PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat is firm about the party having an extraordinary general meeting (EGM) which insiders see as a way of deposing president Datuk Seri Abdul Hadi Awang for leaders warmer towards a full-fledged opposition pact.
Nik Aziz said he was not bothered that some states were against the idea and that what was important to him was to save the party. “I will not change my mind on this,” the Kelantan mentri besar told reporters after opening a new mosque in Kampung Pasir Hor near here today.
The EGM is seen as the popular leader’s way to force Hadi to decide where the party’s fortunes lie despite the conservative line among its members.While PAS has championed on its “PAS for All” slogan, there are elements who remain conservative and talk about banning beer sales and other punitive laws. Nik Aziz has blasted these leaders and has asked why Hadi has not stamped out such talk and quashed efforts to get closer to Umno.
Nik Aziz is virulently opposed to any form of cooperation with Umno as the Islamist party was part of Barisan Nasional formed in 1974 but quit later due to a clash of wills that led to PAS losing Kelantan in 1978. Read here for more
-- END OF UPDATE
" PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat has urged the party to hold a special muktamar (EGM)to weed out “problematic leaders” whom he said have made the party look inconsistent.
The statement was made to back a similar call by Dr Abdul Aziz Bari, who blamed the conservatives in the party for causing the embarrassing defeat in the Bagan Pinang by-election.
Abdul Aziz described Selangor PAS chief Datuk Hasan Ali — who attempted to ban the sale of beer and to empower mosque officials to act as moral police — as a liability to PR, urging the party to take disciplinary action against the state executive councillor.
“ In the Selangor dispute, PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang was SILENT which led to some people in the party equating him with former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi,” said Abdul Aziz in his commentary published in Malay tabloid Sinar Harian."Read here for more
Yang Merosotkan PAS Dengan Pengundi
Have NON-Muslims Abandoned PAS? Or Has PAS abandoned the NON-Muslims?
by
Dr. Farish Noor
Excerpts: Read here for more
Malaysians of all walks of life and ethno-religious backgrounds are now asking the same question:
Which is the real PAS?
- The PAS that is represented by the moderate progressives made up of the likes of Husam Musa, Khalid Samad, Hatta Ramli, Dzulkefly Ahmad?
- Or the PAS that is led by conservatives like Mustafa Ali, Hassan Ali, Nashruddin Mat Isa and the like?
We need to remember that the election results of 8 March 2008 (was) a call for change and consistency. PAS hopped on the same Pakatan Rakyat bandwagon with the promise of reform and democratisation, and it was on that basis that it received the support of the non-Muslims of the country.
For the umpteenth time, we repeat this claim:
The vote swing in 2008 was NOT an endorsement of an Islamic state to be slipped in through the back door.Yet over the past one and a half years, what have we seen?
- Hasan Ali’s unilateralism in Selangor has cost PAS the goodwill and trust it took the party years to cultivate, and his deafening silence over issues such as the death of Beng Hock and SELCAT lent the impression that the leaders of the Islamic party are more concerned about the sale of beer, courting couples and the bottom of Ms Beyonce Knowles than the political future of the country.
- Furthermore some - though not all - of PAS’s leaders have also remained mum over recent controversies such as the ‘cow head’ protest in Selangor; and the treatment of minority groups such as the Ahmadis in Selangor as well.
PAS should remember that in the current climate of Malaysian politics, it too needs to change and reform with the times we live in. Gone are the days where empty Islamic rhetoric and promises of paradise will win PAS votes.
Moreover, PAS today has to live and work in a Malaysian society where the Malaysian electorate are more connected, clued-up and informed than ever before thanks to better communications and information technology.
One is reminded of the rumblings and grumblings in PAS in the early 2000s, when some of the more hot-headed members of the party were seen complaining about the non-Muslims and non-Malays of the country following the elections of 1999.
In his book UMNO Tidak Relevan (2000), the PAS writer Hussein Yaakub then wrote:
“Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa orang Cina tidak mempunyai pendirian tetap dalam politik dan mereka boleh ditarik ke sana ke mari oleh pemimpin-pemimpin dalam masyarakat Cina yang ada kepentingan peribadi di negara ini.In the same book, Hussein Yaakub also registered the derogatory comments made by other PAS leaders immediately before and after the 1999 election.
Benarlah apa yang dikatakan oleh ahli perniagaan Cina bahawa masyarakat Tionghua lebih mementingkan keamanan dan perniagaan daripada segala-galanya.
Ini bererti, orang-orang Cina memikirkan soal wang, cari makan dan kekayaan sahaja tampa memikirkan soal moral, maruah dan keadilan.” (pg. 120)
One leader, Haji Malik Yusof (PAS state assemblyman for Tahan, Pahang), stated:
‘Saya melihat orang Cina tidaklah begitu terikat dengan kepartian sangat. Mereka hanya hendak aman dan boleh berniaga.’ (pg. 121)Few of these PAS leaders appeared to have considered the negative effects of their own comments, and the consequences on Malay–Chinese and Muslim–non-Muslim relations in the country.
PAS today has to realise that it cannot have its cake and eat it.
PAS may want to entertain its aspirations to be a national party, but to be a national party means living with the realities of multiculturalism in a multi-ethnic and multi-religious society.
No, a substantial section of the Malaysian public does not want to see public executions, floggings and amputations in public:
We are more concerned about good governance and transparency and the rule of law instead.If and when PAS forgets this, and starts going on its holier-than-thou moral bandwagon, it will invariably lose the support of many of us.
And before PAS starts sulking in the corner, PAS’s leaders need to remember:
It was not the Malaysian electorate that abandoned PAS, but PAS that abandoned us.-Dr. Farish Noor
RELATED ARTICLE
From Tok Guru Nik Aziz's Blog
PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?
by
Tok Guru Nik Aziz Nik Mat
Spiritual Leader of PAS
Latarbelakang:
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri.
Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.”
Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.
Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.
Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.
i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.
Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:
“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.
ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:
“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:
“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)Apa isunya?
Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan.
Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16.
Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :
“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.Pandangan Saya
Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.
Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.
Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.
Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.
Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”
Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.
Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”
Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :
Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya.Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah .
Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka.
Maka kita?
Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.
Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.
Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah.
Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.
Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG (Unity Government).
Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah.
Apa ni?
Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana.
Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.
Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.
Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi.
Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .
Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.
- Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009
Kritikan Professor Dr. Abdul Aziz Bari
by
Khalid Samad
PAS MP for Shah Alam
Read here for more
Saya telah berkesempatan membaca kritikan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang bertajuk Pengajaran Dari Bagan Pinang dan seterusnya membaca pula respon dari Ketua Penerangan PAS Pusat dan juga Ketua Penerangan PAS Selangor. Bagi saya semua teguran dan komen tidak kira dari siapa perlu dinilai dan pertimbangkan secara objektif.
Respon yang mengatakan bukan bidang kepakaran orang yang memberi komen adalah merupakan satu respon yang kurang bijak. Silap-silap apabila ditanya balik kepakaran kita, kita pula yang tidak boleh jawab! Takkanlah apabila berkecimpung dalam politik, maka kita secara automatik menjadi pakar politik?
Lagipun saya sejak dari dulu berpegang kepada dasar “undzur ila maa Kaala walaa tandzur ila man Kaala” atau lihat pada apa yang dikatakan dan jangan lihat pada siapa yang mengatakannya. Ini merupakan sebagai pegangan para Sahabat sehingga teguran orang tua yang daif sekalipun tidak diketepikan dan diperlekehkan begitu sahaja. Sebaliknya didengari dan diberikan penghargaan sewajarnya. Tidak mengapa kalau kita tidak bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan, tetapi janganlah sehingga memperlekehkan.
Kita hujjah balik, point demi point. Dengan itu kita dilihat sebagai berhemah dan berilmu serta terbuka dan juga tawaddu'.
Bagi menyanggah tulisan Prof. Aziz, PAS perlu memahami apa sebenarnya yang disampaikan oleh beliau. Bagi saya, beliau ingin PAS menginsafi bahawa kekalahan di Bagan Pinang mungkin disebabkan kelemahan-kelemahan tertentu, khususnya diperingkat kepimpinan PAS itu sendiri.
Kerana apa?
Ini kerana kekalahan itu lebih teruk dari kekalahan yang dijangka dan lebih teruk dari kekalahan pada 2008. Ini memberi isyarat bahawa sokongan terhadap PAS dan PR semakin merosot. Persoalannya, adakah ini benar? Sekiranya benar, apakah faktor-faktornya? Sekiranya tidak, maka apakah pula jawapannya?
Respon bahawa PAS hanya mempunyai 3 cawangan hanya mampu menjelaskan mengapa ianya sukar untuk PAS menang di Bagan Pinang. Tetapi PAS juga hanya mempunyai 3 cawangan pada 2008. Oleh itu, respon ini tidak menjawab mengapa prestasi kali ini merosot. Menang mungkin sukar, tetapi mengapa merosot?
Oleh yang demikian PAS perlulah 'disect' pendapat Prof. Aziz, sekiranya kritikan tersebut ingin disanggah. Dengan itu perlulah dikenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan ini, khususnya di kalangan bukan Islam, mengikut pandangan Prof. Aziz itu.
Seterusnya diulas semula dengan mengemukakan point yang dapat menyokong pendirian PAS dalam perkara ini, sekiranya tidak bersependapat. Secara ringkasnya, menurut Prof. Aziz, faktor-faktor ini adalah:
- Tindakan PJ Selangor berhubung SelCAT dan isu-isu lain yang ditonjolkan oleh beliau sepanjang pentadbiran PR Selangor. Tindakan-tindakan ini dianggap menyebabkan orang bukan Islam mempertikaikan keikhlasan PAS bersama PR di Selangor kerana sering menimbulkan konflik dan bersikap unilateral. Ia tidak menzahirkan semangat 'kesepakatan' dan 'kesetia-kawanan'.
- Seterusnya, mengikut pandangan beliau lagi, kelemahan pimpinan PAS Pusat, khususnya Timbalan Presiden dan Presiden, dalam mendisiplin PJ Selangor apabila masalah sebegini berlaku juga dilihat dengan penuh sangsi oleh pengundi bukan Islam.
- Seterusnya, Prof. Aziz beranggapan PJ Selangor perlu didisiplinkan atau terus disingkirkan untuk mengembalikan keyakinan pengundi.
- Keengganan untuk mengambil tindakan sebegini, mengikut Prof. Aziz, adalah kerana sikap 'pro-UMNO' pimpinan-pimpinan PAS.
Bukan soal kepakaran Prof. Aziz!
Mana-mana pendekatan yang mempersoalkan kepakaran Prof. Aziz tidak akan menjawab isu-isu yang ditimbulkan beliau serta bacaan beliau berhubung kemerosotan sokongan bukan Islam terhadap PAS dan cara menanganinya. Dengan itu ia akan memberi persepsi bahawa tiada pihak di dalam PAS yang mempunyai jawapan yang boleh meyakinkan dan ini akan memburukkan lagi imej PAS.
Secara peribadi, saya sendiri tidak bersetuju dengan semua yang dinyatakan oleh Prof. Aziz. Namun saya tidak sekali memandang remeh pendapat beliau ini dan merasakan satu jawapan yang lebih 'bernas' perlulah dikemukakan oleh PAS.
Saya sendiri tidak akan memberi respon kepada analisa yang dikemukakannya hari ini. Saya ingin menunggu respon yang dari pimpinan PAS yang lain terlebih dahulu dan hanya akan saya ulas sekiranya perlu.
Tuan-tuan sebagai pengunjung juga dijemput untuk memberi respon dan pandangan terhadap isu-isu yang telah dikemukakan oleh Prof. Aziz ini. Sementara itu, tulisan Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS) dan Mohamed Hanipa Maidin (AJK PAS Pusat) boleh juga dijadikan rujukan.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
A Reader's Feedback:
Read here
As a non-Malay I would say Professor Bari is 100% correct!
His points from 1 to 4 is exactly the sentiments of me and my colleagues (we are from Seremban, Negeri Sembilan).
I think YB Khalid and other more rational-minded leaders in PAS must pressure the Presiden and Naib Presiden of PAS to deal sternly with Hassan Ali.
But here is my two sen.
The Presiden and Naib Presiden are of the same mindset as Hassan Ali or are maybe on the same faction, so how could they ever sack Hassan Ali??I think these three PAS leaders are the biggest problem for PAS as far as I am concerned and this is the sincere view of myself and surely other non-Malays.
In PKR, we have similar people like Zulkifli Noordin. Mark my words, if these people are not dealt with quickly and properly we will see the sad end of Pakatan Rakyat and this will be the greatest regret in the history of Malaysia we will all one day cry over.
-Wong Kok Foo
FEEDBACK from Malaysiakini Readers.
Read here for more
Nik Aziz Nik Mat is a man of honour. He has no need for a Datukship, he's Tok Guru and the Guru speaks. It is because of the likes of Nik Aziz that we, the NON-Muslims, voted PAS in. The way Abdul Hadi Awang and Hasan Ali are behaving will take the votes away from PAS at the next election.
Good job, Tok Guru. All parties should do the same, kick out the troublemakers. PKR has one too. Anwar should follow Nik Aziz's lead. Giving excuses not to take action will only make the rakyat angry and reject Pakatan Rakyat in the next elections.
During the Bukit Gantang by-election in Perak, we have Indian and Chinese friends proudly carrying and displaying the green PAS flag. But after this Umno 'mole' Hasan Ali appeared, many like me have lost their taste for PAS .I think Hasan has reversed all the goodwill built up by the good PAS leaders. He has done much damage to PAS image. PAS should gift Hasan to Umno.
My respect for Nik Aziz has grown over the years since the reformasi in 1998. Nik Aziz and the late Hj Fadzil Noor are rare leaders in PAS and in the opposition history of the country. Fadzil Noor's speeches during reformasi were priceless. Nik Aziz has lived long enough to understand the political priorities of the day.
I must congratulate Nik Aziz. He had taken effort to explain his objectives and why he is doing it. This is how all leaders should be. I shall look forward to a PAS EGM that will reassess some of it current leaders in particular. To all PAS members, I hope you shall vote for a united and strong Pakatan Rakyat.
This world is going through changes and this change is one of the Charles Darwin theory - evolution. So get rid of those who are not aligned to Pakatan.
Pakatan leaders, don't take non-Malay voters for granted. I can tell you that we are beginning to lose faith in you. It would be better to vote for Barisan Nasional than to see a PAS-Umno government.
There must be something seriously wrong with the PAS election system the last round where people deemed losers before balloting emerged winners. It is best that PAS get rid of these problematic leaders. These are 'white ants' that can eat up the strong foundation of PAS, and lead to the collapse of PAS and Pakatan Rakyat if they are not removed.
I couldn't echo Tok Guru any louder. Thorns within the flesh will have to be removed lest they shall become cancerous. A fresh line-up of leaders will inject a new blood into this Islamist party and perhaps rejuvenate it to manifest the true meaning of Islam - not the chauvinistic imposition of religious standards unto others but rather a democratic advocacy of righteousness and morality.
Very good, PKR and DAP should also do likewise to sack the 'dead wood' in their camps. There are still a lot of 'loose cannons' in PAS that must also go. These are the kind of people that cause Pakatan to fall.
Nik Aziz, the most respected political leader in Malaysia. There is really no need to call for a PAS EGM. Just ask those three recalcitrant politicians to leave and join Umno.
2 comments:
last ge we voted pas not cos we like them..those big news of having non malays clubs..were just a hype to try look liberal and friendly...with some very obvios beer talks...those pas demanding to ban this and that..perhaps it the leader way of get himself visible.show he is satnding for islam...but the point is there are real issues like...corription, manhandling of people, investment policies are higher order. maybe these bigots dont know n not educated..so best way out talk cock!
same time their national leader been acting so holified they cannot mix economics wityh islam..they may look ugly..whatever reason behind the scene, as long they have hassan ali n alis hassans...the non muslims will not try give them another chance.
these bigots are sombong bodoh,
Ya ambo paling setuju dgn Ayah Zid singkir kedua empat empat bangsat itu. Presiden dan Timbalan nya semua pengagal.Kalah teruk di Negeri Ganu Nasha pula langsung ta ada pengaruh dgn pengundi di Negeri sendiri.Mujur dia tanding di Kelate di belake punggung Tuan Guru kalu dok mapus jugo!
Post a Comment