Quote
"..Saya tidak tahu manusia jenis apa yang sanggup berak di dalam periuk yang digunakan untuk menanak nasi baginya.
Apa lagi, saham Hassan Ali di hadapan Umno/BN makin naik.."
-"pokmas pmas"
Related Article:
Inilah Sebab PAS Hilang Undi Kaum India dan Cina di Bagan Pinang dan Mungkin Di Kawasan Lain
Tahniah Hassan Ali! Hasratmu Telah Tercapai
by"pokmas pmas"
Setelah tigal kali mencuba, akhirnya hasrat Hassan Ali untuk mengalahkan PR telah tercapai.
Saya tidak bermaksud untuk menyalahkannya 100% di atas kekalahan PAS/PR di Bagan Pinang tetapi peranannya amatlah besar.
Fikirkanlah setiap kali ada PRK, PR bukan sahaja perlu menyerang dan menangkis serangan dari Umno /BN tetapi PR terpaksa memperbetulkan stering Hassan Ali.
Bila ada PRK maka adalah sidang media Hassan Ali bagi menghentam PR.
- Bermula dengan isu arak di PRK Permatang Pasir,
- dikuti dengan isu UG di PRK Manik Urai dengan kerjasama N1H1 dan
- terbaru isu SELCAT di PRK Bagan Pinang.
Saya tidak nafikan strategi Umno/BN juga berjaya kali ini tetapi sebelum kita menuduh buruk orang lain(Umno/BN) maka kita perlu menilai diri kita(PAS/PR) dahulu.
Bak kata orang tua, satu jari menunjuk ke arah orang 3-jari menunjuk kepada kita sendiri.
Dalam isu SELCAT, Hassan ali berjaya menjauhkan orang cina dari PAS . Tok Guru Nik Aziz selalu berkata "untuk mengalahkan UMNO kita perlu patahkan tongkat dahulu MCA dan MIC)".
Setelah tongkat ini hampir patah, Hassan Ali cuba memperbetulkannya.walaupun persidangan meja bulat antara PAS dan DAP diadakan untuk memulihkan keadaan/
Bagi saya, ianya hanya menambahkan memburukkan keadaan sahaja kerana hal ini makin menguatkan anggapan ramai yang PAS dan DAP memang bermasalah. kesannya terbawa-bawa hingga ke Bagan Pinang.
Rasanya Hassan Ali tidak dapat tidur lena malam ini, pastinya dia masih ketawa terkekeh-keheh hingga ke pagi mengenangkan kejayaannya membantu mengalahkan PR di Bagan Pinang. Apa lagi sahamnya di hadapan Umno/BN makin naik.
Di Bagan Pinang, PAS bagaikan ketiadaan ketua.
- Tuan Presiden PAS dan Timbalannya tidak menampakkan kesungguhan untuk menang.
- Mahfuz Omar kelihatan lebih bersungguh seolah-olah dialah Presiden dan Salahuddin Ayub bagaikan Timbalannya. Mereka berdualah yang kelihatan bertungkus-lumus menangani segala permasaalahan.
- Manakala Ketua Pemuda PAS lebih santai, bercakap bila Mahfuz atau Salahuddin bercakap. Tiada idea sendiri.
- TG Hj Hadi kelihatan seperti 'striker' yang cedera. Tidak mampu mengejar bola, hanya mencukupkan pemain sahaja.
- Ustaz Nasharuddin Isa lagilah, kelibatnya entah di mana,penjaga gol tidak, pertahanan orang lain, midfield orang lain, penyerang jauh sekali agaknya jadi penjaga garisan.
Kepada rakan-rakan dari PKR dan DAP, bersamalah kita mengukuhkan PR.Janganlah kerana Hassan Ali setitik menyebabkan rosak pakatan sebelanga.
Kepada pimpinan PAS, buanglah sampah yang dah mencucuk mata dan buat TG Hj Hadi, kami masih mengharapkan tuan guru.
Ingatlah 'ILMU ITU BUKAN SAHAJA PERLU DIPELAJARI TETAPI PERLU DIAMALKAN' maaf, kami hanya mengingatkan.......
-pokmat pmas.
No comments:
Post a Comment