Ezam pernah kata :"Tunjukkan saya orang yang masuk Umno itu ikhlas."
by
Wan Nordin Wan Yaacob
Sekitar era reformasi pada tahun 1998-2000, Ezam Mohd Nor ketika itu seorang penceramah yang amat dikenali dengan kelantangannya menghentam kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno.
Ezam juga antara tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang dizalimi kerajaan Umno/BN ketika itu kerana kelantangannya mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan.
Dalam satu ceramahnya di Ibu Negara ketika itu (tahun 1998), Ezam antara lain pernah berkata bahawa "kepala otak dia, tunjukkan saya mana satu pemimpin yang menyertai Umno kerana ikhlas".
Ezam juga pernah berkata, sekuat mana tekanan, sekuat mana tawaran ke atasnya diberikan, beliau tidak akan berganjak dari perjuangan kerana ia adalah janji beliau kepada diri beliau.
Beliau juga dengan bersemangat menyatakan bahawa "lawan tetap lawan" dan rela dipenjarakan sekali lagi demi memperjuangkan hak rakyat.
Beliau juga pernah memperlekeh kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan laporan rasuah setebal 632 muka surat yang diserah kepada Presiden Umno itu tidak disiasat dengan baik.
Ezam juga pernah berkata bahawa beliau tidak akan menyerahkan dokumen setebal 632 muka surat tanpa sebarang bukti, tetapi selepas menyerahkannya dengan bukti, orang yang dituduh terlepas begitu sahaja.
Tetapi kini Ezam kembali kepada Umno dengan tidak menyatakan syarat malah mengakui ikhlas membantu Presiden Umno untuk memperjuangkan Umno.
Ezam juga sebaliknya menyatakan bahawa ingin membantu Perdana Menteri yang juga Presiden Umno meneruskan dasar-dasar kerajaan yang dilihat berada pada landasan yang betul untuk 'reform'.
Walaupun rakyat, dan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad menyedari dan mengakui kepimpinan Abdullah terlalu lemah selain berlaku banyak penyelewengan, Ezam tetapi kembali ke pangkuan parti yang dipimpin Perdana Menteri kepada 'Kerajaan Tiga Beranak'.
Sejauh mana Ezam ikhlas, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, tepuklah dada tanya iman.
RELATED ARTICLES
Ezam Kembali Bersama Katak-Kataknya?
Read here for more
by
Sheih Azidi from "Kickdefella" blog
Excerpts:
"Ezam Mohd Noor berdiri di pentas di Kampung Kedai Piah tidak sampai 100 hari yang lalu dan menjerit-jerit dihadapan lebih kurang 300 orang mengupas hujah-hujahnya tentang bertapa buruknya UMNO dan betapa busuknya Barisan Nasional.
Intipati pekikan Ezam berakhir dengan kesimpulan bahawa Kerajaan Pimpinan Abdullah Ahmad Badawi adalah terlalu hina dengan korupsi yang menjadi-jadi.
Sedekad yang lalu, Ezam keluar dari UMNO bersama enam kotak yang dilaung-laungkan sebagai berisi segala dokumen yang boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.Sampai hari ini saya menanti Ezam membongkar isi keenam-enam kotak itu. Ezam rela ke penjara mempertahankan enam kotaknya. Dan minggu ini, Ezam kembali ke dalam UMNO bersama enam kotaknya.
Ezam kembali ke dalam UMNO bersama enam kotak? Apakah isi kandungan kotak-kotak itu? Hari ini segala-galanya telah jelas lagi bersuluh.Sebenarnya satu ketika dahulu Ezam keluar UMNO dengan enam kotak kosong, tetapi hari ini, Ezam kembali ke dalam UMNO dengan 6 kotak berisi.
Atau enam kotak itu berisi berjuta-juta ringgit sebagai habuan kepulangannya ke dalam UMNO.
- Apakah yang diisi di dalam kotak-kotak itu?
- Apakah enam kotak itu berisi segala bentuk dokumen yang boleh memusnahkan Anwar Ibrahim dan mereka yang setia dengannya?
- Apakah enam kotak itu berisi segala dokumen dan skandal yang boleh menumbangkan kesepakatan kerajaan Pakatan Rakyat?
Seorang Ahli Parlimen yang juga amat rapat dengan Anwar Ibrahim memberitahu saya, Ezam menawarkan RM10 juta kepada 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Perak untuk mengikutnya menyertai UMNO. Jika ini berlaku, tumbanglah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Kembalinya Ezam ke pangkuan UMNO dijadikan pesta seperti dahulukala, bila ada pegawai kanan Parti Komunis Malaya menyerah diri, mereka dipaksa untuk membuat kenyataan terbuka dan menyebarkan propaganda Kerajaan.
Melihat Ezam di kaca TV memberitahu bahawa beliau memohon untuk kembali ke dalam UMNO kerana kerajaan Pimpinan Abdullah adalah kerajaan yang Pro-Reform, bahkan Ezam seperti tidak tahu untuk menjelaskan keputusannya itu dan asyik-asyik berputar-putar pada kalimah ‘Pro-Reform’ mengingatkan saya disewaktu kecil dahulu menyaksikan bagaimana Musa Ahmad, bekas pemimpin kanan PKM tampil di kaca TV menceritakan mengapa dia menyerah diri.
Mengapa Ezam terjun ke dalam kapal yang hampir pasti akan tenggelam? Mengapa Ezam membiarkan dirinya sebagai tropi suasa Abdullah Badawi? Mungkin didalam darahnya ada sesudu dua darah amfibia dan menjadikan dia bersedia untuk melompat seperti katak.
Tetapi mungkin juga tindakan Ezam itu berdasarkan perancangan teliti yang memakan masa hampir setahun diperingkat perancangan. Perancangan yang diilhamkan oleh seorang ahli politik pembangkang yang amat bijaksana yang terkenal dengan pemikiran ‘out-of-the-box’.
Kembalinya Ezam ke dalam UMNO sudah tentu menambah percakaran di dalam Majlis Tertinggi UMNO dan juga di peringkat akar umbi di mana Ezam terpaksa bertapak semula. Ezam akan dilihat sebagai Pro Abdullah lantaran menambah gelodak akar umbi yang masih ingat siapa Ezam.
Kembalinya Ezam dilihat oleh akar-umbi sebagai satu permulaan kepada usaha membuka pintu kepada Anwar Ibrahim untuk kembali semula ke dalam UMNO dan seterusnya meneutralkan Najib Razak yang mungkin akan bergabung dengan Muhyiddin Yassin menentang Abdullah."
No comments:
Post a Comment