Sunday, 19 August 2012

Dr Mahathir Semasa Perdana Menteri Berusaha MENENTANG HUDUD: Mudah Lupa atau Sudah Nyanyuk

Read here for more AND here

Dr Mahathir, seorang tua sudah lupa atau sudah nyanyuk.


Berikut adalah antara kenyataan Mahathir tentang hukum Hudud dan perlaksanaannya di negara ini.

 1- (Kenyataan Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). 

"...Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat MEMALUKAN  umat Islam,  kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja."



2- Ucapan Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian Johor).

 "...Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti."


3- Ucapan Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah). 

"...Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud TIDAK SESUAI  dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama."

4- (Kenyataan Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno). 

"..Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN TIDAK AKAN melaksanakan hukum hudud."

5- (Ucapan Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). 

"...SUKAR  dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam."

6- Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan. 

"...Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang  BOLEH MELEMAHKAN LAGI ORANG ISLAM   mesti dilaksanakan?"


7- (Ucapan Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) 

"...Hudud TIDAK  boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik."

8- (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. 

“...Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

9- (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994).

 “....Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk DISESUAIKAN  dengan keadaan masakini.”


10- (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi Umno, 1994).

 “...Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional TIDAK AKAN melaksanakan hukum hudud.”


  Siapa Mahathir rasakan dirinya itu untuk dibandingkan dengan orang yang berkuasa di Malaysia pada masa ini ( Perdana Menteri Najib Razak) yang jelas mengatakan:

'Hudud TIDAK  akan dilaksanakan di negara ini' 
 - Najib Razak


Tengok video ini..

No comments: