Quote
"... Kalaulah saya Sultan Selangor, tentu terguris hati saya dengan sindiran yang biadab dan bodoh ini.
Kalau benar anak jantan, tanyalah kepada orang seperti Mahathir Mohamad, Muhyuddin Yassin dan Najib Razak mengapa Melayu masih ketinggalan, mengapa tanah rezab Melayu makin berkurangan, mengapa jurang di antara Melayu kaya dan Melayu miskin bertambah besar? Salah siapa?
Untuk pengetahuan Awang, biarlah dijelaskan di sini bahawa yang menghakis kedudukan Melayu ialah golongan Melayu atasan UMNO kerana merekalah yang memerintah. Tak ada kumpulan lain pun yang mentadbir negara ini kecuali mereka, sejak merdeka dahulu.
Masalah Melayu dan bumiputra bukan kerana Melayu/ bumiputra tidak ada hak atau keistimewaan Melayu dicabar. Soal hak tak timbul.
Masalah sebenar ialah orang Melayu selama ini telah mengharapkan pagar tapi pagar itu pula yang telah makan padi.
Sampai hari ini pagar itu masih tak berhenti-henti makan padi milik orang Melayu. Itulah punca kemunduran Melayu sabenar.
Tak kan lah ini pun tak faham..."
-Zaid Ibrahim
PAGAR MAKAN PADI
Read here for more
Awang Selamat marah benar.
Kepada orang Melayu yang tidak mahu bersekongkol dengan Ibrahim Ali dan Mahathir Mohamad dalam mesyuarat agung pertama Perkasa pada Sabtu ini, Awang yang kerdil itu berkata:
“Usahlah menjadi Melayu di tanah air ini, jika kita terlalu takut dan mengikut telunjuk pihak yang sedang pun menghakis kedudukan Melayu”.Kalaulah saya Sultan Selangor, tentu terguris hati saya dengan sindiran yang biadab dan bodoh ini.
Awang naik berang kerana menurutnya, Perkasa patut di sanjung dan disokong kerana begitu lantang mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang dikatakan sedang dihina.
Yang anehnya sejak bila pula institusi Raja-Raja Melayu kita dihina? Saya belum terbaca atau mendengar mana-mana pihak yang mencabar institusi Raja.
Kalau pun Karpal Singh itu dikatakan mencabarnya, bukankah kes itu belum lagi selesai? Itu pun kes perundangan. Kenapa Awang, Ibrahim Ali dan Mahathir tak sabar-sabar hinggakan perlu memanggil 10,000 orang Melayu berhimpun.
Kalau setakat nak beri orang ramai makan percuma dalam dewan yang empok, 20,000 orang pun boleh dicari. Tetapi Melayu sekarang tidaklah sebodoh yang difikirkan oleh Awang.
Lebih baik Awang bagi contoh-contoh siapa dan apa yang mencabar Raja-Raja kita? Saya sangka orang akhbar ini bijak dan pintar, dan kenyataan pun biasanya berasas dan ada minat ke arah mencari kebenaran. Itu sepatutnya menjadi kriteria utama wartawan cemerlang.
Awang juga mendakwa kepentingan Melayu diasak begitu hebat selepas pilihanraya umum 2008 dan hanya Perkasa yang mempertahankan hak orang Melayu.
Wah!
Bila UMNO dan Barisan Nasional hilang banyak kerusi, maka itu bererti menghina Melayu? Ini rupanya punca kemarahan Awang dan Utusan Malaysia. Sebenarnya, iyu bukan menghina Melayu, cuma rakyat membuat pilihan mengikut selera mereka. Takkanlah kalah sikit, sudah nak marah. Itu gila kuasa namanya. Bagaimana nak ada demokrasi macam itu.
Awang perlu sedar banyak juga orang Melayu yang mengundi Pakatan Rakyat? Bukan setakat pilihanraya umum 2008, malah dalam banyak pilihanraya kecil selepas itu pun orang Melayu memilih Pakatan Rakyat.
Malah lebih ramai yang mengundi Pakatan daripada UMNO. Jadi Melayu mana yang Awang wakili?
Untuk pengetahuan Awang, biarlah dijelaskan di sini bahawa yang menghakis kedudukan Melayu ialah golongan Melayu atasan UMNO kerana merekalah yang memerintah. Tak ada kumpulan lain pun yang mentadbir negara ini kecuali mereka, sejak merdeka dahulu.
Jika Awang kata kedudukan Melayu terhakis, maka kumpulan Melayu atasan inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya. Tapi Awang berani kutuk Pakatan saja.
Awang kecut perut dan takut nak berdepan dengan “political masters” dia.
Kalau benar anak jantan, tanyalah kepada orang seperti Mahathir Mohamad, Muhyuddin Yassin dan Najib Razak mengapa Melayu masih ketinggalan, mengapa tanah rezab Melayu makin berkurangan, mengapa jurang di antara Melayu kaya dan Melayu miskin bertambah besar?
Salah siapa?
Masalah Melayu dan bumiputra bukan kerana Melayu/ bumiputra tidak ada hak atau keistimewaan Melayu dicabar. Soal hak tak timbul.
Masalah sebenar ialah orang Melayu selama ini telah mengharapkan pagar tapi pagar itu pula yang telah makan padi.
Sampai hari ini pagar itu masih tak berhenti-henti makan padi milik orang Melayu. Itulah punca kemunduran Melayu sabenar.
Tak kan lah ini pun tak faham.
-Zaid Ibrahim
3 comments:
Zaid,
Segala komen Dato' adalah 100% betul dan penuh dengan kenyataan, tapi Aawang itu hanya seekor anjing UMNO, kalau heret kesana, pergi kesana, kesini, dia kesini, ini lah anjing UMNO, saya berani dia tak berani tanya Mahathir, Najib dan Muhyddin, siapa yang menghikis hak orang orang Melayu.Paling ketara sekali, wang Petronas habis lesap diambil 3 Perdana Menteri Malaysia dan akan datang satu lagi, maka habis lah minyak Petronas, mula Najib dengan memperaltakan PERKASA menghasut ornag Melayu supaya benci pada kaum kaum yang lain dari Melayu Muslim, kemudian mengamil alih bisnes orang bukan dan menakutkan mereka. Jadi orang UMNO inilah yang paling merbahaya sekali di Malaysia.
Dato'Zaid, comes this election if you need my help, I will go all out to support PR FOR THE BETTER OF RAKYAT MALAYSIA BEFORE 2020
selama 51 tahun , UMNO masih gagal melaksanakan apa apa yang mereka perjuangkan. yang mendapat keuntongan besar adalah umnoputra.
gua dah bosan dengan salakan anjing umno.
This a true story that took place in 1984 in the USSR. An old lady was travelling by train in mid-winter from Moscow to her village which was a two hour ride away. He son put her on the train in Moscow telling her that she should get off at the third stop. It was snowing and the tracks were covered with snow all the way. The train stoped at the firat station she did not get off. The train stoped at the second station she did not get off. The train stoped for the third time and she enquired from the gentlemen who was sitting next to her if it was the third stop and station that she shold get off. He said yes and the old lady got off the train. After she got off the train continued on its journey to its final destination.
Unbeknown to the gentleman who told the old lady that it was indeed the third station, the train had to stop to allow for the crew to clear the tracks of snow. The old lady was looking for her other son who was supposed to be at that third station to pick her up. She waited and waited and waited until it was night fall. Exposed to the bitter cold the old lady was frozen to death.
The moral of the story. If you are not sure as a leader if something you are doing is good for your people you must always be cautious and consult others before implemting policied. The price of failure is too high and you will not be there to see the results of your failure because in the affairs of state any decision take today will only show clear results 10 years down the road. This geomatrics favours the leader- may be not. Ranmalx
Post a Comment