Saturday, 6 January 2007

The Johore Flood: What is Johore UMNO Doing?

Malapetaka Banjir Buktikan Kegagalan Umno Johor

by

Mohd Rashidi Hassan

Read here full article

Excerpts


".....sehingga hari ini bandar Kota Tinggi masih lagi lumpuh, bank-bank tidak dibuka, kedai-kedai dan pejabat masih banyak lagi ditutup.

Johor mula dilanda banjir pada 18 Disember sehari selepas itu barulah dipanggil mesyuarat untuk mengkoordinasi dan menyelamat mangsa banjir.

Kerajaan Johor sememangnya tidak bersedia dan tidak mempunyai arah yang jelas dalam menangani permasalahan banjir.

Apa yang tinggal lagi bagi mangsa-mangsa banjir? Kereta, rumah, pekakas rumah, tanaman, peralatan memasak, tanaman, semuanya musnah dipukul banjir.

Kerugian yang dianggarkan bukan ratusan juta, barangkali mencecah angka ribuan juta.

Hakikatnya, "Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan". Itulah ungkapan yang paling baik ditujukan untuk Umno Johor, khususnya kepada Pengerusinya yang juga Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman.

Pemimpin-pemimpin Umno Johor sendiri tidak ramai yang turun membantu.

Ada Ahli Parlimen Johor bertaraf menteri, bersenang lenang bercuti di luar negara sedangkan rakyat di kawasannya bergelut dengan kehidupan.

Ada Setiausaha Parlimen dari Umno dibaling rakyatnya dengan daging lembu korban kerana tujuannya hendak menolong tersasar, sebab, dengan apa mereka hendak masak kalau tiada dapur? Kalau hendak simpan daging pun tiada peti ais. Semuanya musnah ditelan banjir.

Kelemahan pengurusan kerajaan BN Johor ialah kegagalan mereka menyediakan peralatan yang mencukupi (termasuk bot-bot) untuk tugas-tugas mencari dan menyelamat mangsa dan memindahkan mereka ke pusat-pusat penempatan sementara.

Anggota keselamatan, tentera, sukarelawan memang dikerah untuk melakukan kerja-kerja menyelamat, namun kerajaan tidak cukup peralatan dan tidak memberikan bantuan awalan yang sepatutnya.

Hakikatnya orang-orang politik, khususnya pemimpin Umno Johor, harus sedar dengan kelemahan mereka, tiada siapa yang sempurna dan tiada siapa yang boleh mendakwa mereka pandai mengurus sesebuah kerajaan.

Bukan juga bermakna orang yang mengaji Oxford dan Cambrigde lebih bijak mengurus dari orang lulusan al-Azhar atau pun pondok.

No comments: