Read HERE on Gelanggang Minda, Medan Bicara Blog
by
Ahmad Zaki Yaman
Excerpts:
"..... Berita melaporkan bahawa Hishamuddin Hussein (Member of Parliament for Sembrong, Johore- cum -Education Minister) melawat Raub semalam (Sabtu, 13 Januari 2007).
Ternyata bagi Hishamuddin, kempen politik di Batu Talam adalah lebih penting daripada memberi perhatian kepada penduduk negeri asalnya -- Johor yang dilanda bencana.
Mungkin juga Hishamuddin fikir dia adalah orang Pahang kerana pertalian isterinya.
.... Banjir di Johor baru-baru ini pula bukan kejadian rutin. Belum kita dengar Johor banjir dengan sebegini dahsyat. Penduduk memang tidak bersedia, kecuali di beberapa kawasan rendah berdekatan sungai.
Namun bukan pula kejadian skala besar ini tidak diramal sama sekali.
....Sedari awal perkhidmatan kaji cuaca (Jabatan Meteorologi) telah memberi amaran. Tetapi kerajaan tidak bersedia.
... Bilik Gerakan Kebangsaan TIDAK dibuka, pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam TIDAK dilantik.
Malah jentera kerajaan sama sekali tidak digerakkan untuk bersedia menghadapi bencana. (Read here posting Pengurusan bencana yang compang camping dan kabinet tempang).
.... Mungkin pemimpin BN tidur, pergi melihat bot mewah yang bakal dilayari, memikirkan polis pengiring yang dituduh membunuh, atau seperti Hishamuddin Hussien sibuk melawat Raub tatkala negerinya ditenggelami air.
Oh ya! Mungkin Abdullah fikir dia masih Menteri Luar, kerana itu dia perlu selalu berada di luar negara, meski ketika negara menghadapi bencana.
Mungkin juga seluruh kerajaan ini sudah nyanyuk dan tidak tahu apa nak dibuat. ...."
- Ahmad Zaki Yaman
No comments:
Post a Comment