Read here for more
Read here for more
Umno dan Perkasa, yang mengheret institusi Raja-Raja Melayu dengan mentaklikkan “Ketuanan Melayu” sebagai “Ketuanan Sultan” adalah satu tindakan yang bacul.
Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata demikian sebagai merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dibuat berkenaan isu ketuanan rakyat, terutamanya daripada kalangan pemimpin Umno.
Beliau berkata dalam satu kenyataan semalam,
"...oleh sebab mereka tidak mampu berdepan dengan persoalan penting membicarakan kaedah terbaik membela orang Melayu terbanyak seperti yang ditimbulkan PKR, lalu mereka cuba menggunakan institusi Raja-Raja Melayu.Namun, katanya, tindakan Umno dan Perkasa itu bukanlah perkara baru. Rekod mereka mencalarkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di mata rakyat sudah diketahui umum.
Tindakan seperti inilah sebenarnya yang menghina institusi Raja-Raja Melayu kerana ia tidak menghormati kedudukan Raja-Raja Melayu yang memayungi seluruh rakyat jelata tidak mengira kaum, agama dan pegangan politik."
Menurut beliau, krisis-krisis perlembagaan yang melemahkan institusi Raja-Raja Melayu dalam tahun 1983 dan 1993 dicetuskan oleh Umno.
Umno aibkan Raja-Raja Melayu
"Lebih malang, dalam kedua-dua siri krisis perlembagaan yang disusun oleh Umno itu, berlaku serangan-serangan yang bertujuan mengaibkan Raja-Raja Melayu dalam akhbar-akhbar dan media milik mereka," terang Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok.
Tegas beliau, ada beza yang besar di antara cakap-cakap seorang dua rakyat jelata yang dituduh mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, dengan satu gerakan tersusun yang dilaksanakan secara besar-besaran oleh sebuah parti politik yang mengaku mempertahankan Ketuanan Melayu.
"Saya beri amaran supaya Umno dan Perkasa jangan lagi cuba memfitnah PKR dan Pakatan Rakyat dalam perkara ini. Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diluluskan pada 19 Disember 2009, secara jelas mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra dan institusi raja berpelembagaan," ujar beliau.
Menurut beliau, ini dinyatakan dalam Fasal 1 Perkara a(i)
“Pakatan Rakyat akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153”; dan Fasal 1 Perkara a(ii) “Pakatan Rakyat akan mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan”.Makanya, kata beliau, PKR ingin membawa kembali polemik “Ketuanan Melayu” ini kepada perkara dasar yang diulas oleh Presiden Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail tempuh hari.
Melahir anak Melayu beriman
Saifuddin Nasution Ismail berkata,
"Perkara dasar yang disentuh ialah wacana kaedah terbaik untuk melahirkan anak bangsa Melayu yang beriman, boleh berdikari, berprinsip dan berdaya juang supaya mereka kekal bermaruah dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan arus globalisasi mutakhir.Umno abai kebajikan rakyat terbanyak iaitu Melayu
Apakah kaedah Umno yang memperkecilkan kebolehan anak Melayu, dengan menakut-nakutkan mereka dan menimbulkan rasa curiga terhadap semua yang bukan Melayu, akan berjaya melahirkan anak bangsa Melayu yang bermaruah?
Apakah “Ketuanan Melayu” yang berpaksikan kepada sistem kroni dan mendokong rasuah dengan menghamburkan kekayaan negara kepada beberapa kroni rapat Umno (tanpa mengira kaum) akan melahirkan golongan peniaga Melayu yang berdaya maju?
Apakah budaya rasuah yang berleluasa dalam Umno akan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu tidak akan dijual suatu hari nanti?
Apakah anak bangsa Melayu yang membesar dengan perasaan curiga akan dapat mengambil pendekatan positif menunggang arus globalisasi untuk menjadi pemimpin antarabangsa? "
Katanya, persoalan yang dibawa oleh PKR adalah persoalan jatidiri dan kaedah terbaik membina jatidiri tersebut. Kaedah “Ketuanan Melayu” yang dibawa oleh Umno dan Perkasa bukan sahaja terbukti gagal membina jatidiri orang Melayu, malah menyebabkan kebajikan rakyat terbanyak (terutamanya golongan berpendapatan rendah yang majoritinya orang Melayu) terabai.
Saifuddin berkata, sehingga kini, selepas tiga dekad “Ketuanan Melayu”, 75% dari bilangan keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM2,000 adalah orang Melayu.
"Golongan ini jugalah yang dikategorikan sebagai golongan 40% paling miskin di Malaysia, seperti yang dihuraikan Perdana Menteri sendiri dalam Rancangan Malaysia Ke-10."
