Sunday, 28 June 2009

UPDATED! A Short Lesson for UMNO on How NOT to be "Parti Melayu Yang Bodoh dan Kurang Ajar"

Read here for more article by "Sakmongkol AK47: and HERE

Definition: Neanderthal
a. An extinct human species (Homo neanderthalensis) or subspecies (Homo sapiens neanderthalensis) living during the late Pleistocene Epoch throughout most of Europe and parts of Asia and northern Africa and associated with Middle Paleolithic tools.

b.
An individual belonging to this species or subspecies.

2. Slang A crude, boorish, or slow-witted person.


Quote

"... UMNO berkelakuan seperti seorang "Political Neanderthal" . Mereka bersikap seolah UMNO masih parti zaman sebelum mencapai kemerdekaan.

Sebelum kita merdeka, semua tenaga dan emosi orang Melayu tertumpu kepada usaha mendapatkan kemerdekaan. Dalam suasana demikian, UMNO ujud dan berjaya mendapatkan monopoli keatas menguasai minda dan emosi orang Melayu.Orang Melayu melihat UMNO sebagai satu satu nya parti yang mampu mengembeling ketaatan orang Melayu. Bila kita ada monopoli, kita boleh caj apa harga yang kita suka. Kita boleh ek sikit.

(Tetapi) pimpinan UMNO tidak faham reality politik HARI INI !

Dalam pasaran yang ada saingan, kalau kita berlagak macam kita ini masih ada monopoli, kita akan kecundang.

Dalam suasana orang Melayu ada pilihan dan pasaran ada saingan, cara untuk mengatasi lawan kita ialah memenangi fikiran dan hati rakyat dengan penghujjahan dan berbudi yang ikhlas.

Ada sesuatu yang tidak kena apabila ketua Pemuda UMNO Kelantan buat lapuran polis keatas Tok Guru Nik Aziz.

Inilah petanda orang UMNO tidak faham reality politik hari ini. Kita berlagak seolah olah kita orang UMNO adalah anugerah Tuhan ke Negara ini. Zaman itu sudah berlalu.

Dengan melakukan tindakan melapurkan kepada polis, tindakan ini akan bertambah mengalienasikan UMNO. Kalau orang tak suka kita, kita tak boleh paksa. Kalau orang tak setuju dengan idea kerajaan perpaduan, kita tidak boleh paksa.

Bila ketua Pemuda UMNO Kelantan buat lapuran polis, apa yang dia buktikan ialah UMNO suka memaksa orang lain supaya ikut cakap dia. Ini cara orang yang rasa dia control semua hal. Ini cara orang yang ingat dia ada monopoli keatas fikiran dan hati rakyat.

Dan orang boleh membaca hipokrasi kita apabila sekoyong koyong orang datang duduk kampong kita , menoreh getah bersama kita, membaiki atap bocor, minum kopi di warung dengan kita...."

-"Sakmongkol AK47" /Datuk Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz
- ADUN of Pulau Manis, Pekan.(2004-2008)

Excerpts:

Ada sesuatu yang tidak kena apabila Ketua Pemuda UMNO Kelantan buat lapuran polis keatas Tok Guru Nik Aziz.


Inilah petanda orang UMNO tidak faham reality politik hari ini. Kita berlagak seolah olah kita orang UMNO adalah anugerah Tuhan ke Negara ini. Zaman itu sudah berlalu.

Dengan melakukan tindakan melapurkan kepada polis, tindakan ini akan bertambah mengalienasikan UMNO. Kalau orang tak suka kita, kita tak boleh paksa. Kalau orang tak setuju dengan idea kerajaan perpaduan, kita tidak boleh paksa.

Orang UMNO pun bukan semua setuju dengan konsep perpaduan jika itu di jadikan alasan untuk melanjutkan hayat politik kaki haprak dalam UMNO.

Jika berlaku perpaduan akibat dari political expediency, apa yang kita ingat akan berlaku? Yang akan berlaku ialah UMNO TIDAK perlu melakukan perubahan dalaman. Apabila perubahan tidak berlaku apa jadi? Majority ketua bahagian yang sudah berkarat yang lebih berminat mengejar dan menjaga kepentingan peribadi akan terus mengekalkan kuasa.

Apabila ini terjadi, UMNO akan terus membuta tulikan diri kepada seruan untuk melakukan perubahan radikal.

Reality politik yang UMNO tidak faham ialah hari ini, UMNO beroperasi dalam persekitaran rakyat bebas membuat pilihan( free to choose).

Pertama, ada banyak parti yang orang Melayu boleh pilih. Mereka boleh pilih PAS jika mereka mahu. Mereka juga boleh pilih PKR kalau mereka mahu. Sebab PKR pun ramai orang Melayu. Bila ada lebih dari satu parti yang boleh membentuk kerajaan, itu sudah di kira one too many.

Kebebasan membuat pilihan bertambah kerana kesedaran politik orang Melayu meningkat. Mereka sudah menikmati sedikit sebanyak kemewahan ekonomi. Kesedaran mereka di perkukuhkan dengan pendidikan yang universal. Anak anak mereka yang belajar di kolej dan university kembali ke kampong dan memberi nasihat kepada ibu bapa mereka. Mobiliti social yang menambah peluang untuk bergaul dan berinteraksi memainkan peranan sebagai penyalur maklumat dan cerita cerita baru dan bukan semua nya kredit kepada UMNO.

Tapi UMNO berkelakuan seperti seorang Political Neanderthal. Mereka bersikap seolah UMNO masih parti zaman sebelum mencapai kemerdekaan.

Sebelum kita merdeka, kita hanya berdepan dengan penjajahan Inggeris. Semua tenaga dan emosi orang Melayu tertumpu kepada usaha mendapatkan kemerdekaan. Dalam suasana demikian, UMNO ujud dan berjaya mendapatkan monopoli keatas menguasai minda dan emosi orang Melayu. Orang Melayu melihat UMNO sebagai satu satu nya parti yang mampu mengembeling ketaatan orang Melayu. Bila kita ada monopoli, kita boleh caj apa harga yang kita suka. Kita boleh ek sikit.

Tapi dalam pasaran yang ada saingan, kalau kita berlagak macam kita ini masih ada monopoli, kita akan kecundang.

Pimpinan UMNO tidak faham reality politik HARI INI.

Dalam suasana orang Melayu ada pilihan dan pasaran ada saingan, cara untuk mengatasi lawan kita ialah memenangi fikiran dan hati rakyat dengan penghujjahan dan berbudi yang ikhlas.

Bila ketua Pemuda UMNO Kelantan buat lapuran polis, apa yang dia buktikan ialah UMNO suka memaksa orang lain supaya ikut cakap dia. Ini cara orang yang rasa dia control semua hal. Ini cara orang yang ingat dia ada monopoli keatas fikiran dan hati rakyat. Dan orang boleh membaca hipokrasi kita apabila sekoyong koyong orang datang duduk kampong kita , menoreh getah bersama kita, membaiki atap bocor, minum kopi di warung dengan kita.

Perpaduan Melayu TIDAK bersyaratkan kepada perpaduan antara PAS dan UMNO. Saya minta kita fikir perkara ini dengan mendalam.

Meletakkan masa depan kita secara mutlak kepada PARTI POLITIK, bererti kita memperakui bahawa parti politik adalah sesuatu yang kita mesti perhambakan diri kepada nya. Ini bertentangan sangat dengan piagam kermerdekaan jiwa kita sebagai manusia.

Cogan kata kita sekarang BUKAN lagi: UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.

Ada dua bahagian dalam slogan UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO.
  1. UMNO itu Melayu membawa erti: UMNO adalah sesuatu yang kita dewa dan puja dan orang Melayu adalah jagaan UMNO.

  2. Melayu itu UMNO membawa erti: kita hanya berfungsi untuk menghamba abdikan diri.
Tidak bersetuju dengan perpaduan UMNO dan PAS bukan bererti TIDAK SUKA perpaduan Melayu.

Kita mesti jelas dalam hal ini. Dan perpaduan orang Melayu tidak semestinya bersyaratkan gabungan antara UMNO dan PAS.

Yang kita ada masaalah ialah dengan orang yang ek mengaku UMNO mewakili dan membela orang Melayu.

Sejak zaman merdeka bahkan sebelum merdeka, kesemua jawatan penting dalam pentadbiran negara dan negeri di pegang oleh orang Melayu. Ketua tentera, polis, kerajaan, pegawai daerah, pegawai MARA, kalau di pejabat Tanah Kuantan yang saya lebih tahu, nak cari muka bukan Melayu seperti mencari harta Karun.

Ertinya, semua tahap pimpinan dalam jentera pentadbiran dan pihak yang ada kuasa terdiri dari orang Melayu.

Dari segi jurang beza antara kaya dan miskin yang paling teruk ialah di kalangan orang Melayu sendiri!. Perbezaan pendapatan antara bangsa pula bukanlah kepalang nya lagi.

Ia membuktikan di Tanah Melayu ini, kalau kita hendak kaya dan maju, kita TIDAK perlu jadi MELAYU . Yang terkaya dan yang termaju dalam Negara Tanah Melayu ini, adalah BUKAN Melayu!

Kedua, bila jurang kaya dan miskin amat teruk dalam kalangan bangsa Melayu sendiri, ini membuktikan pimpinan orang Melayu TIDAK membantu majority Melayu tapi lebih berusaha untuk "feather nest" masing masing.

Oleh sebab itu, apabila pimpinan JUTAWAN UMNO becakap mengenai perpaduan Melayu, mereka sebetulnya menyeru bersatulah orang Melayu.

Cakap mengenai perpaduan Melayu adalah alasan untuk mengekalkan KUASA. Tentangan terhadap agenda perpaduan mesti dilihat dalam konteks penolakan rakyat dan sebahagian besar ahli UMNO kepada usaha beterusan golongan elit dan pimpinan jutawan dalam UMNO mahu meneruskan pimpinan dan dominasi mereka keatas politik UMNO.

Kedegilan dan keengganan melihat reality yang melanda UMNO meransang pimpinan millionaire UMNO untuk mencari apa jua jalan untuk mengekalkan kuasa.

Cakap dan jual minyak mengenai perpaduan sesama Melayu tidak lain dan tidak bukan hanyalah topeng yang menyembunyikan sandiwara pimpinan elit UMNO mahu mengekalkan kuasa.

Agenda perpaduan (Melayu) yang di jaja hari ini akan memberi alasan yang paling licik untuk TIDAK melakukan agenda perubahan yang di desak oleh orang bawahan UMNO.

Ianya juga satu lagi usaha pimpinan UMNO yang sudah mula hilang kredibiliti daripada berdepan dengan masaalah pokok orang UMNO dan Melayu.
- "Sakmongkol AK47"

SAMBUNGAN.......

Read here for more

Sikap pimpinan UMNO hari ini, boleh di simpulkan sebagai begini. JANGAN DI TANYA APA UMNO BOLEH BUAT UNTUK KITA, TANYA APA KITA BOLEH BUAT UNTUK UMNO.

Terjemahan: UMNO sesuatu yang maha besar yang mesti di dewakan dan di taati secara mutlak. We (UMNO) define life for you.

Keadaan hari ini tidak membenarkan UMNO berlagak seperti ini. UMNO berdepan dengan reality bahawa ia tidak lagi mempunyai monopoli ketas fikiran dan emosi orang Melayu.

Kedua, UMNO berdepan dengan reality bahawa rakyat bebas memilih dan kebolehan memilih yang ada pada mereka, di bantu oleh beberapa perkara yang saya sudah terangkan di atas.

Saya baru mendengar satu rancangan dalam Awani yang melibatkan seorang ketua bahagian, yang mendefinisikan apa erti bersatu dan perpaduan Melayu mengikut kaca mata UMNO. Who gives you the moral authority to define apa itu unity?

Inilah contoh pemimpin yang tidak sedar bahawa UMNO sudah tidak ada monopoli keatas menentukan definisi sesuatu lagi.

UMNO TIDAK boleh lagi mendakwa mereka menolong orang Melayu

Perpaduan Melayu mesti diasaskan diatas prinsip prinsip yang bersifat hidup dan berkekalan. Perpaduan yang bersifat seperti ini, mengatasi penggabungan ekspedient antara parti politik. Bila parti politik bergabung, mereka ada suatu perkara sahaja dalam benak fikiran- mendapat dan mengekal kuasa.

Perkara perkara yang bersifat enduring termasuklah soal Bahasa Melayu umpamanya, soal Agama Islam, soal Raja Raja Melayu. Ini semua sudah terpahat dalam undang undang tubuh Malaysia iaitu perlembagaan kita.

Jadi apabila TS Muhyidin Yassin berikrar UMNO akan berjuang untuk perkara perkara ini yang SUDAH pun termaktub dalam perlembagaan Malaysia, ikrar tersebut hanya satu political tautology.

Perpaduan orang Melayu bukan suatu perkara baru yang muncul hanya ketika cakap mengenai kerajaan perpaduan berlaku. Tanpa parti PAS atau UMNO memperjuangkan perpaduan orang Melayu, kecenderungan untuk bersatu sentiasa ada di kalangan orang Melayu.

Ini adalah kerana 'ancaman' keatas orang Melayu hari ini tidak lebih besar dari ancaman kepada orang Melayu semasa tahun 1969/1970. Ketika itu ancaman kepada orang Melayu lebih besar. Faktor ancaman hanya mampu menyatupadukan orang Melayu untuk sementara waktu sahaja.

Selepas 1969, kemungkinan besar pimpinan PAS ketika itu, merasakan rusuhan kaum 1969 cukup untuk di jadikan sebab untuk bersatu. Namun apa yang kita lihat, apabila keadaan kembali stabil dan pimpinan UMNO bertambah kuat, perpaduan yang diasaskan atas faktor ancaman, terungkai.

Malah PAS membayar kos yang tinggi akibat termakan dengan alasan factor ancaman.

Apa yang saya mahu tegaskan, ialah factor orang Melayu kian terancam adalah lagu basi yang mahu di putar semula. Pimpinan PAS yang mebayar kos yang tinggi kerana alasan demikian membuat pemimpin seperti Nik Aziz tidak mahu mengulangi kesilapan yang hampir memusnahkan PAS.

Mari kita bercakap mengenai mengembalikan kerelevenan UMNO dengan orang Melayu. Itu isiu yang lebih besar.
-Sakmongkol AK47

No comments: