Saturday, 2 May 2009

Husam Musa: The ONLY CREDIBLE PAS Leader Capable of Leading PAS and the Pakatan Rakyat to Win the Next Federal Election

Read here for more in malaysiakini


We Say,

The recent successes of PAS in the 2008 General Election and the by-elections in Perak and Kedah have led some PAS leaders to believe in this swollen-headed fantasy that they can win the Federal Government with only Muslim votes or only Malay votes.

This seemed to be the thinking of those PAS leaders aligned to the Trengganu-based Pro-UMNO faction, led by the current PAS President, Haji Hadi Awang and his Deputy, Nasharuddin Mat Isa. They have not learnt from the trauma of Kelantan PAS of the betrayal of UMNO when PAS, then ruling Kelantan, joined Barisan Nasional to form a unity state government that went awfully wrong.

UMNO, MCA, MIC and GERAKAN are not popular especially among non-Malays. Any move by PAS to "share the same sleeping pillow with UMNO", will destroy all the gain PAS has made to win over non-Muslim/non-Malay voters since the March 2008 general election. It will be a retrogressive decision pushing PAS back by 25 years in its efforts to be a lead party in a coalition to win the next federal government. It will, instead, become a party of little consequence to the growing urban and suburban voting constituency and a party consisting of fundamentalist hacks harping on right-wing race-based conservative ideas about Islam to the clap-trap of the conservative rural voting gallery.

PAS is dreaming if it thinks UMNO will ever allow it be an equal partner of Barisan Nasional/UMNO. MCA, MIC, Gerakan and other parties were made to realise this to their political misfortune. UMNO will make sure PAS will always remain subservient to UMNO, as PAS Kelantan experienced over two decades ago.

Our electoral system makes it almost impossible for any one political party to win the two-third majority in the national Government based strictly on votes from one ethnic group. The numbers simply don't add up and UMNO knows it too well.

Even if it does happen, one can only speculate the dire consequences to our national economy and the depth of fractures in our fragile Malaysian society.


Should the Pro-UMNO faction wins influence and power in PAS in the coming party election in June, and if it chooses to part ways with Pakatan Rakyat to join up with UMNO, then PAS has basically cut its ties with non-Muslim/non Malay voters. And PAS can be rest assured it will never ever regain its hard-earned support of the non-Muslim/non Malay voting constituency.

First to go will be the dissolution of the non-Muslim-based "PAS Supporters Clubs" which had been highly instrumental in campaigning for non-Muslim/non-Malay votes for PAS. Likewise for many of the socio-political bloggers who are mostly pro-Pakatan Rakyat for they will campaign against PAS as an unworthy partner or "traitor" to the democratic cause.

For non-muslim voters, if PAS joins UMNO to form a unity government simply for racial reasons, the next general election or by-election would be one of " A Vote for PAS is a Vote for the much-despised UMNO," and a ' Vote for PAS is a Vote for a racist version of Islamic rule in Malaysia.'

Already, the attitude of non Malay voters today is that of " A vote for MCA or MIC or Gerakan is a vote for UMNO.". And we knew what the result was to MCA, MIC and Gerakan, after the March 8 General Election.

Some PAS leaders, especially those from the Trengganu PAS outfit, need to get out of this silly fantasy that it can be an equal partner with UMNO and the thought that it can achieve the level of success as it did in the 2008 General Election and in the recent by-elections by "going to bed with UMNO".

Today, UMNO needs PAS more for its own survival. PAS does not need UMNO to survive. If PAS stays on the same course it took prior to the March 2008 election, it can become, as Husam Musa said, " the anchor-party",within the Pakatan Rakyat to win the next federal government. But it can only do so if PAS leaders put substance into its clever slogan " PAS for ALL" while reining in the racially prejudiced conservatives in PAS who want to "sleep with UMNO."

For these reasons, we believe, and therefore support, leaders like Husam Musa to lead PAS to the next Federal Election and to realise the goal of PAS as an "anchor" party within the Pakatan Rakyat Coalition's next federal Government.

It is timely for PAS members to take a reality-check of the party's political fortunes. Come this June, non-Muslim/non Malay and Malay voters of PAS will know which road PAS members want the party to take.
-Malaysian Unplug



Excerpts:

PAS vice-president Husam Musa today said today PAS should aspire to win over the people who supported Umno instead of consolidating with UMNO.

PAS should concentrate on the next general election and win seats held by its rival Umno.


Husam said,
" PAS (can only) become the main anchor party in the future (of the PR Coalition) if PAS manages to win seats held by Umno representatives.

This means competition would be more critical between PAS and Umno .

However, as far as I know, PAS has never officially expressed its intention to share powers with the current (BN) administration.

Therefore, the wiser direction for PAS, would be to strengthen the party and reach for support in areas that are controlled by Umno."
Husam also said IF the party leadership can engage in a dialogue with Umno, “there is no reason for me not contest with others who are going for the top positions in the party.”

Husam is yet to confirm if he would be going for the party's deputy presidency against incumbent Nasharuddin Mat Isa, who has held the post for two consecutive terms in the upcoming party polls in June and who is believed to belong to the faction who wants closer ties with UMNO.

There is an on-going battle going on between the "Pro-Pakatan Rakyat' Faction which Husam is aligned to VERSUS the ‘Pro-Muzakarah' Faction, linked to Nasharuddin which wants closer ties with Umno." This however has been repeatedly denied by party leaders who claim that it is rumours spread by their political rivals.

Husam said that he wants to approach the grassroots and determine the reasons they have nominated him for the post of deputy presidency and if the their reasons are valid, he would consider contesting .

As of now, the Salor state assemblyperson has already received two nominations, the required minimum to run for the post. He is speculated to garner more nominations from the 14 PAS division in Kelantan.

RELATED ARTICLE

Kejayaan Besar (Untuk PAS) Bila BUKAN Melayu Tidak Takut PAS
- Ustaz Nasrudin Hassan

by

Nyza Ayob

Read here for more in Harakah Daily

Kepimpinan Ulama mesti berkeupayaan menarik keyakinan rakyat dari PELBAGAI pihak, BUKAN hanya dari kalangan PAS semata-mata.

Ia perlu segera menempatkan diri di tengah-tengah masyarakat. Apa lagi kejayaan lebih besar selain orang Cina dan India kini tidak lagi takut untuk bersama PAS malah mulai memahami aspirasi perjuangan Islam setelah lebih 50 tahun mereka dimomokkan oleh Umno dan BN bahawa PAS adalah bahaya, parti yang ekstrim, ganas dan pelampau agama.


Itu antara pandangan yang diutarakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan mengenai perjuangan 25 tahun kepimpinan ulama dalam PAS. Wartawan NYZA AYOB mencungkil pendapat spontan beliau.


HARAKAH:
Bagaimana Pemuda PAS melihat setelah 25 tahun kepimpinan Ulama dalam PAS?

NARUDDIN HASSAN:
Gerak tindak pemerkasaan parti sememangnya menjadi agenda yang berterusan dan ia melibatkan kepimpinan ulama yang telah melalui pengalaman kepimpinannya sejak 25 tahun yang lalu. Meskipun kita tidak pernah berasa memadai dengan pencapaian, tetapi Alhamdulillah kepimpinan ulama dalam tempoh 25 tahun ini telah berjaya meletakkan PAS sebagai sebuah gerakan Islam kontemporari yang mampu memberi saingan dan tamparan hebat kepada kerajaan nasionalis bahkan berjaya mengatasi penguasaan mereka serta disegani bukan sahaja dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa.

Pengalamannya ditimba oleh gerakan Islam antarabangsa. Kepimpinan ulama ini menjadi tonggak untuk PAS terus kekal bersama ketulenan manhaj perjuangannya membawa negara dan rakyat agar diredhai oleh Allah.

HARAKAH: Setelah berjaya mengalihkan kepimpinan terdahulu (kepimpinan Dato' Mohd Asri Muda) banyak kejayaan telah dikuasai parti selain memerintah Kelantan, Terengganu, Perak dan Kedah. Apa yang boleh diperkatakan di sebalik kejayaan ini?
Alhamdulillah, kejayaan ini menjadi khibrah (pengalaman) dan ibtila (ujian) yang besar dan bermakna buat PAS. Ianya telah berjaya menafikan persepsi negatif yang menjadi khurafat sekian lama kononnya PAS tidak mampu memerintah dan mentadbir negara. PAS juga telah berjaya keluar dari lingkaran imej 'parti pak lebai' dan 'parti kampungan' yang kononnya tidak mampu menyaingi tuntutan dan memenuhi keperluan zaman.

Kini PAS telah bersedia dengan segala upaya dan kemahiran yang dimiliki untuk diberi kepercayaan atau mandat oleh rakyat bagi memerintah dan mentadbir negara ini sebagai kerajaan alternatif.

Ya! kerajaan alternatif setelah rakyat sekian lama menderita di bawah kepimpinan parti perkauman dan tidak mesra kebajikan. Perkara kedua, suka saya tegaskan di sini bahawa kemenangan ini juga menjadi satu latihan praktikal kepada PAS untuk menghadapi suasana berbeza sebagai sebuah kerajaan yang memerintah bukan lagi pembangkang.

Tentunya berjuang dalam suasana menang dan senang sangat jauh beza dan cabarannya berbanding sewaktu kalah dan susah. Kita perlukan latihan praktikal ini untuk melahirkan kepimpinan yang bertaqwa dan berilmu, sederhana, amanah dan bijak memimpin serta benar-benar berkesan dalam melaksanakan tanggungjawab pemerintahan.


HARAKAH: Pada pemerhatian ustaz, apakah kejayaan terbesar yang telah memecah landskap politik tanah air sepanjang 25 tahun kepimpinan Ulama?
Saya melihat Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS telah meresap jauh ke dalam hati nurani masyarakat. Betapa kini mereka memerlukan Islam untuk keluar daripada segala kemelut yang menimpa negara sama ada politik mahupun ekonomi.

Jika dulu sering kita dengar pemimpin negara menyebut bahawa 'politik suku agama suku', maka kini tiada siapa lagi berani berkata demikian kecuali mereka yang benar-benar jahil dan kufur. Ini adalah episod kejayaan yang ditempa oleh kepimpinan ulama yang menjadi teras kepimpinan PAS.

Malah kita berjaya mematahkan tongkat Umno dan BN yang selama ini membenarkan mereka tegak angkuh sekian lama. Tongkat yang saya maksudkan ialah MIC dan MCA. Kini masyarakat Tiong Hua dan India tidak lagi 'berkiblatkan' MCA dan MIC untuk terus mendokong BN tetapi rata-ratanya telah beralih menyatakan sokongan kepada KeADILan dan DAP sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sebahagiannya kepada PAS sendiri melalui Kelab Penyokong PAS yang kita tubuhkan di bawah Lajnah Perpaduan Nasional. Apa lagi yang lebih besar selain orang bukan Islam di kalangan bangsa Cina dan India kini tidak lagi takut dan bimbang untuk bersama PAS malah mulai memahami aspirasi perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS setelah lebih 50 tahun mereka dimomokkan oleh Umno dan BN bahawa PAS adalah bahaya, parti yang ekstrim, ganas dan pelampau agama.

Apabila tongkat Umno dan BN ini patah, kini mereka mulai kenal tinggi rendahnya langit dari bumi setelah mereka dibelenggu perasaan angkuh dan bongkak di puncak kuasa sejak sekian lama.

HARAKAH: Sokongan bukan Islam terhadap PAS sejak akhir-akhir ini begitu luar biasa hebat. Bagaimana peranan yang dimainkan ulama dengan perkembangan amat positif ini?
Keistimewaan ulama ialah ketakwaan, keikhlasan dan keilmuan mereka. Berasaskan tiga faktor ini ulama telah memimpin gerakan membawa risalah perjuangan dengan cukup meyakinkan.

Bermula dengan maklumat yang disebar secara gigih tanpa jemu melalui penulisan, kuliah, khutbah, ceramah, berhujah di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dan kini melalui blog, laman web atau Facebook, ulama juga tampil dengan syakhsiyah (peribadi) dan watak serta 'skil' kepimpinan yang cukup mempesona dan meyakinkan.

HARAKAH: Ini bermakna rakyat melihat ulama sebagai 'role model' yang dapat menyelamatkan negara?
Ya! Setelah rakyat muak dengan rasuah, gelisah dengan penyelewengan kuasa dan benci dengan keruntuhan moral para pemimpin negara hari ini, para ulama kita dilihat sebagai 'role model' yang boleh menyelamatkan negara dari segala kerendahan aqal dan moral tersebut. Sentuhan spiritual para ulama mengisi kekosongan jiwa rakyat sekalipun dari kalangan non muslim setelah mereka ditinggalkan lompang oleh kerajaan Umno dan BN tanpa pengisian insaniah yang berkesan.

HARAKAH: Setakat ini bagaimana penerimaan Pemuda dan PAS khususnya tentang gerakan Kelab Penyokong PAS yang tumbuh bagai cendawan?
Melalui Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat, kita juga menubuhkan Kelab Penyokong Muda PAS dan ini menunjukkan kita sangat peka dan gembira dengan perkembangan ini. Ia menjadi cabaran baru kepada PAS dalam meluaskan 'coverage' risalah perjuangan yang diperjuangkan oleh parti sejak sekian lama.

Selama ini, orang PAS sering bercakap tentang PAS kepada orang PAS dalam markaz PAS, akhirnya risalah perjuangan ini tidak lepas-lepas! Perkembangan ini membawa PAS menemui semua orang terutamanya 'non muslim' untuk mengenali hati budi dan aqal budaya mereka. Kemudiannya ia meletakkan PAS berjiwa besar untuk memimpin bukan sahaja di kalangan orang PAS tetapi juga rakyat pelbagai lapisan latar belakang agama, bahasa dan bangsa.

HARAKAH: Dalam pilihan raya umum yang lepas, bukan Islam dibenarkan bertanding sebagai proksi PAS. Hingga kini sejauh mana orang bukan Islam boleh bertanding menggunakan tiket atau lambang PAS itu sendiri?
Pengalaman dan suasana semasa yang didepani oleh PAS akan banyak membantu PAS dalam membuat keputusan demi kepentingan perjuangan yang didokong selama mana ia tidak bercanggah dengan kehendak syarak. Untuk meletakkan calon 'non muslim' bertanding menggunakan tiket PAS dalam keadaan tertentu seperti di kawasan majoriti 'non muslim', pada asasnya tidak bercanggah dengan prinsip perjuangan Islam yang didokong oleh PAS selama mana calon tersebut turut sama memberi komitmen untuk mendokong dasar perjuangan PAS.

HARAKAH: Sejauh mana keputusan Majlis Syura memutuskan keahlian bersekutu, ahli bukan Islam dalam PAS?
Untuk soalan ini, saya rasa wajar dihubungi 'direct' pengerusi atau ahli Majlis Syura .

HARAKAH: Berbalik kepada kepimpinan ulama, apakah ustaz berpuas hati dengan penyertaan ulama dalam hiraki kepimpinan PAS Pusat, Pemuda dan juga negeri-negeri?
Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki, namun pada asasnya saya sangat berpuas hati. Malah kita mempunyai gandingan yang baik antara tiga unsur kepimpinan parti iaitu ulama, profesional dan aktivis. Cuma saya kurang senang apabila cuba digambarkan oleh pihak-pihak tertentu kononnya berlaku krisis antara ulama dan profesional dalam parti. Sememangnya dua pihak yang berbeza disiplin pengajian dan kerjaya ini akan dilihat berbeza pendekatan dalam banyak keadaan namun parti mempunyai mekanisme tersendiri yang mengurus gaya dan cara kepimpinan secara kolektif.

HARAKAH: Apa sikap Majlis Syura dalam hal ini?
Majlis Syura yang menjadi teraju parti akan terus meletakkan kepimpinan ulama sebagai tonggak kepimpinan kolektif ini. Saya juga mengharapkan ulama yang diberi ruang menyertai hiraki parti walau di mana posisi mereka benar-benar dapat berperanan bagi membukti kemampuan sebenar ulama dalam memimpin. Saya cukup tidak sedap hati kalau orang kata ulama lembab, tidak agresif, tidak peka, tidak pandai berorganisasi dan mengurus.

Apatah lagi, kalau apa yang disebutkan itu ada benarnya, maka para ulama mestilah memastikan mereka benar-benar mampu memikul amanah yang diberi. 'Title' sahaja tidak cukup dalam kita memimpin. Ulama mesti bekerja keras untuk memimpin dan mendokong cita-cita perjuangan agar ulama tidak menjadi bahan sendaan apalagi diperlekehkan.

HARAKAH: Akhir sekali, apakah Pemuda berpuas hati dengan pencapaian 25 tahun kepimpinan ulama dan apakah harapan Pemuda terhadap kepimpinan PAS pada masa depan yang menanti 1001 cabaran?
Kepimpinan yang optimis, senantiasa meletakkan diri mereka tidak berpuas hati terhadap pencapaian sebelum kerana mereka terus akan membina pencapaian yang lebih baik dari masa ke semasa. Kita belajar dari kelemahan dan kekurangan semalam untuk kesempurnaan di hari esok.

Sebagaimana saya sebutkan tadi, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam kepimpinan ulama setelah kita melalui tempoh pengalaman 25 tahun kepimpinannya. Apa yang pasti, kepimpinan ulama mesti dipertahankan dan diperkasakan dari masa ke semasa.

Kepimpinan Ulama mesti berkeupayaan menarik keyakinan rakyat dari pelbagai pihak, bukan hanya dari kalangan PAS semata-mata. Ia perlu segera menempatkan diri di tengah-tengah masyarakat terutama saat mereka diperlukan untuk membimbing dan memimpin masyarakat. Kepimpinan yang bersedia untuk memerintah dan mentadbir negara atau negeri, bukan lagi hanya memimpin organisasi, tetapi juga kepimpinan yang mampu merungkai kebuntuan negara dan rakyat dalam berhadapan dengan pelbagai polemik kehidupan pada zaman moden ini.

Justeru itu, kepimpinan ulama masa depan yang kita perlukan ialah kepimpinan yang mampu dan berani berijtihad, tangkas menangani isu, cepat bertindak dan menjadi kepimpinan yang memimpin bukan kepimpinan yang dipimpin.

No comments: