Wednesday, 17 September 2008

Panicky UMNO-led Govt Arrests Blogger Kickdefella a.k.a. Syed Azidi Syed Aziz

Read here

PRO-UMNO Website
Instigated the Arrest of
Blogger Shieh "Kickdefella
"




Police today arrested blogger Syed Azidi Syed Aziz or better known as Sheih "Kickdefella" Blog.

Syed Azidi, 38, is the Kelantan menteri besar's public relations officer.

Syed Azidi's wife Bariah Ishak said her husband was picked up from their house in Demit, Kuban Krian, near Kota Bahru at 5.05pm.

She said three plainclothes policemen came in a dark-tinted white Pajero and told her that they were detaining her husband and would bring him to Kuala Lumpur today.

"They said my husband was arrested under the Sedition Act," she said when contacted.

Sheih runs the blog "Kickdefella" . It is believed he was arrested for suggesting that the Malaysian flag be flown upside down as a mark of "nation in distress'

Meanwhile Kelantan deputy police chief SAC II Amir Hamzah Ibrahim, when contacted, said he could not confirmed the matter as the Kelantan police was not informed about it.

Related Article

On August 23, 2008, Syed Azidi wrote an article on his blog "Kickdefella" regarding a PRO-UMNO website asking the government to call the police the police to arrest and charge Syed Azidi for sedition for posting the Malaysian flag upside down. (Read below excerpts of this article)

Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan (23 August 2008)
by

Syed Azidi Syed Aziz ("Shieh")

Excerpts: Read here for more

Laman web PRO-UMNO tajaan seorang Menteri memanggil rakyat Malaysia untuk menyembelih saya dan untuk membunuh saya.

Tidak mengapa, saya hanya insan kecil berbanding dengan mereka ahli-ahli UMNO yang berkuasa lebih dari pihak polis.

Perjuangan saya pun sekadar membela nasib insan-insan kerdil tentu sekali berbeza dengan perjuangan segelintir pengunjung laman web tersebut yang perjuangan mereka membela elit-elit di dalam UMNO.

  • Tentu sekali saya halal untuk disembelih dan dibunuh kerana saya menebalikkan bendera Malaysia yang tidak salah disisi undang-undang. Sebab itu kes saya disiasat di bawah akta hasutan dan bukan kerana menghina bendera Malaysia.

  • Tentu sekali elit-elit UMNO yang merampas hak dari rakyat Malaysia yang lebih layak tidak bersalah.

  • Tentu sekali elit UMNO yang mengarahkan supaya perwakilan di Kubang Pasu di sogok supaya tidak memilih Tun Dr. Mahathir sebagai perwakilan yang serius mahu bersuara di Perhimpunan Agung UMNO tidak bersalah, kerana tindakan mereka ini semua adalah demi agama, bangsa dan negara.

  • Tentu sekali elit UMNO yang membayar RM500 seorang kepada pegundi di Permatang Pauh supaya mengundi BN di dalam pilihanraya kecil itu tidak bersalah kerana mereka sekadar menderma duit kopi.
Saya kesal dan saya risau. Perkembangan ekonomi yang tidak menentu ini sudah pasti melahirkan pelbagai kerumitan.

Ramai rakyat Malaysia yang bernaung di bawah Jalur Gemilang akan mengalami tekanan ekonomi dan sebahagiannya akan menjangkiti rumahtangga mereka.

Tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh amat saya yakin tidak akan dapat menurunkan kos harga barang keperluan, kos pengangkutan awam dan kos sara hidup yang telah meningkat akibat tindakan Kerajaan menaikkan kos bahan bakar pertengahan tahun ini. Bagaimana penurunan harga minyak ini tetap akan membantu menurunkan sedikt bebanan rakyat Malaysia yang memiliki kenderaan.

Bagaimana dengan mereka yang tidak memiliki kenderaan? Saya menyokong tindakan Kerajaan menurunkan harga minyak ini. Ini membuktikan bahawa seruan Pakatan Rakyat bahawa harga minyak tidak sepatutnya dinaikkan dan harga minyak boleh diturunkan terbukti benar.

Berbalik kepada laporan polis yang dibuat ke atas saya dan seterusnya siasatan di bawah akta hasutan yang menyusul menyebabkan saya musykil.
  • Mengapa saya tidak didakwa kerana menebalikan bendera Malaysia?

  • Adakah saya ini penghasut?

  • Adakah dengan mengenengahkan persepsi saya terhadap sikap Kerajaan yang menindas golongan kecil ini adalah satu cubaan menghasut yang boleh memporak-perandakan negara?
Saya protes terhadap ahli-ahli politik yang tidak serius menangani masalah yang dialami rakyat akibat ekonomi yang tidak menentu yang mengakibatkan kos hidup melonjak.

Saya menyeru rakyat Malaysia di alam maya supaya turut serta protes terhadap ahli-ahli politik ini supaya rakyat-rakyat kerdil tidak terus kekal sebagai statistik.
  1. Saya TIDAK menyeru rakyat Malaysia berhimpun tanpa permit.

  2. Saya TIDAK menyeru rakyat Malaysia merasuah.

  3. Saya TIDAK menyeru rakyat Malaysia menghuru-harakan negara.

  4. Saya juga TIDAK menyeru supaya pemimpin negara atau mana-mana umat manusia disembelih dan dibunuh.
Foto bendera Malaysia yang terbalik bersama bendera Kelantan yang disiarkan diblog saya pada posting saya yang lalu di ambil oleh saya pada pertengahan tahun 2007.

Insiden ini saya sedari sewaktu menghisap rokok di puncak bangunan pejabat saya. Kedua-dua bendera itu berada dihadapan Kompleks Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Setelah mengambil foto itu, saya menghubungi seorang pegawai di kompleks itu dan memberitahu bahawa bendera Malaysia berkibar secara terbalik.

Seketika kemudian bendera itu dibetulkan semula. Tarikh sebenar kejadian itu masih ada didalam simpanan saya walaupun tiada pada saya pada saat ini. Pegawai yang menerima panggilan dari saya juga masih berkhidmat di Kelantan.

Saya mengaku saya sedih dan derita melihat Jalur Gemilang dikibarkan terbalik tetapi saya lebih sedih dan tersiksa mengenangkan nasib rakyat Malaysia sekadar statistik.

Tetapi saya tidak sedih dengan ugutan untuk disembelih dan dibunuh oleh segelintir penyokong UMNO. Saya takut, tetapi tidak sedih.

Salaam saya buat Timbalan Ketua Polis Negara
- "Shieh" Kickedefella

No comments: