The following was posted on 16th December 2007 by 'BUDIEY' in "Sensasi Selibriti" Blog
"Gossip Artis Lelaki Gay dibela Menteri Biseksual?
Sebenarnya gossip pasal artis lelaki gay dibela oleh orang kenamaan dan VIP sudah lama wujud. Cuma kadangkala orang dah bosan dan tak mahu sentuh pasal cerita taboo macam ni sebab ianya agak pelik, menjengkelkan dan memalukan.
Sekarang timbul balik gossip di kalangan komuniti gay Malaysia di mana didapati ada seorang penyanyi kacak lagi terkenal yang dipercayai mempunyai naluri cinta sejenis telah dibela dan disimpan oleh seorang MENTERI yang mempunyai seksual orientasi BISEKSUAL.
Untuk info adik-adik dan kakak-kakak semua, biseksual merupakan perilaku atau orientasi seksual seseorang, baik laki-laki maupun perempuan, yang tertarik secara seksual dan erotik pada dua jenis kelamin iaitu lelaki dan perempuan. Semua benda dia nak sapu.
Budiey tidak tahu kesahihan cerita ini kerana nama penyanyi dan nama menteri yang membela anak ikannya itu tidak diketahui.
Sumber yang diperolehi di Forum Cari ini, mengatakan MENTERI tersebut berasal dari negeri JOHOR. Huhu… siapa ek?
-"Budiey"
- From Kuda Kepang Blog (21 January 2008) : Read here for more:
"... kini satu lagi dvd seks yang membabitkan seorang lagi MENTERI dikatakan akan disebarkan di Kepala Batas.
Sumber-sumber memberitahu blog ini, dvd itu dikatakan memaparkan...berasmaradana secara gay.
Menteri itu daripada komponen BN. Tetapi BUKANnya daripada MCA.
Menurut tulisan blogger Datuk Kamal Amir yang disiarkan dalam Malaysia Today, dvd itu dipercayai “melibatkan pemimpin tertinggi negara dalam percaturan moral sewaktu kunjungannya ke Singapura.”
Sumber-sumber juga memberitahu blog ini bahawa AMALAN GAY MENTERI berkenaan sebenarnya sudah diketahui oleh pucuk kepimpinan negara. Tetapi, ianya terus dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat jelata.
Sumber-sumber yang sama juga mempercayai pihak yang terlibat mendedahkan skandal seks para menteri kebelakangan ini adalah dari satu kumpulan tertentu yang dikatakan mempunyai nafsu politik yang amat rakus.
Sumber-sumber itu juga berkata, pihaknya menerima info bahawa dua lagi dvd seks mengenai “dua lagi orang besar” mungkin disebarkan oleh pihak berkenaan di sebuah negeri di pantai timur semenanjung.
Jadi, adakah usaha di atas sesuatu yang terancang dan dilakukan oleh pihak yang mungkin rapat dengan pucuk kepimpinan negara? ..." - From Kamal Amir: Video Panas di Kepala Batas: Read here for more
- From "Politica" Blog: Read here for more
"... Ministers, Please Be Forewarned!
Ministers with skeletons in their cupboards please be forewarned. Dvds about your sex scandals will hit the market soon!
Informed sources said, Chua (Soi Lek) was victimised for two specific reasons – political reasons.
One, he was said to have rejected a move being sponsored by Abdullah’s SIL (son in law) to set up a Singapore-based specialist cancer hospital in the WPI region.
Two, Chua was seen as the strongest threat to the incumbent MCA President - also an ally of Abdullah’s SIL.
One of the immediate targets now is Hishamuddin Tun Hussein (UMNO Youth Chief) . Already there are rumours that a dvd on Hishamuddin’s gay act is said to be circulated in northern Semenanjung (Malaysia).
Najib Tun Razak is also said to be one of the main targets of this latest political move. Also on the list is said to be Jamaluddin Jarjis.
We may want to understand why Najib is being targeted. But, it is rather difficult to determine why Jamaluddin is also on the list. Because Jamaluddin is Najib’s man?
So, we surely are looking forward to more interesting political great games in the next one or two weeks.
And, the central figure behind all these games is said to be (PM)Abdullah’s SIL (son in law) and his associates. Is this true or false?
Just wait and see!
" ... apa yang lebih menarik adalah cerita bakal meledak di Kepala Batas berhubung pengedaran pita video melibatkan pemimpin tertinggi negara dalam percaturan moral sewaktu kunjungannya ke Singapura.
Kiriman sms berbunyi, “bersedia mulai sekarang ada cerita lebih menggemparkan di Kepala Batas, pengedaran pita video melibatkan pemimpin bakal tercetus”.
Sejauh mana benarnya sosek-sosek tersebut sukar untuk dibuktikan. Namun, kalangan kaki “gebang” kedai kopi dan warung kaki lima semakin bersemangat menyatakan semacam adanya gerakan terancang menjelang pengumuman pilihan raya umum bakal beredarnya pita video tersebut bermula dari Kepala Batas, Pulau Pinang.
Kenapa Kepala Batas dipilih sebagai pelancaran pengedaran pita video sedemikian?Ada kalangan menyatakan bahawa ia merupakan sebahagian daripada agenda Tingkat Empat melaksanakan perang saraf politik untuk segera menyingkirkan beberapa orang pemimpin tertentu. Katanya ada “grand design” sedang dicetuskan bagi merobah landskap politik tanah air.
Untuk waktu terdekat, andainya pilihan raya umum dilangsungkan, Pulau Pinang bakal menjadi “padang maut” dominasi Barisan Nasional disebabkan rakyat negeri tersebut merasa cukup marah serta tidak dapat menerima tindakan pengkayaan kroni dan orang keliling Abdullah Ahmad Badawi.
Kalangan penganalisa politik merasa yakin kemungkinan besar pilihan raya umum bakal ditangguhkan ke satu masa yang lebih sesuai bagi membolehkan Abdullah Ahmad Badawi mencari upaya membersihkan beberapa isu besar yang bakal meledak di masa terdekat.
- Siapakah yang didakwa pernah menjalin hubungan terlarang sesama jenis?- Siapa pula yang dikatakan terakam dalam lakonan berahi sewaktu bertandang ke Singapura dan luar negeri?
- Siapa pula akan terseret ke mahkamah kerana didakwa terlibat dengan jenayah perdagangan?
Semua ini tentunya akan terjawab seandainya benar seperti yang dikatakan bakal beredarnya pita video rakaman perilaku pemimpin bermula di Kepala Batas, Pulau Pinang.
Paling sensasi dengar khabarnya ada pula seorang bekas isteri pemimpin sedang menyiapkan buku memoir kehidupannya sepanjang kehidupan berumahtangga dengan pemimpin tersebut sebelum diceraikan.
Aduhai teramat sempang-peranang jadinya aroma politik menjelang saat pengumuman Abdullah Ahmad Badawi bakal membubarkan dewan rakyat untuk memanggil pilihan raya ke-12.
No comments:
Post a Comment