Tuesday, 29 December 2009

Orang Melayu Perlu Terus Lupakan Utusan Malaysia

Read here for more






Quote

"... Kita perlu terus lupakan media perdana yang keterlaluan sepertimana yang ada hari ini.

Mahu tak mahu, perniagaan mereka tetap bergantung kepada kuasa beli rakyat.

Kalau rakyat tolak untuk membeli, maka nasib akhbar itu kini di tebing liang lahad… menunggu masa untuk dikebumikan. Mungkin kita perlu lancarkan sekali lagi kempen besar-besaran untuk itu.

Pembodohan, persendaan dan kebiadaban akhbar Utusan Malaysia tak pernah berlaku sebegini buruk, meskipun selepas lebih 10 tahun.

Kepala-kepala editor di media itu masih tak belajar dan menginsafi bahawa orang Melayu sendiri sudah berubah.

-Hasmi Hashim


Lupakan Terus Utusan

Oleh

Hasmi Hashim

Pembodohan, persendaan dan kebiadaban akhbar Utusan tak pernah berlaku sebegini buruk, meskipun selepas lebih 10 tahun.

Lihat sahaja misalnya Utusan yang seolah-olah jadi tok dalang utama untuk memecah-belahkan parti-parti dan pemimpin dalam Pakatan Rakyat, membakar sentimen perkauman bahkan langsung tidak mahu menuliskan perkataan “Pakatan Rakyat”. Mereka tulis hanya sebagai “pakatan pembangkang”.

Kepala-kepala editor di media itu masih tak belajar dan menginsafi bahawa orang Melayu sendiri sudah berubah.

Mereka cuba menentang kenyataan bagaimana pembaca pernah menolak dengan begitu kuat akhbar tersebut pada period awal Reformasi dahulu sehingga jualannya merosot teruk.

Waktu itu, pekerja di pejabat kerajaan sekalipun tak mahu membeli dan membaca. Sesiapa yang memegang di tangan, akan terasa dan dipandang jelek kerana menyokong puak pemfitnah.

Jualan Utusan Mingguan dikhabarkan jatuh teruk daripada lebih 500 ribu pada setiap Ahad (sebelum 1998), menjadi kurang separuh iaitu sekitar 250 ke 300 ribu sahaja selepas itu.

Laporan Biro Audit Pengedaran (ABC) yang terkini juga menunjukkan bagaimana edaran Utusan Malaysia merosot sehingga 8 peratus kepada sekitar 181 ribu naskhah, sementara Berita Harian pula turun 5 peratus kepada sekitar 183 ribu naskhah. Edarannya semakin parah berbanding audit dari tahun 2005 ke 2006 yang masing-masing mencatat edaran sekitar 213 ribu dan 203 ribu sehari.

Corak penolakkan (khususnya orang Melayu) terhadap dua media propaganda utama Umno-BN ini tetap kuat dan prestasi kedua akhbar tersebut nampaknya sukar untuk pulih berbanding sebelum 1998.

Namun begitu, jumlah kehilangan pendapatan hasil kemerosotan jualan itu ‘ditampal’ pula oleh akhbar tabloid terbitan syarikat yang sama. Edaran Kosmo! naik sebanyak 12 peratus kepada sekitar 129 ribu naskhah, manakala Harian Metro naik 4 peratus kepada sekitar 338 ribu naskhah.

Kurangnya mainan propaganda yang mengongkong minda tidak pula bermakna rakyat digalakkan membeli akhbar yang penuh dengan sampah sensasi.

Ternyata ada kekosongan luas di mana pembaca mahukan sesuatu yang lebih bermakna sebagai ‘panduan’ dan sumber berita mereka yang lebih seimbang.

Oleh itu, akhbar milik Pakatan Rakyat harus segera mengambil peranan lebih besar. Tak cukup seperti lembaran surat khabar lama, dengan paras wajah (lay-out, grafik dan foto) serta gubalan kandungan masih seperti dulu-dulu juga. Ia harus lebih muda, lebih segar.

Dalam kata lain, akhbar-akhbar hubungan Pakatan harus siap untuk benar-benar ‘memimpin’ dan mempertajam pandangan rakyat. Berita harus lebih luas, termasuk kepada bidang yang sebelum ini tidak menjadi keutamaan untuk dilapor atau dijadikan kandungan.

Realiti masalah rakyat di bawah seperti kes jenayah, kebakaran, kemalangan dan banyak lagi perlu mulai menjadi laporan bentuk baru bagi akhbar-akhbar Pakatan yang sebelum ini hanya dilihat sebagai ‘akhbar politik’.

Begitu juga segmen sosial lain termasuk seni-budaya, hiburan, sukan, bahkan laporan ekonomi yang lebih berwibawa perlu dijadikan keutamaan selain kekal dengan ulasan, wawancara dan berita politik atas keperluan perjuangan.

Beberapa contoh akhbar luar negara, yang walaupun milik parti politik, misalnya The Guardian di UK menjadi akhbar nasional dan bukan lagi hanya dibaca oleh penyokong Parti Buruh sahaja.

Saya pernah menyebutkan hal ini, lebih-lebih lagi sejurus Anwar Ibrahim bebas 5 tahun lalu di mana segera saya yakin bahawa lanskap politik Malaysia akan segera berubah sejak itu. Saya kira, ramalan tersebut ada benarnya.

Harus diingat, Pakatan kini ’separuh memerintah’ dan bukan sepenuhnya pembangkang seperti dahulu.

Saya faham bahawa perubahan sedemikian hanya bisa dilaksanakan dengan persetujuan pimpinan parti, dan tidak cukup diperingkat editorial sahaja. Kerana itulah, pimpinan wajar menginsafi bahawa perubahan yang perlu ini tidak lain adalah formula untuk memenangi hati rakyat keseluruhannya, dan bukan hanya untuk kekal dengan pasaran kalangan ahli dan penyokong tegar sesama sendiri.

Maka hanya dengan itu, kemenangan lebih besar mampu kita capai apabila media kita sudah benar-benar hidup dalam denyut nadi rakyat.

Kita perlu terus lupakan media perdana yang keterlaluan sepertimana yang ada hari ini. Mahu tak mahu, perniagaan mereka tetap bergantung kepada kuasa beli rakyat.

Kalau rakyat tolak untuk membeli, maka nasib akhbar itu kini di tebing liang lahad… menunggu masa untuk dikebumikan. Mungkin kita perlu lancarkan sekali lagi kempen besar-besaran untuk itu
.

Empayar yang lebih besar pun bisa tumbang, inikan pula sesebuah syarikat media. Setiap kehancuran itu hendaknya jadi pengajaran kepada anak cucu kita agar jangan keterlaluan terus-terusan angkuh dan sanggup memperbodoh bangsa sendiri.

RELATED ARTICLE


Utusan Melayu or Ugutan Melayu?


by

Azly Rahman

Read here for more

What is the function of a newspaper in a multicultural society? Is it to expand the mind of readers or to instill fear of others --or even of oneself?

Utusan Melayu (I am still familiar with this name rather than Utusan Malaysia) or the Malay Messenger has some good stuff to contribute to society but generally its and mission and vision is to build soul cages for the Malays.

The mind of the Malay is warped, distorted, and archived into a realm of fear of itself and of others. Through the Malay language it brings thinking into a tabloidic dimension and relegates politics into a subject of advancing the backwardness of ultra-communalism.

Utusan Melayu is synonymous with Ketuanan Melayu, Tuntutan Melayu, Rasul Melayu, Kongres Melayu, Kesatuan Melayu, and other forms of glorified anomalies of the progressive Malay mind yearning to be free from the shackles of feudalism, superstition, and neo-feudalistic and urban-superstitious beliefs.

Utusan Melayu claims to be "Penyebar Fikiran Rakyat". But does it expand the mind nor spread the message of peace of the Malays in relation to the much-needed marhaenism with other races?

By calling the Malays not to be "bacul" or "wimp" and to "bangkit" or to rise, the newspaper is showing its irrelevance and outdatedness of rhetoric. Tabloidic and tantric treatment of totalitarian thinking.

The Malays are confused what these messages mean because they now have no reason to de-wimp themselves nor to rise. Against who? Are Malaysians not seeing the emergence, though with growing pains, of a two -party system that in which a multicultural coalition is gnawing the roots of ethnocentric-based political alliance that have survived on fear management?

Back to my confusion on the role of Utusan Melayu. On the idea of "kebaculan" and "kebangkitan" (whimpiness and wakefulness)

Perhaps there is a hidden message in all these. The call to de-wimp and rise is a call to arms against the few Malays in power that are using the media to create a false consciousness of who the real enemy is and what the real issue has been. Perhaps the call is to revolt against all forms of authoritarianism and totalitarianism that have made the Malays of these days carry an unpleasant name.

Perhaps the call is to rise against all kinds of organizations, paid or volunteer, that seems to advance the "rights of the Malays" and insist on keeping repressive intact to bludgeon others.

Is Utusan Melayu a threat to the advancement of the Malays?

Is it still a popular tabloid that now uses threatening means to maintain readership? Or is it merely a continuation of a cultural transmission of fear and trembling, superstition and sensationalism, to get modern Malays to do shadowboxing/shadowpuppet play with bogeymen and bogeymen created from an old script of Ketuanan Melayu?

I do not know. But is it called Ugutan Melayu or Utusan Melayu?

I grew up reading this newspaper. I think Malays must STOP reading it.

1 comment:

Unknown said...

Malays love their culture of kata-kata tersirat in their sayings - "don't blame us if you others don't get it... we've told you what we are about but you foolishly chose to interpret it the wrong way - the more fool-you - haha!"

So what is Utusan's agenda as branded in their slogan "Penyebar Fikiran Rakyat"?

1. Penyebar Fikiran Rakyat
- spreading the people's thoughts or voice of the people implying a neutral news media broadcaster that serves the public, gives a voice to the common people, a mirror of public opinion.

OR

2. Penyebar Fikiran Rakyat
- forming the people's thoughts --tell the people what to think, how to react, shaping and forming the public opinion BEFORE spreading it.

And since the last election tsunami, they are operating in a heightened, perpetual state of open media war, constantly telling their target audience what to care about, how to think, who the enemy is.

Utusan has become part of UMNO's propaganda weapon arsenal staffed by self-righteous untouchable defenders of racism, political foot soldiers and bigoted snipers wielding mighty pens, both subtle knives and heavy bludgeons, all finely honed in warfare by UiTM (Media Warfare Dept.?) and two decades of BTN brain-washing.