Saturday 19 April 2008

PAS Will NOT Be Trapped Again by UMNO's Desperate Incitement for "Ketuanan Melayu"

From Harakah: Read here and here

Read related article:

"There is NO problem with Malay supremacy.

The menteris besar are Malays, the prime minister is a Malay... there is nothing to worry about Malay supremacy.

We are not against Malay unity, but we will not be trapped again."

He was commenting on calls that PAS and Parti Keadilan Rakyat (PKR) get together with Umno to discuss the future of the Malays. Husam, who is also Salor Assemblyman, expressed doubts that Umno, PAS and PKR would achieve a common goal on the matter. Read here for more

Excerpts:

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata PAS tidak mahu lagi terperangkap dalam isu Ketuanan Melayu tersebut yang disifatkan sebagai membuang masa.

Isu ketuanan Melayu sudah tidak relevan lagi kerana ia sengaja ditimbulkan oleh Umno bagi meraih sokongan untuk menutup kelemahan parti tersebut.

Tegasnya jika Umno ingin membincangkan mengenai masalah ketuanan Melayu, mereka boleh menyertai kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Dato Husam berkata,

"Kita tidak akan terperangkap dengan gimik politik yang dimainkan Umno yang mahu menyembunyikan kelemahan dan masalah yang sedang dihadapi mereka kerana ia merupakan sikap lama yang tidak mahu diubah.

Kenapa sekarang baru hendak membincangkan mengenai hal ketuanan Melayu?

Kenapa sebelum pilihan raya umum hal ini tidak ditimbulkan?"

Jelasnya lagi, sekiranya Umno benar-benar serius mengenai hal tersebut, ia hendaklah dilaksanakan melalui kerajaan yang adil dan telus kerana ia merupakan satu-satunya cara yang terbaik bagi memelihara kepentingan kesatuan semua bangsa di negara ini.

AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menyifatkan, usaha membantu Umno untuk memperbetulkan kesilapan parti itu dalam soal ketuanan Melayu bagaikan 'melepaskan anjing tersepit'.

Katanya, beliau menyokong penuh penegasan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa semalam, bahawa PAS tidak mahu terperangkap dalam isu tersebut, yang disifatkan sebagai membuang masa.

Husam juga dilaporkan sebagai berkata, PAS tidak akan terperangkap dengan gimik politik yang dimainkan Umno, yang dibuat semata-mata untuk menyembunyikan kelemahan dan masalah dalaman yang sedang mereka dihadapi.

No comments: