Tuesday, 9 January 2007

To Our Ministers: Welcome Back From Your Overseas Holidays

UPDATE:

Pak Lah defends his overseas leave while a part of the country is flooded

".... Abdullah Badawi di dalam Sidang Akhbar pertama tahun ini ...menyatakan bahawa beliau telah menelefon timbalannya sebanyak dua kali bertanyakan mengenai perkembangan banjir.

Saya kira ini menggambarkan sikap sebenar Abdullah.

Beliau hanya menganggap nyawa dan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat hanya sekadar nilai dua panggilan telefon.

Padanya bercuti adalah lebih utama!

Jika begitu sikap beliau, saya cadangkan beliau bercuti terus. Rakyat seharusnya memberi peluang kepada beliau untuk bercuti terus dengan menukar kerajaan. Mungkin selepas itu beliau akan pergi belayar bersama Ananda Krihsnan. ..."


-Ahmad Zaki Yamani - Read here in Gelanggang Minda. Medan Bicara


From SANG KELEMBAI -Read here full article

by

Abd. Zarin Mohd Yassin

Excerpts

".... Sebagai warganegara Malaysia, kita sewajarnya mengucapkan Selamat Datang kepada pelancong-pelancong luar negeri ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2007.... jangan lupa kita mengucapkan Selamat Pulang kepada Perdana Menteri yang pulang dari bercuti setelah membelanjakan wang rakyat di Australia dan juga kepada beberapa Menteri yang menyambung cuti selepas Bah Besar di Johor dan Melaka.

...Kalau dengar cerita dari mangsa banjir di Johor akan sikap pemimpin mereka termasuk Muhyiddin Yassin yang kawasan penuh dengan air, tetapi mereka sanggup untuk pergi bercuti balik ke luar negeri.

Tetapi hari ini, pemimpin negara khasnya Perdana Menteri termasuk Menteri-Menteri "half pas six" tidak mengindahkan langsung sensitiviti rakyat sebaliknya sebilangan besarnya pergi bercuti keluar luar negeri, sungguh pun Menteri itu dikira orang penting dari segi logistik bagi membantu mangsa banjir sebaliknya Menteri itu sangguppergi bercuti?

Maka tidak pernah terfikir oleh kita sebagai seorang Islam bahawa banjir di Johor, Melaka dan dimana sahaja sebenarnya atas perbuatan manusia dan manusia itu sebilangan besarnya memimpin UMNO

Ingatlah, UMNO adalah satu pertubuhan Melayu yang ditubuhkan atas linangan air mata, keringat dan darah orang Melayu. Selepas raja-raja Melayu yang dikira berdaulat, UMNO adalah satu-satu organisasi yang juga mempunyai kedaulatan yang tersendiri.

Anehnya selepas banjir atau tsunami darat melanda Johor dan Melaka yang mana dikira sebagai kubu kuat UMNO, kenapakah orang UMNO tidak muhasabah diri masing-masing.

.... Banjir yang terjadi adalah kerana ada antara orang UMNO yang mengambil balak yang telah diluluskan oleh Menteri Besar UMNO dan kerana ada pemusnahan alam maka banjir akan berlaku dan semua rakyat yang terkena banjir akan rugi dan kerugian itu bukan sedikit. Selepas banjir ini pasti ada pemimpin UMNO juga yang terdiri diri wakil rakyat, pemimpin UMNO bahagian akan dapat untung.

Maka kesimpulannya, sampai bila ahli-ahli UMNO ini akan menjadi sekadar penjaga kubu. Jeneral-jeneral lima bintang UMNO bersuka ria di luar negeri . ..."

No comments: