Read here the article "Jalan ke Putrajaya"
" Seorang kawan menghantar tulisan di bawah kepada saya. Sebab saya rasa dia tahu apa yang dia tulis dan dia tidak merapu, saya siarkan tanpa edit.
-('Penarik beca')
"Puluhan tahun Pas dilanyak oleh Umno.
Bukan sahaja Pas difitnah, tetapi petugas dan penyokongnya dibuang kerja, dipindah ke ulu benua, tak naik pangkat, didera, ditangkap, ditembak dan DIBUNUH.
Top-top apabila Umno nak runtuh, dan seteru barunya, Anwar Ibrahim nak memerintah Malaysia, Pas hendak berkawan dan memerintah bersama dengan Umno pulak demi ketuanan dan kepentingan Melayu.dan Islam(betul ke tu?).
Wau, memang ulamak Pas (kalau ulama Umno, dipanggil ular dalam semak) pandai berhujjah dengan nas quran dan hadis. Paling kurang pun ada usul fiqhnya untuk bersekongkol dengan Umno semula. Kalau dengan DAP ada hujjahnya, inikan pula dengan Umno yang sebangsa dan seagama.
Takkanlah pemimpin Pas begitu naïf dan tidak menjangka yang Pas akan meruntuhkan Umno bila bersama BA atau kini PR.Kawannya ialah DAP yang anti Islam dan mendokong Malaysian Malaysia. Takkan tiba-tiba kesian kat UMNO dan tak percaya dengan DAP dan tak percaya Anwar yang kita tau dia lebih libral dengan islam dan Melayunya.
Sebenarnya apa wahai pemimpin Pas oi.
- Engkau hendak jaga matlamat perjuangan Pas ke.
- Atau engkau dah takut bersekongkol dengan DAP ke.
- Atau engkau tak percaya dengan Anwar yang kau bela kes liwatnya bagai nak rak ke.
- Atau engakau hendak jadi menteri ke.
- Atau engkau pun dah nyanyuk, maklom le usia pun semacam Umno juga.
Nak ke syurga ke nak ke Putrajaya. Hanya satu jalan ke syurga.
Tetapi ada dua jalan ke Putrajaya. Tetapi kedua-dua jalan ke Putrajaya, Pas hanya sebagai penumpang sahaja.
50 tahun kita pertahan prinsip. La ni kita bukan langgar prinsip tapi mau jual prinsip.
Masa kita lemah, kita jaga prinsip.
Bila kita kuat, kita jual prinsip lak.
Kita tak sanggup jadi Abu Dzar!!!!!!!
No comments:
Post a Comment