Tuesday 24 February 2009

Onn Jaffar Terlebih Derhaka Berbanding Nizar Jamaludin

Read here for more on BERANI KERANA BENAR Blog

(Note: Dato Onn Jaffar is the grandfather of present UMNO Youth Chief/Education Minister, Hishamuddin Hussein Onn)

by

Mohd Fadhli Ghani

Pemimpin UMNO dan UMNO lah yang mempelopori siri penderhakaan terhadap Raja-raja Melayu selepas abad ke - 20.

Dato' Onn adalah antara tokoh politik pertama yang mencetuskan siri penderhakaan ini.

Pada tahun 1920, Dato' Onn secara terbuka telah mengkritik Sultan Johor dengan begitu keras kerana Sultan Johor telah melelong harta bapanya yang gagal membayar hutang negeri sehingga kematiannya.

Sultan Johor ketika itu sangat murka di atas penderhakaan yang berterusan sehingga dipecat dari jawatan dan dibuang ke Singapura pada 1927.

Dua orang adek beradeknya juga turut melakukan tindakan menderhaka kepada Sultan, iaitu abangnya Dato' Abdullah Jaafar (ketika itu MB Johor), Abdullah Jaafar menghina dan memburukkan nama sultan di luar negeri, akhirnya beliau dipecat dari jawatannya sebagai Menteri Besar dan ditarik balik gelarannya.

Kakaknya Che Dara Jaafar turut diambil tindakan kerana bersekongkol dengan penderhakaan ini (walaupun Che Dara ketika itu menjadi isteri Sultan Ibrahim), kedua-duanya dihukum buang negeri.

Ketiga-tiga adek beradek ini menjadi keluarga terbuang akibat penderhakaan ini.

Mereka menetap di Singapura, Dato' Onn tetap meneruskan penderhakaan ini di Singapura melalui akhbar Warta Malaya yang beliau menjadi pengarangnya.

Akhbar ini lantang mengkritik dan memberi sembah derhaka kepada Sultan Johor pada 1930.Beliau kembali ke Johor pada tahun 1936 dan dilantik secara rasmi sebagai Menteri Besar Johor pada tahun 1947. Dalam tempoh berkhidmat sebagai Menteri Besar, beliau telah berkrisis dengan Raja-raja Melayu ekoran cadangannya supaya seorang Melayu dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu.

Raja-raja Melayu amat murka dengan cadangan ini kerana ia meletakkan seorang Melayu lebih tinggi kedudukannya daripada Raja-raja Melayu itu sendiri.

UMNO secara terbuka menghina Raja-raja Melayu terutama Sultan Kedah dalam beberapa isu yang berbangkit pada tahun-tahun tersebut.

Dalam Mesyuarat Agung UMNO di Butterworth pada 27 Ogos 1949, secara terbuka beliau menyelar dan menuduh Raja-raja Melayu menjaga kepentingan diri daripada orang Melayu, beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British bagi melemahkan UMNO dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.

Kemuncak penderhakaan ini ialah apabila Dato' Onn mengajak ahli UMNO menamatkan pemerintahan beraja. Akibatnya, Sultan Kedah berhasrat mengharamkan UMNO di negeri Kedah dan Sultan Johor sendiri memaksa Dato' Onn meletakan jawatan sebagai Menteri Besar pada 17 Jun 1949.

Kebiadaban UMNO kepada Raja-raja Melayu sangat terserlah antara tahun 1947-1949, pemimpin UMNO menggunakan platform UMNO untuk menghina Raja-raja Melayu, mereka mencabar kuasa Raja-raja Melayu secara terbuka dan kemuncak penderhakaan UMNO pada tahun 1949 ialah apabila Presiden UMNO (Dato' Onn) pada waktu itu mengajak ahli-ahli UMNO menamatkan sahaja sistem pemerintahan beraja di negara ini.

2 comments:

malayamuda said...

Yes Betul,

Raja Raja telah bersetuju untuk Malayan Union dan telah menandatangani persetujuan dengan British.

Akan tetapi UMNO dibawah Onn Jaafar telah menderhaka kepada Raja Raja Melayu pada masa itu dengan mangadakan demonstrasi jalanan secara terbuka !!!

Bukan kah melanggar keputusan raja Raja Melayu pada masa itu suatu cara PENDERHAKAAN ?

Anonymous said...

What can i say..

Lancang sangat mulut kamu,wahai Penulis Bestari.. Hanya pandai melaga-lagakan orang..

Please consider my advise..DO APPLY ANY CITIZENSHIP WITH OTHER COUNTRIES & FORGET ABOUT MALAYSIA.CONSIDER TO GO ISRAEL..best place for you..because your ancestors might came from there..have brains with no moral,uncivilized pathetic people...shame on you...

Lagi satu..baliklah pada rukun agama..apa asas dalam agama kamu..muhasabah diri..kalau kamu beragama & percaya pada TUHAN..kalau kamu ada agama..

Kalau tiada agama..atheis.. pergilah ke dunia buatan kamu sendiri..kerana dunia ini Tuhan yang punya & maha berkuasa...jangan menyemak jadi sampah dan terkutuk di sini..