Ujar beliau, selepas tiga dekad “Ketuanan Melayu”, rakyat terbanyak juga yang dibebankan dengan pemotongan subsidi sedangkan subsidi korporat sebanyak RM19 bilion setahun (dalam bentuk subsidi gas kepada penjana bebas) tidak disentuh.
Umno dan Perkasa tidak melahirkan sedikit keluhan pun apabila bantuan kepada rakyat termiskin, yang rata-ratanya orang Melayu ditarik setiap enam bulan untuk menampung perbelanjaan boros kerajaan membayar perunding antarabangsa, sedangkan tidak ada satu mekanisme pun diperkenalkan untuk menyalurkan kembali rasionalisasi subsidi kepada golongan termiskin ini.
"Ketuanan Melayu" benteng Umno kian rapuh
Justeru, PKR yakin bahawa polemik “Ketuanan Melayu” ini adalah benteng terakhir Umno dan Perkasa yang kian rapuh dan ditolak rakyat.
Demi melahirkan Malaysia yang majmuk, mengamalkan toleransi dan berdaya saing, PKR akan konsisten membawa gagasan Ketuanan Rakyat melalui bangsa yang bermaruah – kerana kami yakin gagasan ini tidak dapat dijawab oleh Umno dan Perkasa.
Berucap pada Kongres Nasional ketujuh PKR itu, Wan Azizah berkata konsep Ketuanan Melayu hendaklah ditolak kerana ia telah diselewengkan oleh segelintir elitis Melayu bagi mengekalkan kuasa politik mereka.
Saifuddin menjelaskan persoalan yang dilontarkan oleh presiden itu adalah mudah; iaitu kaedah bagaimana yang boleh menjamin kelangsungan dan darjat orang Melayu yang akan dihormati dan bermaruah, dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum yang ada di Malaysia dan arus globalisasi yang deras meninggalkan kita.
Saifuddin menegaskan:
"Kaedah sedia ada dibawa oleh Umno – iaitu mengabui mata rakyat mengenai hak mereka (melalui Umno) untuk terus berkuasa tidak kira prestasi mereka dan kebajikan rakyat keseluruhannya, terutamanya nasib orang Melayu.Ketika diminta mengulas mengenai Ketuanan Melayu baru-baru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz berkata, ketuanan Melayu merujuk kepada "Ketuanan Sultan" dan bukan bermaksud kuasa Melayu yang mengatasi bangsa-bangsa lain.
Konsep “Ketuanan Melayu” yang dilaungkan secara terbuka dan dibisikkan secara senyap ini oleh Biro Tata Negara (BTN) dan agensi-agensi lain, menakut-nakutkan orang Melayu bahawa perubahan kerajaan kepada pakatan politik yang lain akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa.
Apabila orang Melayu hilang kuasa, maka nasib orang Melayu akan terjejas dan akan tertinda."
RELATED ARTICLE
Pengkhianatan UMNO terhadap Bangsa dan Tanah Melayu
Bicara Minda Ustaz Haji Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat yang telah dititipkannya pada tahun 2009.
FAKTA UMNO KHIANAT TANAH ORANG MELAYU
Umno Perak terutama Dato’ Zamri ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak antara orang yang lantang menuduh Dato’ Seri haji Nizar boneka kepada China DAP kerana beri tanah kepada orang China di Perak.
Modal yang sama juga sedang difitnah oleh jentera Umno/BN kepada pengundi Bukit Gantang. Fitnah kalau undi Pas/Pakatan Rakyat bermakna menggadai tanah orang melayu kepada bangsa asing.
Ini adalah jawapan kepada Dato’ Zamri dan kuncu-kuncu Umno, bahawa yang khianat tanah orang Melayu ialah pemimpin Umno, bukan Pas, bukan DAP dan bukan PKR.
Fakta yang Dato’ Seri haji Nizar kemukakan sudah cukup untuk membuktikan Umno pengkhianat kepada orang Melayu bukan Pakatan Rakyat. Sebagaimana kita sudah buktikan Umno kepala bapa penderkahaka kepada Raja-Raja Melayu.
Sekarang fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.
Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan China) dan sebilangan kecil kampung adat (orang asli). Jumlah yang diberi kepada orang China adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang China lebih daripada 70 tahun lalu.
Melayu sangatkah Umno, sehingga buat bising fasal tanah 3000 ekar yang diberi kepada orang China yang memang haknya untuk dapat kerana mereka adalah rakyat di negara ini, mereka bukan China Singapura atau China Vietnam.
Kalau Umno tuduh Pakatan Rakyat boneka China dan khianat tanah orang Melayu kenapa tanah yang dipohon oleh Tuan Guru Haji Abdul Latif (Pondok Pak Teh Kroh Grik Perak) sejak 1996 telah diluluskan oleh Exco PR pada 2008 sebanyak 45 ekar.
Kalau kerajaan yang dipimpin oleh Dato’ Seri Haji Nizar boneka China sudah tentulah permohonan ini tidak diluluskan. Adakah pemimpin Umno ingat Pak Teh ini China Taiwan sehingga permohonan beliau tidak diluluskan. 12 tahun Pak Teh menunggu kelulusan.
Tiba-tiba kerajaan yang kononnya boneka China meluluskan permohonan tersebut walaupun tidak sampai sepuluh bulan memerintah. Manakala Umno yang mendakwa tonggak orang Melayu telah kianat kepada bangsa sendiri walaupun tanah itu untuk kegunaan pondok.
Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu.
Ampun Tuanku, Patek Pohon Derhaka
by
Haris Ibrahim
Read here for more
I was born in the town of Batu Gajah, in the state of Perak.
It does not matter that I now live in Pahang.
Perak is still my home state, and Sultan Azlan Shah is still my Sultan.
I have read today, in Malaysiakini, a report that His Royal Highness had said that questioning the special rights of the Malays in this country conflicted with the Federal Constitution.
His Royal Highness is also reported to have said that the
“Malay Rulers who sit on their thrones today are not just inheriting the power to rule but also the responsibilities towards Islam and the Malay race, ensuring that the legacy continues”
and that
“It would be most unfortunate for the race and religion if real history is erased and the facts altered. If this is allowed to go on, it would be pointless to regret if one day the Malays find themselves marginalised and Islam relegated to the periphery” .
- I am saddened by these words that have been attributed to my monarch.
- I am saddened because my monarch, who rose to the highest judicial office in the land, must surely know that there are no special rights guaranteed to anyone in the constitution based on ethnicity. Were it otherwise, it would offend the religion of Islam and my monarch, as the head of Islam in Perak, would be obliged, as a Muslim to condemn such a provision as such.
- I am saddened because the words attributed to my monarch suggest that His Royal Highness might have overlooked that he is monarch to all in his state, and not merely the Malays.
- I am saddened that His Royal Highness has not noticed that so many of his subjects, Malays and non-Malays, have long been marginalised by the political leaders in UMNO who, in the guise of trying to uplift the lot of the Malays, have in fact robbed the rakyat blind.
- Finally, it saddens me that His Royal Highness does not see that Islam, as a way of life of peace, attained through the surrender of the self to the Will of the Almighty, and manifested through the extension of friendship, goodwill, love and kindness towards all men and women, created equal in the sight of Allah SWT, and founded on the precepts of justice and equality, has long been pushed to the periphery in this nation.
WHAT MALAYSIANS SAY
(read here in Malaysiakini for more)
- Who among the royal households that can seriously be taken as an example of practicing, righteous Muslims? That the Muslim Malays can look up to? The Malay rulers are the protectors of Islam as enshrined in the constitution, do we really understand what this really mean?
Islam calls for justice, equality, respect, treat everyone the way you want to be treated, and most of all Islam is against 'asabiyah', which is racism. So if you are protecting Islam, you should stay as far away as you can from 'asabiyah' as this is one of the diseases that will bring Islam down, and with it the Malay Muslims. Allahu'alam. - Non-Malays and our more enlightened Malay brethren are not questioning and have never questioned this special position nor the paramount position of Islam as the official religion of Malaysia.
Rather we are questioning the misinterpretation of Article 153 by Umno and their sidekicks like Perkasa to serve their own agenda. We are questioning the antiquated concept of 'ketuanan Melayu' which has no place in a modern democratic society.
Their Royal Highnesses are duty bound under the constitution to protect the legitimate interests of the other races as well. Power to 'ketuanan rakyat'. - If Malays who questioned the special rights are traitors, what do we call those Malay leaders who manipulated the rights to enriched themselves?
- Most of the royalty in Malaysia are beholden to BN because they have done something wrong and could be punished by the authorities or they want some favours or contracts.
We know of a sultan who lost several millions at a casino overseas and was bailed out by the BN government. Recently, we read of the problems of a hospital contract given to the close relation of another sultan. This sultan now makes statements which are somewhat critical of Pakatan Rakyat and are designed to make Najib Razak happy.
In the case of the Perak sultan, his almost Perkasa-like statements suggest that he is going all out to endear himself to Najib. It could be because he is eyeing some very big negotiated contracts for Gamuda, in which his family has a big stake, and hoping for Najib's help in ensuring the normal succession plan is not followed and thus his son, Nazrin, succeeds him. - Who is questioning Malay rights and the Malay rulers? These statements seem only to come out from Umno and some sultans. No one else. We have the utmost respect for our Agong and our sultans. Also, I remember reciting the Rukunnegara by heart in my school days and I still believe in it.
I also believe the special rights of the rulers, the Malays and the natives of Sabah and Sarawak are firmly entrenched in the constitution. So why this controversy? I also believe that the rulers are rulers over all subjects in their states and that includes all Malaysians. - The constitution was drafted on the basis of a report from the Reid Commission. The commission, which had been formed to lay the groundwork for a constitution in the run-up to Malaysia's pending independence, released the report in 1957 as the Report of the Federation of Malaya Constitutional Commission 1957 or The Reid Commission Report.
The Reid Commission reported that Tunku Abdul Rahman and the Malay rulers had asked that "in an independent Malaya, all nationals should be accorded equal rights, privileges and opportunities and there must not be discrimination on grounds of race and creed."
He also stated that "For those who love and feel they owe undivided loyalty to this country, we will welcome them as Malayans. They must truly be Malayans, and they will have the same rights and privileges as the Malays." - How about Dr Mahathir Mohamad who 'stripped' Raja-Raja Melayu of their immunity and privileges? After which, it was 'chop and signed' by Sultan Azlan Shah. Is he considered a traitor as well?
- There was a time when I held the sultan of Perak with highest esteem. That was when he served as Lord President. His meteoric rise in the judiciary to hold the highest office was most deserving and I used to enjoy reading his judgment especially when he convicted former Selangor MB Harun Idris.
But after becoming the sultan of Perak, he is a changed man. What he utters now is bordering on racism and his concept of Malay rights and supremacy is against all tenets of Islam because Islam does not discriminate against races.
I am really surprise how material wealth, power and position can totally change the gentle and respected demeanor of a once great personality. - As rulers or sultans, they need to stay above politic and race. They should be the catalyst of unity and not the other way around. They need to earn respect from the people and not to demand it from them.
As someone rightly said, without the people, there is no sultan. The sultan should be the protector of the rakyat. So we look forward to the sultan's neutrality and that he stays above politics and race. - Goodness, Malays who question special rights are traitors? Then what do you call the Malays who allow the invasion of our country by the thousands of illegal immigrants as in the case of Sabah. If this was not bad enough, they were issued with MyKads too.
What do you call the Malays who remove the immunity and powers of the royalties? What do you call the Malays who called the royalties "binatang"? Do you consider them loyal subjects?
Comparing the "questioning of the special rights" and putting our country at risk with the invasion of foreigners, it is quite plain where the truth lies. I hope I will wake up from the nightmare soon. - Well, I'd say humans who practise or defend racism are traitors to the race too.
1 comment:
Salam,
Melayu telah dijual oleh UMNO apabila Mahathir selama 22 melakukan perkara-perkara berikut :
1. Mahathir menghapuskan DEB dan membuka segala peluang dan ruang kepada bukan Melayu dan ekonomi negara kita;
2. Mahathir menghapuskan akta Pelajaran 1961 yang pro-Melayu dengan menggantikannya dengan akta pendidikan 1996 yang pro-bukan Melayu;
3. Mahathir memperkasakan bahasa-bahasa inggeris, Mandarin dan Tamil baik dalam sistem pelajaran negara mahupun dalam sektor-sektor awam dan swasta;
4. Mahathir memperbanyakkan lagi sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina yang menguatkan lagi sifat totok Cina yang mengancam perpaduan negara;
5. Mahathir menyekat dan mengurangkan kemasukan ke Malaysia Melayu Islam dpd Indonesia tetapi membawa masuk Cina, Nepal, Vietnam dan Filipina yang kafir dan ramai pula yang mendapat kerakyatan;
6. Sekarangini Mahathir berlakun kononnya belaiu adalah tokoh anti-Cina dan bersifat rasisi yang pro-Melayu;
7. Selama 22 tahun Melayu dibodohkan oleh Mahathir dan masih ada yang melaungkan "Hdup Mahathir!";
8. Pak Lah dan Najib hanya sekadar ikut Mahathir sahaja, jadi selama 30 tahun kita dibodoh dan dijual oleh UMNO.
Sekian, terima kasih.
Wan Solehah al-Halbani
Allah berjanji tidak akan menolong kita kerana kita adalah bangsa yang tidak menolong diri kita sendiri yang kekal bodoh dan tidak ingin sedar!
Post a Comment