Quote:
"...Dalam keadaan yang LEMAH sekarang UMNO sudah tidak dapat membelakangkan fakta bahawa Raja-Raja Melayu itu adalah simbol yang kemuncak kepada kita orang Melayu… tiada Raja tiada Melayu. Perasaan cinta UMNO kepada Raja hanya waktu parti itu sedang kehilangan sokongan padu orang Melayu.
TETAPI semasa UMNO sedang KUAT dahulu, UMNO telah lupa daratan dengan menghentam Raja-Raja Melayu seperti Raja-Raja Melayu itu sudah tidak berguna lagi.
Malahan dalam perhimpunan agung UMNO pada tahu 1992 dahulu Mahathir hanya menyindir Raja-Raja saolah-olah Baginda-Baginda sebagai sumber kita untuk mendapatkan Bintang dan Pingat sahaja.
Ungkapan itu telah mendapat tepukan gemuruh perwakilan yang terdiri daripada Melayu UMNO...."
-Aspan Alias
Alhamdulillah! UMNO sudah daulatkan Raja-Raja Melayu
by
Aspan Alias
Excerpts:
Saya bergembira dan bersyukur kerana UMNO masih memerlukan Raja-Raja Melayu.
UMNO mula menyedari pentingnya Raja-Raja Melayu dejak berlaku rampasan kuasa diPerak tahun lepas ...dan sejak itulah kedengaran dimana-mana ahli-ahli UMNO melaungkan, Daulat Tuanku..Daulat Tuanku.
Baru dua hari yang lepas UMNO Subang Jaya telah membuat lapuran Polis terhadap Zaid Ibrahim kerana memberikan sedikit pandangan tentang boleh atau tidak bercakap pasal politik didalam masjid....kononnya Zaid Ibrahim durhaka kepada Sultan dan untuk menunjukkan bahawa UMNO amat cintakan Raja dan institusinya.
Pada hal Zaid hanya memberikan pandangan peribadi dan TIDAK pun menghina dan menunjukkan sikap tidak menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Dalam keadaan yang lemah sekarang UMNO... Raja-Raja Melayu itu adalah simbol yang kemuncak kepada kita orang Melayu…tiada Raja tiada Melayu.
Tetapi perasaan cinta UMNO kepada Raja hanya waktu parti itu sedang kehilangan sokongan padu orang Melayu.
Kesayangan Raja-Raja Melayu oleh UMNO pada tahun 1980-1990-an
TETAPI semasa UMNO sedang kuat dahulu, UMNO telah lupa daratan dengan menghentam Raja-Raja Melayu seperti Raja-Raja Melayu itu sudah tidak berguna lagi.
Malahan dalam perhimpunan agung UMNO pada tahu 1992 dahulu Mahathir hanya menyindir Raja-Raja saolah-olah Baginda-Baginda sebagai sumber kita untuk mendapatkan Bintang dan Pingat sahaja.
Ungkapan itu telah mendapat tepukan gemuruh perwakilan yang terdiri daripada Melayu UMNO, tanpa menyedari bahawa mereka sedang mempersendakan diri dan bangsa mereka sendiri.
Saya masih ingat lagi bagaimana beberapa orang Melayu menitiskan air mata kesedihan melihat sikap laku pemimpin ulung negara menempelak Raja-Raja dan disambut dengan tepukan perwakilan semasa itu.
Cik Gu Kahar Ahmad dari Muar, yang kebetulan bersama saya semasa melihat dan mendengar ucapan Mahathir melalui TV di hotel penginapannya di Kuala Lumpur, kata dengan marah bercampur sedih:
“Awak tengoklah Aspan, melayu sedang mabuk, pemimpinnya gila pengikutnya mabuk…menghina bangsanya sendiri. Tanda cakap kawan Aspan…tak lama lagi Mahathir akan buat apa sahaja untuk mengekalkan kuasanya. Raja-Raja kita ni akan dilucutkannya kuasa, kerana Majlis Raja-Raja ada kuasa untuk melucutkan jawatannya sebagai PM..dia takut…percayalah cakap kawan!”Sesungguhnya usaha untuk mengenepikan kuasa yang masih ada sikit-sikit pada Raja-Raja Melayu itu bermula pada tahun 1983 lagi di mana Raja-Raja mesti menandatangani semua yang diluluskan oleh Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri-negeri dalam tempoh 2 minggu.
Dia orang itu akan menjilat ludah mereka nanti tu! Mereka bukan ada malu, nanti mereka akan dengan tidak ada segan dan silu akan menyorok di bawah ketiak Raja-Raja bila tersepit nanti. Kalau sampai masa keadaan itu berlaku hadiahlah Al-Fatihah kepada kawan kalau kawan sudah meninggal waktu itu."
Jika Kebawah Duli-Duli Tuanku tidak menandatangani apa yang diluluskan oleh pihak legislatif akan secara automatik menjadi undang-undang. Maka dengan pindaan itu maka Raja-Raja Melayu seperti tidak wujud dalam konteks apa-apa pindaan yang diluluskan oleh pihak legislatif.
Di sinilah bermulanya Raja-Raja Melayu secara beransur-ansur dilupuskan daripada kedaulatannya yang dilakukan oleh pemimpin negara yang diketuai oleh UMNO.
Rakyat Bukan Melayu
Rakyat bukan Melayu hanya memerhatikan sahaja kelakuan pemimpin Melayu yang giat melumpuhkan serta mengaibkan bangsanya sendiri dengan menghina Raja-Raja mereka. Bagi bukan Melayu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana orang Melayu sendiri berusaha untuk melemahkan kewujudan bangsanya sendiri.
Tetapi kemuncak kepada pencerobohan ke atas institusi Raja-Raja ini berlaku pada tahun 1993, di mana Raja-Raja Melayu menjadi sasaran politik Melayu yang amat menyedihkan dan merupakan sejarah paling hitam bagi bangsa kita ini.
No comments:
Post a Comment