Ezam ibarat "Ayam jantan yang gah berkokok berderau-derau, tetapi ekornya bergelumang dengan najis"
by
Mohd Rashidi Hassan
Quote:
"....Sewaktu Ezam 'bercerai' dengan KeADILan, beliau begitu rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS, antaranya Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub. Ezam juga sering berjumpa dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ada banyak janji 'tidak akan masuk Umno' yang sering Ezam ulang-ulangkan di hadapan pemimpin PAS.
Ada banyak "Sumpah Keramat" Ezam dalam ceramah-ceramahnya yang menempelak, mengecam bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi, Najib dan banyak lagi yang masih ada dalam rekod berbentuk kaset dan VCD.
Sewaktu saya berbual-bual dengan rakan-rakan KeADILan di pejabat Anwar di seksyen 16 Petaling Jaya beberapa hari sebelum PRU, saya ada memaklumkan kepada mereka bahawa bekas sahabat baik mereka ada mengunjungi Harakah.
"Ah! Engkau pedulikan sahaja dia tu, dia dah kena beli dengan Khairy (Khairy Jamaluddin)," dakwa seorang bekas Setiausaha Anwar.
Belum pun saya bertanya lebih lanjut beliau mendakwa, "Kami dapat maklumat dari budak-budak Gerak, RM1 juta dah masuk dalam akaun dari Norza, budak Khairy."
Saya faham mereka mendakwa seolah-olahnya Ezam sudah memperolehi sesuatu dari Khairy, melalui Dato' Norza Zakaria, Ahli Majlis Tetinggi Umno, yang dikaitkan sebagai kroni rapat menantu PM itu.
-Mohd Rashidi Hassan
Ada banyak rumours diperkatakan apabila Ezam Mohamed Nor menyerahkan borang keahlian Umno seumur hidup kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen semalam.
Ezam mengatakan beliau berhasrat masuk Umno bukan kerana mengkagumi personaliti Abdullah, sebaliknya perubahan dasar yang dijalankan khususnya dalam persoalan Badan Pencegah Rasuah dan isu kehakiman, begitu menarik minatnya.
Hakikatnya pada beliau perubahan dasar yang dibuat oleh Abdullah, Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno begitu mendorong pendiriannya untuk berubah.
BN dan Umno sudah berubah? Benarkah begitu? Apakah pendirian yang diambil Ezam sekarang ini, sinomin dengan perjuangan beliau selama ini?
Ezam sejak dua tahun lepas adalah orang yang tidak berparti.
Kisah Ezam keluar KeADILan bukan lagi menjadi isu. Dua tahun lalu beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda atas alasan hendak menumpukan kepada Gerak.
Namun, ada yang mengatakan beliau bergaduh dengan Naib Presiden KeADILan, Mohamed Azmi Ali, ada juga yang mendakwa Ezam bergaduh dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Ketika Anwar dipecat pada tahun 1998, Ezam adalah Setiausaha Politiknya, manakala Azmin sebagai Setiausaha Sulit.
Kedua-dua anak muda ini merupakan antara tonggak utama dan orang kepercayaan Anwar untuk menggerakkan gerakan reformasi semasa Anwar merengkok dalam tahanan.
Dalam parti politik, pemimpin memang ada banyak perbezaan pendapat. Soal pergaduhan dan bagaimana bentuk pendekatan masing-masing tidak perlu dihuraikan di sini.
Kunjungan Ezam ke Harakah
Kira-kira tiga minggu sebelum Parlimen dibubarkan Februari lepas, Ezam Mohd Noor berkunjung ke pejabat Harakah, menemui Ketua Pengarang Kumpulan, Ahmad Lutfi Othman.
Jika tidak silap, hari itu hari Ahad. Hari cuti. Banyak pejabat ditutup, begitu juga dengan Harakah. Hanya dua tiga orang sahaja yang bekerja.
Kami mencadangkan perjumpaan dibuat pada hari lain, namun beliau tetap mahu berjumpa katanya, atas urusan yang amat penting.
Saya dimaklumkan oleh Ketua Pemberita, Wan Nordin Wan Yaacob tentang kehadiran Ezam bertemu dengan Lutfi, tetapi tidak dapat turut serta kerana ada tugasan di Alor Setar.
Butiran mengenai pertemuan tersebut dimaklumkan oleh Lutfi dalam mesyuarat Jabatan Pengarang selepas itu.
Dalam pertemuan tersebut saya dimaklumkan Ezam begitu beriya-iya meminta dibekalkan bahan-bahan untuk membantunya berkempen membantu pembangkang, khususnya PAS dalam Pilihan Raya Umum ke 12.
Bahan utama yang diminta beliau ialah mengenai laporan Badan Pencegah Rasuah dan sebarang dokumen mengenai penyelewengan yang membabitkan Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Seri Mohd Khir Toyo.
Bahan-bahan tersebut sememangnya ada pada Lutfi, kerana sebelum ini beliau begitu giat mendedahkan apa yang disifatkan penyelewengan, salah laku dan rasuah yang membabitkan seorang bertaraf MB.
Pada saya, apa yang diminta Ezam barangkali ada relevannya dengan peranan beliau sebagai Pengerusi Gerak, yang digiat memperjuangan budaya bersih rasuah dalam negara.
Namun, sampai kesudah Lutfi ENGGAN menyerahkan dokumen tersebut, setelah didesak beberapa kali oleh Ezam.
Saya bertanya kepada Lutfi, mengapa tidak diberikan sahaja dokumen itu kepada Ezam, barangkali boleh membantu kempen PAS di Selangor.
Namun Lutfi enggan memberikan, katanya, dia berasa hairan mengapa Ezam tiba-tiba meminta dokumen mengenai Khir dan merasakan ada sesuatu yang pelik berlaku.
Benarkah Ezam dibeli?
Sewaktu saya berbual-bual dengan rakan-rakan KeADILan di pejabat Anwar di seksyen 16 Petaling Jaya beberapa hari sebelum PRU, saya ada memaklumkan kepada mereka bahawa bekas sahabat baik mereka ada mengunjungi Harakah.
"Ah! Engkau pedulikan sahaja dia tu, dia dah kena beli dengan Khairy (Khairy Jamaluddin)," dakwa seorang bekas Setiausaha Anwar.
Belum pun saya bertanya lebih lanjut beliau mendakwa, "Kami dapat maklumat dari budak-budak Gerak, RM1 juta dah masuk dalam akaun dari Norza, budak Khairy."
Saya faham mereka mendakwa seolah-olahnya Ezam sudah memperolehi sesuatu dari Khairy, melalui Dato' Norza Zakaria, Ahli Majlis Tetinggi Umno, yang dikaitkan sebagai kroni rapat menantu PM itu.
Persoalan mengapa Ezam meminta dokumen mengenai Khir Toyo terjawab. Khairy dikatakan tidak menyukai bekas MB Selangor itu dan berusaha untuk menjatuhkannya dengan menggunakan Ezam.
Oleh kerana itu pada saya, kebimbangan Lutfi di atas gaya body language Ezam dalam pertemuan mereka barangkali juga ada asasnya.
Di kalangan KeADILan diberitahu, Ezam ada membuat beberapa kali pertemuan dengan Khairy, sebelum ini.
Kes tentang apa yang didakwa membabitkan 'perundingan' Ezam dengan pemimpin-pemimpin Umno bukannya baru.
Beberapa tahun lepas, didedahkan kes yang sama timbul sewaktu 'perundingan' diadakan dengan Dato' Seri Abdul Aziz Shamsuddin, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Kalangan yang masuk Umno ketika itu, membabitkan bekas Naib Ketua Pemudanya, Zahid Mat Arif dan bekas tahanan ISA, Lokman Nor Adam yang didakwa memperolehi sejumlah wang atau 'ghanimah politik' di atas penggadaian prinsip perjuangan mereka.
Zahid dan Lokman beserta beberapa yang lain, ditempelak hebat kerana meninggalkan perjuangan untuk memasuki Umno.
Ketika Lokman ditempelak, untuk menjawab segala tohmahan, Lokman mengatakan bukan inisiatif beliau pada asalnya pertemuan yang diadakan di sebuah hotel di Subang dibuat.
Katanya, beliau ada bukti dan gambar ada pimpinan tertinggi KeADILan yang mengetuai delegasi perundingan untuk memasuki Umno, ketika itu. Ada yang mengatakan dakwaan mereka ada kaitannya dengan Ezam.
Jika ini benar, soal Ezam hendak masuk Umno, bukannya perkara baru.
Maka Ezam tidak boleh mengelak untuk dikaitkan dengan persepsi bahawa, perundingan beliau masuk Umno barangkali membabitkan soal jawatan dan 'peruntukan'.
Soal banyak mana, apa yang diperolehi oleh Ezam dan rakan-rakan rapatnya, yang mendorong mereka memasuki Umno, tidak dapat dipastikan.
Apa yang Ezam mampu lakukan dalam Umno?
Sebelum ini, khususnya sewaktu Ezam 'bercerai' dengan KeADILan, beliau begitu rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS, antaranya Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.
Ezam juga sering berjumpa dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ada banyak janji 'tidak akan masuk Umno' yang sering Ezam ulang-ulangkan di hadapan pemimpin PAS.
Ada banyak "Sumpah Keramat" Ezam dalam ceramah-ceramahnya yang menempelak, mengecam bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi, Najib dan banyak lagi yang masih ada dalam rekod berbentuk kaset dan VCD.
Semua rekod-rekod ini menjadi bukti bahawa Ezam sebenarnya sudah menggadaikan prinsip perjuangan yang beliau sendiri bersumpah acapkali.
Tanpa disedarinya sumpah-sumpah ini semua sedang memakan diri Ezam. Hanya masa dan waktu sahaja akan menentukan. Wallahu a'lam.
Apa pun yang berlaku, sama ada ungkapan Ezam berbentuk janji, sumpah dan sebagainya, hakikat yang dibuktikan sekarang di hati Ezam hanya ada Umno, bukan PAS, jauh sekali KeADILan.
Ezam barangkali berfikir, laluannya memasuki Umno, menerusi Khairy terus kepada Abdullah boleh menjadi suatu advantage baginya.
Semuanya belum tentu! Orang-orang Umno sedang mencongak, ada tiga kemungkinan yang boleh berlaku dengan kemasukan Ezam ke dalam parti yang hampir karam itu.
- Pertama, seperti kata Dato' Seri Najib Tun Razak, 'Ezam ada banyak maklumat'. Mungkin maklumat-maklumat ini boleh digunakan untuk membelasah Anwar dan menghalang pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat.
- Kemungkinan kedua; Tidak boleh dinafikan wujud persepsi bahawa Ezam masih agen Anwar Ibrahim. Dalam keadaan sekarang, ada kalangan ahli Umno yang bimbang, Ezam boleh digunakan Anwar untuk menambahkan kerosakan dalam Umno.
- Kemungkinan ketiga; Tiada apa-apa pun perubahan yang boleh berlaku kepada Umno! Sewaktu berbondong-bondong ahli Umno diketuai bekas Presidennya, Dr Mahathir keluar Umno kerana kegagalan Abdullah Badawi, Ezam pula hendak masuk Umno atas alasan Abdullah sudah mengubah Umno dan kerajaan.
Malahan sebahagian besar orang-orang Umno berpendapat, parti itu hanya akan berubah hanya apabila Abdullah Badawi meletakkan jawatan.
Umno ibarat Titanic dan tongkang pecah yang sedang menanti untuk karam. Mudah-mudahan 'niat' baik Ezam dan suku sakatnya menyertai kapal, boleh menampung kerosakannya untuk terus berlayar.
Barangkali Umno/BN boleh terus berlayar, tetapi bukan sebagai kerajaan, tetapi sebagai pembangkang.
Ikutlah, mungkin juga nasib Ezam untuk terus menjadi pembangkang.
Cuma, pesanan bekas rakan-rakan seperjuangan kepada anda, jangan jadi seperti "Ayam jantan yang gah berkokok berderau-derau, tetapi ekornya bergelumang dengan najis."
Apa pun, well...good luck saudara Ezam!
*******************************
Related Article
UMNO Masih Persoal Niat Ezam
by
Amir Hamzah Amha
Excerpts: Read here for more
Ramai ahli UMNO dikatakan kurang senang dengan tindakan Perdana Menteri membenarkan Ezam memasuki semula UMNO tanpa syarat dan mempertikaikan mengapa tiada seorangpun bekas ahli KeADILan yang menyertai UMNO pada 2004 seperti Roslan Kassim dan Lokman Noor Adam sudi menemani beliau.From Sin Chew Daily
Didalam temuramah bersama TV3 Ezam ternyata jelas menyatakan hasratnya untuk meneruskan Agenda Reformasi Anwar Ibrahim di dalam UMNO dan cita-citanya adalah untuk membanteras rasuah di dalam UMNO.
Ahli-ahli Pakatan Rakyat akan terus memerhatikan berapa jauhkah dan setinggi manakah Ezam dibenarkan menyusup didalam UMNO untuk melaksanakan Agenda Perubahan yang diulang Ezam di dalam temubual tersebut berkali-kali.
Harus diingat ungkapan 'Agenda Perubahan' adalah 'Manifesto Anwar Ibrahim' yang menjadi teras persefahaman Pakatan Rakyat.
Sekiranya percaturan bijak pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat ini berjaya, berkemungkinan besar Ezam akan memainkan peranannya untuk melakukan 'Agenda Perubahan' ini serta-merta dan kesannya akan dilihat pada keputusan pemilihan UMNO nanti. Sama ada kesan ini positif atau negatif kepada Dato' Seri Abdullah Badawi atau lawan-lawannya - kita tungguuuuu!
Article by TAY TIAN YAN (Translated by SOONG PHUI JEE)
Read here for more
Ezam Mohd Nor used to be an important assistant to PKR Adviser Datuk Seri Anwar Ibrahim and they shared similar fates. When Anwar was in power in Umno, Ezam was a rising star. While Anwar left Umno, Ezam was as well out of luck. And when Anwar was sent to jail, Ezam was imprisoned too.
During the most difficult time for Anwar and PKR, Ezam was there but when the party is about to rise, Ezam chose another path.
Outsiders find it hard to understand whether it is necessary for him to give up his sacrifices and contributions over the past 10 years just because of the breakdown of his relationship with PKR President Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Umno is a huge cruise ship (that) hits an iceberg in the dark, its navigation has been disrupted and it might sink at any moment. PKR is a speedboat (that) has successfully overtaken the iceberg and it is now speeding up.
It is logical if someone jumps from the cruise ship into the speedboat.
The other way round ??? Is Ezam a fool or has he gone mad?
Former PKR Youth leader Ezam Mohd Nor is not a fool to rejoin Umno. But what’s happening actually?
"At this moment, Umno needs Ezam and Ezam needs Umno."
Anyway, it is not surprising as Ezam is back in Umno. There were rumours three years ago when he left PKR. However, he did not choose Umno at that time but to form a non-governmental organisation called Gerak.
At that time, he was still playing the role of criticising those in power, including submitting a 600-page report to testify against a senior minister who was allegedly involved in corruption. However, no action has been taken after the report was submitted to the government.
Years ago, there were rumours about Ezam would rejoin Umno. He personally denied it at that time and convincingly, he said:“As the leader of Gerak, I constantly report offences committed by Umno members to the police.
How could Umno accept such people like me?
Moreover, if I want to rejoin Umno, I must first fight for higher position in PKR to have a greater bargaining chip.”We can still clearly remember his words but as the environment changed and the time has come, his stand as well “flexibly” changed. At this moment, Umno needs Ezam and Ezam needs Umno.
After the great shock of the 8 March general elections, Umno knows it very well that it's image is poor, especially in the eyes of the young generation. The party is almost a synonym for the words privileges, conservative, money and arrogance.
As Umno is now led by aging leaders and it is lack of young leaders. Ezam, whose image is healthy, can actually help the party to get close with the grassroots.
For Ezam, he has lost his stage after he left PKR. The space provided by Umno is an opportunity to him. A charismatic young leader is currently needed for Umno Youth and Selangor Umno as well needs a new strong leader. Ezam can fill in.
However, there are dissidents within Umno.Some members are worried that accepting Ezam would be like bring the “Trojan Horse” into the party. It may be Anwar's strategy to polarise Umno.
Umno Youth Chief Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein's response was very subtle. He brought up three questions: What benefit could Ezam bring to Umno? Does Ezam recognise the struggle direction of Umno? What role can Ezam play in Umno?
It is impossible for Ezam to rejoin Umno without the approval of Umno President Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak. And he may not be accepted by the majority member after he rejoins the party. Certainly, as an outsider, he would not be welcomed as the Umno Youth and Selangor Umno already have their existing teams.
Ezam has came alone into a Roman arena for gladiatorial contests of power and interests. It would be like the Prometheus in Greek mythology if he wants to perform his talents in there because it is still a question whether he can survive.
It is quite impossible that Ezam is the Trojan Horse because it is too obvious. He will be targeted even before he can reach the city.
Umno is the fiery Mount Doom in the movie The Lord of the Rings and even Hercules will turn weak in there.Moreover, Ezam is not Hercules.
No comments:
Post a Comment