Saturday 25 July 2009

"HIDUP MELAYU" and Say "YES to ISA" ?

Setengah Orang Melayu Berakal Sempit




Read here and here commentary in Penari Beca blog

Hari ini, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membentuk satu suku kaumnya yang tersendiri, bangsa ISA. Tuhan mereka adalah rasuah dan nabi mereka adalah nafsu.

Ada orang mendakwa, satu-satunya bangsa yang mempertahankan ISA ialah Bangsa UMNO.


  1. Adakah Islam dan Melayu dihidupkan oleh bangsa ISA?

  2. Adakah Islam dan Melayu memerlukan bangsa ISA? Adakah bangsa ISA mempertahankan Islam dan Melayu?

  3. Berapa orang yang masih tidak tahu kezaliman dan penganiyaan bangsa ISA ke atas bangsa Melayu?

  4. Berapa orang yang masih tidak sedar penentangan bangsa ISA terhadap Allah Yang Maha Agung lagi Maha Menghakimkan?
Jika anda menemui orang bertuhankan rasuah dan bernabikan nafsu, tidak kira dari parti apa sekalipun termasuk yang mengaku menjadi ahli PAS, itulah dia bangsa ISA.

Orang yang tidak bertuhankan rasuah dan bernabikan nafsu tidak memerlukan ISA atau bangsa ISA.

Saya bersyukur menjadi seorang Muslim. Satu-satunya Din di sisi Allah s.w.t. ialah Islam. Saya juga bersyukur dengan ketetapan Allah yang menjadikan saya orang Melayu.

Islam saya junjung dan Melayu yang menjadi pengenalan diri saya setelah Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa agar kita saling kenal-mengenal (Surah al-Hujurat: 13).

The demarcation line between the Malay Muslims and bangsa ISA is getting clearer and more vicious. The Malays and the Muslim, I was told, are more than ready to face bangsa ISA.

Bangsa ISA sebenarnya menentang dan mencabar Allah. Dan, oleh kerana kita hamba Allah, kita tidak ada pilihan melainkan menentang mereka. There's no two ways about it.

Pada pandangan saya yang bersyukur dengan ketetapan Allah yang menjadikan saya seorang Melayu, semua bangsa di negara ini menentang ISA tidak kira Melayu, Cina atau India.

ISA menahan tanpa bicara. Islam mengharamkan penahanan tanpa bicara. Allah s.w.t. sendiri membicarakan hamba-hamba-Nya sebelum menentukan syurga atau neraka di Hari Perhitungan nanti.

Adakah ISA lebih berkuasa dari Allah?

Berdasarkan takrif Melayu di atas, orang Melayu beragama Islam. Seseorang yang beragama Islam tidak akan menjunjung undang-undang yang bertentangan dengan prinsip keadilan Islam serta mencabar kedudukan Allah sebagai Yang Maha Berkuasa lagi Maha Menghakimkan.

Melayu yang beragama Islam TIDAK akan menyokong ISA.
-"Penarik Beca"

No comments: