Thursday, 4 December 2008

Orang Melayu Miskin Kerana Siapa? (Malays Are Poor, Whose Fault ?)

Read here article by Mahfuz Omar

Orang Melayu miskin kerana siapa?

by

Mahfuz Omar

British tidak meruntuhkan orang Melayu dengan menjatuhkan Raja-rajanya, tetapi dengan melahirkan pemimpin-pemimpin Melayu yang rakus dan tidak mempunyai jati diri.

Maka, selepas Perang Dunia Kedua, lahirlah sekumpulan aristokrat Melayu berpendidikan Barat untuk diserahkan kemerdekaan Tanah Melayu kepada mereka.

Selepas 50 tahun mereka mengambil alih kuasa daripada penjajah, orang Melayu menerima nasib seperti orang India. Yang berbeza hanya orang India dilumpuhkan oleh penjajah, tetapi orang Melayu dibangsatkan oleh anak bangsa sendiri yang menjadi alat kepada penjajah.

Dan memang tidak menghairankan apabila Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati 301,000 keluarga orang Melayu berada pada paras pendapatan kurang daripada RM1,000. Jika satu keluarga mempunyai purata lima orang ahli, maka lebih 1.5 juta orang Melayu menghadapi masalah ini.

Bukankah selepas 13 Mei 1969, telah dibentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk membela kaum Bumiputera, tetapi mengapa ia gagal. Orang Melayu terus mengungguli carta kemiskinan, di samping carta masalah sosial juga.

Apakah kita tidak sedar selama ini orang Melayu sendiri yang menguasai politik negara dan mereka mempunyai bidang kuasa untuk membela kepentingan orang Melayu?

Nah! Sekarang orang Melayu sesudah 50 tahun di bawah ketiak Umno mereka terus merempat.
Yang membesarkan tembolok hanyalah pemimpin Umno dan anak menantu mereka. Orang Melayu yang lain tidak memperoleh apa-apa.

Di kalangan pemimpin Umno sendiri mereka lebih ghairah untuk bercakap soal mahu lawan atau tarik diri dalam pemilihan parti, daripada bercakap soal nasib bangsa dan negara. Tidak adapun sungutan yang benar-benar serius terhadap kedudukan orang Melayu sekarang.

Umno lebih berminat untuk mengagihkan kekayaan negara kepada kroni-kroni mereka, tetapi tidak mahu langsung membantu orang-orang Melayu yang miskin. Kalau nampak seperti hendak ditolong pun, ialah kononnya membela orang yang terbiar di negeri yang dikuasai pembangkang.

Sudah berapa banyak projek-projek raksasa diwujudkan untuk kroni, tetapi TIDAK memberikan manfaat kepada orang Melayu.

Dalam dunia pendidikan yang dianggap jambatan untuk memisahkan orang Melayu daripada kemiskinan, bukan sahaja bahasa Melayu terpinggir, sekolah-sekolah agama milik orang Melayu juga turut menjadi mangsa.

Di universiti-universiti awam, sektor-sektor pendidikan yang strategik di fakulti perubatan, undang-undang, perakaunan, ekonomi, kejuruteraan, teknologi maklumat, perniagaan dan seumpamanya, jumlah pelajar Melayu amat sedikit berbanding bangsa lain. Orang Melayu lebih banyak ditempatkan di fakulti sastera, pengajian Islam, sains sosial dan sebagainya yang dilihat kurang nilai komersialnya.

Maka orang Melayu sukar untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan ini. Di IPTS seperti MMU yang banyak melahirkan tenaga profesional yang laku di pasaran pekerjaan, hanya 20 peratus sahaja tenaga akademiknya orang Melayu, manakala pelajarnya yang berbangsa Melayu pula hanya sekitar 25 peratus.

Amat jelas sekali bahawa Umno tidak mempunyai komitmen dan tidak serius langsung dalam mengangkat martabat orang Melayu, melainkan retorik kosong sahaja. Orang Melayu JANGAN terkeliru dengan isu-isu perkauman seperti isu Pengurus Besar PKNS, isu sewa Flat PKNS, isu ladang babi moden atau isu orang bukan Melayu di UiTM, kerana ialah adalah isu kulit sahaja.

Yang lebih besar ialah apakah pembelaan kerajaan Umno terhadap orang Melayu atau Bumiputera. Selama ini, Umno hanya membantu menambahkan kekayaan pemimpin mereka, sehingga ada yang membina banglo lebih besar daripada istana.


(This UMNO leader's house has 21 bathrooms and 16 bedrooms, including 11 that are occupied by each of his children, as well as a VIP room, three living rooms, a dining hall and a prayer room. The house also has a swimming pool, several gazebos, an orchard, a two-hole golf lawn, an office, a storeroom, two rooms for maids as well as a wet kitchen and a dry kitchen - The Star) . UMNO, sumber duitnya dari mana?

Mereka bercakap seolah-olah Pakatan Rakyat lebih mengutamakan orang bukan Melayu, tetapi Umno yang mempunyai kuasa yang lebih besar, langsung tidak mempedulikan orang Melayu. Dalam keadaan seperti ini, dengan kegawatan ekonomi global, maka orang Melayu akan terus tersingkir daripada arus perdana.

Orang Melayu paling miskin, paling ramai penagih dadah, paling ramai bermasalah sosial, paling tercorot dalam pendidikan dan sebagainya. Bahkan, kuasa politik orang Melayupun turut terjejas kerana permainan politik Umno.

Jika dalam tempoh 50 tahun sahaja, nasib orang Melayu sudah tidak menentu, bagaimana agaknya orang Melayu 50 tahun akan datang jika Umno terus diberikan kepercayaan.

Orang Melayu mesti sedar hakikat ini dan data-data Jabatan Perangkaan itu hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada ratusan masalah lain yang dihadapi sekarang.

Ayuh orang Melayu, membebaskan diri dari Umno, atau terus melayu!

7 comments:

Jed Yoong said...

Hi

I think that's not the picture of Zakaria's house.
It doesn't look like the photo in The Star.
...?

Hasbullah Pit said...

Orang Melayu miskin kerana menilai kekayaan dengan melihat rumah.

Ianya memang salah.

Malaysians Unplugged Uncensored Team said...

Dear Jed

Thank you for the correction. We have now placed the correct photo. We should have double-checked.

The earlier photo that was removed was in circulation in the Malaysian blogosphere and later found to be inaccurate and we have inadvertently used it instead of the corrected photo that was in our database.

We thank you for the heads-up.Much appreciated.

Malaysians Unplugged Uncensored Team

Anonymous said...

Melayu celup ...khasnya keturunan mamak and the gang lah yang memonopolikan kuasa politik malaysia. Melayu hanya jadi puppet on the string. Mamak lah pakar perompak dan penyamun harta negara!!

Tanyalah arif shah, tanya lah Ahmad ismail, tanyalah Mahathir ... United Mamak Nasional organisation.

Anonymous said...

Mamak boleh jadi Melayu, tapi melayu tak boleh jadi mamak. Pengalihan bangsa yang paling mistry dibumi ini.!!

Melayu semakin miskin adalah disebabkan oleh kekuatan mamak yang menyamar Melayu, bukan bangsa lain yang mengakibatkan meleyu miskin.

Mamak ....poorah !

GT MOON said...

org melayu sibuk mencari alasan..org lain sibuk mencari peluang....klu di ajak mencari kekayaan masing2 takut..nk tgk org berjaya dlu...baca bku business school..robert t. kiyosaki

Anonymous said...

Berchakap menganai orang melayu tapi kenapa guankan bahasa asing,