian bawahnya.
Bila ini berlaku akan terdapat persepsi bahawa "tuduhan dan tulisan Raja Petra serta artikel yang tersiar dalam laman webnya memang benar dan sebab itu UMNO terpaksa mencari perkara-perkara kecil seperti komen pengunjung."
Memang benar saya akui bahawa persepsi ini belum tentu benar tapi impaknya besar.
Jika dahulu apa yang Raja Petra tulis belum tentu orang percaya, belum tentu diterima ramai kerana khalayak menganggap ini hanyalah sebahagian perang politik semata. Khalayak menganggap UMNO tidak berminat untuk berperang melalui undang-undang seperti mana Tun Dr. Mahathir tidak pernah menyaman sesiapa pun yang memfitnah atau memburukkannya.
Namun apabila terdapat ruang undang-undang sudah digunakan oleh UMNO maka akan timbul persepsi bahawa apa yang terdapat dalam Malaysia-Today tetapi tidak dilaporkan kepada polis itu benar.
Proses penaakulan minda khalayak akan membawa pertanyaan mengapa UMNO tidak membuat laporan Polis atau menyaman Raja Petra berikutan artikel-artikel beliau dalam The Corridors of Power?
Justeru saya tertanya-tanya. Apakah laporan polis tersebut dibuat untuk membantu UMNO dan kepimpinan negara atau sekadar menonjolkan kembali nama Tan Sri sebagai calon pilihan raya?
Tan Sri,
Laporan polis yang dibuat atas nama menghina YDP Agong dan Islam juga menimbulkan kembali tanda tanya kepada saya selaku ahli UMNO. Mengapa UMNO perlu membuat laporan polis ke atas laman web seperti Malaysia Today yang tidak besar impaknya kepada masyarakat Malaysia berbanding apa yang dilakukan oleh Kumpulan The New Straits Times suatu masa dahulu yang jelas menghina Islam. Sekiranya lupa Tan Sri boleh membaca kembali laporan Mykmu di sini.
Saya dan ramai ahli UMNO juga pasti tertanya-tanya jika Tan Sri menyeru kepada pemimpin UMNO supaya berani mempertahankan hak orang Melayu dan UMNO seperti dilaporkan Utusan hari ini, mengapa Tan Sri tidak bersuara walau sepatah haram pun bila Datuk Kalimullah Hassan (Ketua Pengarang NSTP ketika itu) menulis butiran perbincangan mesyuarat Penerangan UMNO Malaysia yang berada di bawah batang hidung Tan Sri?
Tan Sri,
Sebagai ahli UMNO tentulah saya tidak bersimpati dengan Raja Petra secara total. Namun saya fikir jika mahu menjatuhkan Raja Petra perlulah bertindak sebagai lelaki budiman (gentleman). Saman dan laporkanlah artikel-artikel beliau, bukannya menggunakan komen-komen yang entah dari mana dan tiada impak pun kepada khalayak.
Tan Sri,
Sebagai ahli UMNO juga saya merasa simpati kepada parti saya yang menjadi mangsa kerja-kerja tidak profesional pemimpin di PWTC.
Apabila mahu membuat laporan Polis tidak membawa bukti sebarang bukti menyokong laporan. Media massa dan yang dituduh pun keliru apa yang dilaporkan. Adakah Tansri mendapat nasihat peguam UMNO terlebih dahulu atau membuat laporan semberono sahaja?
Apabila mahu membantu UMNO di dalam Siber maka disiytiharkan seantero dunia penubuhannya, lalu jadilah semua pejuang siber UMNO "mati Katak" dicop pejuang berbayar.
Apabila mahu mengadakan pertemuan dengan bloggers UMNO dibatalkan kerana terdapat nama Datuk Ruhanie Ahmad dan Datuk Kadir Jasin. Apa salah UMNO berbaik dengan semua blogger yang bersimpati dengan UMNO biar pun tidak sependapat dalam polisi negara? Rugikah UMNO mempunyai ramai sahabat dan kawan?
Sebagai ahli politik kita jangan marah-marah. Tidak salah mendengar pandangan yang di bawah dengan senyuman manis biar pun pahit. Tidak semestinya semua pendapat yang kita anggap buruk perlu diherdik.
Sekian sahaja catatan ini Tan Sri. Bukan niat memalukan tapi sekadar menyatakan untuk kebaikan bersama. Apa yang saya tulis mungkin baik bagi saya tapi tidak bagi UMNO. Terserahlah kepada Tan Sri untuk menilainya.
Sekiranya terkasar bahasa tersalah bicara mohon dimaafkan."
- Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net)
No comments:
Post a Comment