Thursday 12 June 2008

PAS Denies Any Secret Discussion With UMNO on Collaboration

From Harakah

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menafikan laporan dakwaan adanya rundingan sulit antara PAS dengan Umno selepas Pilihan Raya Umum lalu, apatah lagi dakwaan untuk bergabung.

Dalam satu ulasannya, Mahfuz menyifatkan laporan dan SMS mengenai perkembangan itu sebagai satu FITNAH.

Beliau seterusnya berkata, laporan yang mendakwa PAS telah menghantar satu rombongan perundingan dengan Umno bagi menyertai BN atau membentuk kerajaan campuran adalah tidak benar.

Sambil menyifatkan penyebaran berita seumpama itu sebagai hanya 'mainan politik' dan perang sarah media tertentu memburuk-burukkan PAS.

Beliau juga menyatakan penyebaran fitnah itu hanya mahu mengucar-kacirkan parti-parti yang bekerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Mahfuz menegaskan, PAS tidak sama sekali terfikir untuk mengkhianati mandat dan menghakiskan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat.

No comments: