Monday, 7 May 2007

Mahathir's Speech in Kelantan - 6th May 2007

From Penembak Badak Blog: Read here

"....Ucapan Tun Dr. Mahathir kali ini lebih bercorak amanat dan nasihat kepada rakyat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya di dalam menghadapi pilihanraya umum ke 12.

Adalah TIDAK SALAH bagi ahli UMNO sendiri mengundi ahli dari parti lain, jika mereka tiada pilihan lain di dalam menyuara ketidakpuasan mereka terhadap pimpinan UMNO sekarang. ..."

Below summary of Tun Dr. Mahathir's Speech in Grand Riverview Hotel in Kota Bharu, Kelantan.

Excerpts: Read here for more

  • Sebagai ahli UMNO dan bekas pemimpin tertinggi UMNO, (Tun Dr. Mahathir) tidak rela melihat UMNO tumbang di tangan PAS atau mana-mana parti pembangkang. Tetapi, sekiranya ketewasan UMNO adalah satu-satunya cara bagi menyedarkan kepimpinan UMNO sekarang tentang kelemahan pucuk pimpinan parti, maka, rakyat Kelantan seharusnya memberi undi mereka kepada PAS demi kebaikan negara Malaysia tercinta.

  • ....tiada apa yang mampu dilakukan oleh Kerajaan Kelantan sekarang di dalam menghadapi globalisasi kerana masalah menghadapi globalisasi adalah satu cabaran yang hanya mampu ditangani oleh Kerajaan Pusat. Namun begitu Kerajaan Kelantan seperti mana Kerajaan Negeri-Negeri lain seharusnya terus memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat supaya menangani cabaran globalisasi dengan lebih bijak.

  • ...jika Kerajaan Kelantan menerajui negeri ini seperti Proton pada hari ini, ranaplah Kota Bharu. Proton di bawah teraju YM Tengku Mahaleel, seorang anak Kelantan berjaya membuat keuntungan demi keuntungan sehingga memperolehi wang simpanan tunai berjumlah RM4 billion. Malangnya, Proton di bawah teraju yang dilantik oleh Perdana Menteri sekarang hanya mampu membuat kerugian berjumlah setengah billion ringgit setiap tahun

  • ....menyeru rakyat Kelantan supaya tidak terpedaya dengan janji yang ditabur oleh Kerajaan Pusat yang berjumlah RM3 billion untuk pembangunan lebuhraya dan empangan di Kelantan. Sebaliknya... rakyat Kelantan untuk bertanya, mana duitnya? Tunjukkan dahulu duit tersebut!

  • ... keputusan pengundi di Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Ijok yang sanggup menggadai maruah mereka untuk wang berjumlah RM200 dan mesin-mesin jahit. ...menasihatkan hadirin yang hadir supaya mempertahankan maruah negara di dalam pilihanraya dengan menolak sebarang tawaran membeli undi mereka. Membeli undi adalah rasuah, pemberi dan penerima sama-sama melakukan kesalahan. ...para pengundi tidak membuat pilihan secara membabi buta kerana ia hanya akan memberi mandat kepada pemerintah untuk melakukan apa sahaja secara membabi buta.

  • ...sekiranya ahli-ahli UMNO, para pengundi dan rakyat Malaysia bersetuju bahawa kepimpinan Kerajaan Malaysia sekarang adalah lemah dan tidak berwibawa, mereka seharusnya bersedia mendesak perubahan tersebut menerusi proses demokratik dan memangkah undi secara bijaksana. Adalah tidak salah bagi ahli UMNO sendiri mengundi ahli dari parti lain, jika mereka tiada pilihan lain di dalam menyuara ketidakpuasan mereka terhadap pimpinan UMNO sekarang.

  • Tun mengungkap kembali insiden sewaktu beliau tewas ketika bertanding di dalam pilihanraya umum Kota Setar pada tahun 1969 dahulu. Pengundi Cina di situ lebih rela mengundi parti PAS daripada mengundi beliau (UMNO) walaupun PAS membawa isu membina Kerajaan Islam. Pengundi Cina waktu itu lebih rela menerima Kerajaan Islam daripada mengundi seorang yang di cap Ultra-Malay.
  • Secara tidak langsung juga, Tun Dr. Mahathir menyedari kesilapan kepimpinannya sewaktu menjadi Presiden UMNO dengan menyukarkan jawatan pucuk pimpinan parti ditandingi. Hari ini, adalah lebih mudah membawa perubahan di dalam UMNO menerusi pilihanraya umum berbanding dengan menerusi pemilihan pucuk pimpinan parti.

    Adalah hampir mustahil mengalahkan Abdullah Haji Ahmad menerusi sistem demokratik di dalam UMNO. Tetapi tidak mustahil untuk menumpaskan Abdullah Haji Ahmad sekeluarga menerusi pilihanraya umum ke 12.

    No comments: