Sunday 18 February 2007

PAS Members Joining Malaysian Chinese in Celebrating the Chinese New Year in Kuala Lumpur

Read here article by Azamin Amin in Harakah Daily


Photobucket - Video and Image Hosting

Excerpts: Read here for more

Semalam, sebelas 11 petugas PAS termasuk Unit Amal Kawasan PAS Titiwangsa, Kuala Lumpur yang diketuai Mazlan Aliman berinteraksi dengan kaum Tiong Hua di samping menyerahkan bungkusan limau dan naskhah akhbar kepada mereka.

Penyerahan limau dan naskhah akhbar tersebut merupakan salah satu program tradisi Lajnah Perpaduan Nasional di bawah pimpinan Ustaz Mujahid Rawa yang dijalankan saban tahun di seluruh negara sempena Sambutan Tahun Baru Cina sebagai tanda ingatan PAS kepada kaum Cina disamping menghargai komitmen kaum ini dalam menjana pendapatan ekonomi negara.


Photobucket - Video and Image Hosting


Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pemuda PAS, Mazlan Aliman menyerahkan sebungkus limau mandarin dan senaskhah akhbar berbahasa Mandarin PAS, Ren Min Shi Shi(Berita Semasa Rakyat) kepada S.K.Wong di Restoran Tim Kee Seafood, Cheras.


Photobucket - Video and Image Hosting

Kata S.K.Wong, 46, berbangsa Cina, yang fasih berbahasa Melayu ketika sedang menjamu selera bersama keluarga di restoran tersebut:

"PAS is more muhibah than Barisan Nasional.

Ini satu tindakan positif,supaya PAS dikenali dan difahami oleh kaum Cina dan mengubah persepsi bahawa PAS bukanlah parti ekstremis.

MCA pun tak buat macam ni.

Sejak akhir ini MCA buat orang Cina semakin marah!"

Beliau menjelaskan secara terbuka, beliau sudah dua kali memangkah PAS pada dua pilihan raya yang lepas. Beliau yang bertugas di Beijing, China baru sahaja pulang ke negara ini bagi menyambut perayaan tradisinya itu.

Manakala seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Angeline, 40, sedikit terharu dengan pendekatan PAS yang tidak pernah melupai kaum lain sempena perayaan tahun baru ini. Katanya:

"Saya banyak-banyak terima kasih dan bangga sama PAS.

You Melayu banyak baik sebab ingat sama kami, kaum Cina." .

Yap Kee Ping, 60, yang ditemui di Restoran Cyca turut menyatakan sokongannya terhadap PAS.

"PAS banyak baik.

Tengok itu Kelantan sudahlah!"
Dengan sapaan 'Nee Hau Ma' (Apa Khabar?), bermula jam 9.00 malam dalam renyai hujan, kumpulan petugas ini berjalan ke serata premis perniagaan sekitar Jalan Cochrane, Taman Maluri Cheras bagi mengagihkan sejumlah 100 bungkusan termasuk 40 kotak berisi limau mandarin dan mengedar akhbar Ren Min Shi Shi kepada masyarakat Tiong Hwa sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Sebelum mengedarkannya, Mazlan telah memberi sedikit taklimat kepada petugas-petugas tersebut kaedah menyapa kaum cina mengikut adat resam mereka di samping menunjuk ajar isyarat tangan yang sesuai dan memastikan setiap bungkusan tersebut berisi dengan lapan biji limau, bukannya dengan angka ganjil iaitu sesuatu yang kurang disenangi oleh kaum Cina.

Selain pemberian limau dan naskhah akhbar yang telah pun dilancarkan awal bulan ini, turut diedarkan kad ucapan kepada para pemimpin komuniti kaum Cina manakala sesetengah tempat umpamanya di Gombak, pemberian 'Ang Pau' diedarkan kepada golongan yang memerlukan,kata Mazlan.

Mazlan turut menyata:
"Kita turut menghargai sumbangan kaum Cina dalam mencapai perpaduan sehingga mewujudkan keamanan sesama kaum yang dikongsikan bersama.

"Alhamdullilah, respon yang sangat baik diterima dan rata-ratanya mengenali PAS dan diharapkan akan mengubah landskap politik negara yang mana kaum Cina sudah mahu menerima PAS kerana yakin parti ini dapat mengubah kemelut ekonomi yang menghimpit mereka ketika berada di bawah BN."
Turut menarik perhatian ketika kumpulan petugas mengedarkan bungkusan, apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki sepasang suami isteri Cina membunyikan 'hon' sambil menunjukan isyarat ibu jari (tanda bagus) sebagai sokongan terhadap aktiviti yang dijalankan PAS pada malam itu.

Tidak kecuali seorang pemuda cina yang tidak lekang telefon bimbitnya di telinga yang mengekori kumpulan ini sejak dari mula sehingga ke akhir program seolah-olah lagak seperti 'informer'(pemberi maklumat) kepada individu, parti, pihak berkuasa ataupun kumpulan tertentu.

Dia sempat menghampiri penulis lalu bertanya:"Itu lu punya ketua nama apa?"

Setelah mendapat jawapan beliau pantas menghubungi seseorang, antara faham dan tidak bahasa Cina pemuda itu, penulis tertangkap beberapa kalimat yang difahami:"Oo Mazlan...(bahasa cina)PAS...PAS, good...very good...(bahasa cina)" lalu penulis dan jurugambar meninggalkannya setelah sejam bersama ekspedisi muhibbah ini.

No comments: