Monday, 21 July 2008

UMNO Pressuring PAS to Engage in Its Racial Politics of " Malays Versus Other Races" "

Read here for more article by Syed Azidi Syed Abdul Aziz in Kickdefella Blog

Related Article:


PAS's Likely NEW Logo
for next General Election
Photobucket

Under the following PAS Leaders
Photobucket Photobucket Photobucket
UPDATE (21st July 2008)

PAS president Abdul Hadi Awang has confirmed that the party’s top-level leaders held meetings with UMNO President Abdullah Badawi as early as after the March 8 polls.

PAS deputy-president Nasaruddin Mat Isa attended the first meeting with Abdullah, straight after the general election. "The first meeting held immediately after the elections was participated by Nasharudin, PAS central election director Mustapha Ali and Shah Alam parliamentarian Khalid Samad," Hadi Awang added.

Hadi said the meeting was reported to the PAS central committee and majlis syurah ulama (consultative council of religious scholars).

PAS vice-president Husam Musa slammed Abdullah's announcement of the PAS-Umno talks as an effort to "plant seeds of destruction in PAS."

Husam particularly lashed out at the term "top leaders" countering that PAS is NOT owned by any leader no matter how high their positions may be.
Read here for more

Pakatan Rakyat leaders stressed that the talks the Islamic party had with Umno were not a ‘cause for concern'. They believe the crossover speculations were part of an elaborate plan to destabilise Pakatan and conceal Umno's own internal problems.

DAP secretary-general and Penang Chief Minister Lim Guan Eng said Pakatan Rakyat is ready "to cross the bridge if it at all comes to a break-up".

He added,

"If one meeting can break up Pakatan Rakyat then it's not a people's alliance anymore. The more important thing is what has been discussed.

If we were to talk with MCA or Gerakan, the DAP would NOT discuss about Chinese unity. We will press on the bigger and meaningful subject of Malaysian unity and other pressing national issues.

Malaysian unity is CURRENT aspiration of all people".
Read here for more

--- End of Update ---


We Say,

UMNO President Abdullah Badawi revealed there had been high-level PAS-UMNO secret talks since March 2008 Election. According to the President of UMNO, Umno and PAS have been holding talks at least three times since the General Election to address issues on Malay unity.

On 11 June, 2008, PAS's own newspaper,
HARAKAH, reported PAS Information Chief, Mahfuz Omar, having denied there was any secret meetings/discussions between PAS and UMNO leaders.

Furthermore, in the past month, PAS president Datuk Seri Hadi Awang had categorically denied having had talks with Umno while his deputy Nasharuddin Mat Isa also denied holding secret meetings with Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Abdul Razak to discuss a possible collaboration between his party and Umno.(read
here for more).

Did PAS leaders, as professed devout Muslims, blatantly LIE to Malaysians?

We certainly think so.

PAS's main attractiveness to Malays and NON-Malays is that it is a NON-racial party as opposed to UMNO. UMNO at its core is a RACIST political party, like its partners MCA and MIC, and UMNO'S policies are un-Islamic. And that was the key reason NON-Malays and NON-Muslims supported PAS in the last election.

For PAS to engage in the highly emotional "Malay unity" issues mean that PAS is entering into the domain of divisive racial politics, especially in the current political climate of the country.

Based on previous experience of PAS's collaboration with UMNO, PAS WILL become another clone of UMNO.

If it is true that PAS leaders have been engaging in secret talks with UMNO WITHOUT the prior concurrence and involvement of other component Pakatan Rakyat leaders, then these PAS leaders have behaved as unreliable and untrustworthy partners. And that is against all moral standards demanded by Islam.

These PAS leaders may have damaged PAS's credibility and trustworthiness.

And if leaders like Hadi Awang, Nasharuddin Mat Isa and Mahfuz Omar are willing to make PAS pay the price of compromising PAS's electability in the next General Election, we can be certain, Malaysian voters are more than happy to oblige.
- Malaysian Unplug



PAS-UMNO: Jangan Main Belakang

by

Syed Azidi Syed Abdul Aziz, aka Sheih of Kickdefella

Read here in Kickdefella Blog

Biarlah UMNO terjun dengan Dollahnya, biarkan! Biarkan!

Mengapa ada pemimpin ‘tertinggi’ PAS sanggup main belakang untuk bertemu dengan Abdullah?

Atau ini semua hanyalah mainan Abdullah untuk menghuru-harakan PAS terutamanya apabila mengambil kira:


  • PAS akan berdepan dengan Muktamar Tahunannya bulan Ogos ini.

  • UMNO akan berdepan dengan Mesyuarat Agung Bahagian Ogos ini.

  • September ini adalah tarikh yang disebut oleh Anwar bila Kerajaan Abdullah akan tumbang dan Pakatan Rakyat akan menubuhkan Kerajaan baru.
Ramai yang telah menggelempar. Saudara saya Bakaq Penarik Beca ( and HERE) dah lama menggelempar dengan isu ini.

Pelbagai tuduhan telah dilemparkan terhadapnya tanpa pertimbangan belas dan kasihan.

Sehingga Timbalan Presiden PAS pernah di lobi Parlimen mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan perkhabaran UMNO-PAS main belakang. Tetapi Bakaq tetap tabah.

Saya juga sudah lama menggelempar dengan isu ini.

Menggelempar memendam rindu dan dendam untuk memblog tentangnya tetapi kerana kasih dan kasihan terhadap pemimpin-pemimpin PAS yang saya rapati, saya biarkan diri saya menggelempar sendirian tanpa rela mahu melihat tulisan saya membuat banyak pihak menggelempar dan menyerang pemimpin-pemimpin PAS yang saya rapati.

Di dalam senyap dan sunyi, saya mengulangi hari demi hari kenyataan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, di malam 8 Mac 2008 bertempat di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan sewaktu sidang media menyambut kemenangan rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 12.


Saya tidak rela melihat PAS kembali ke dalam Barisan Nasional!”
Begitulah ungkapan Mursyidul Am PAS yang ketika itu dikapit oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas dan Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Lalu dalam sunyi dan sepi saya teringatkan Asri Haji Muda, bekas Yang DiPertua PAS yang tiga kali mencuba untuk bekerjasama dengan UMNO.


  1. Asri membawa PAS menyertai Kerajaan Campuran bersama UMNO dan kemudiannya membawa PAS menyertai Barisan Nasional.

  2. Asri keluar dari PAS dan menubuhkan HAMIM dan bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional.

  3. Asri menyertai UMNO.
Arwah sudah meninggalkan kita. Mungkin jika kita bertafakur sejenak, banyak yang mampu dikutip dari perjuangan Arwah, baik atau tidak baik, penuh pengajaran buat kita.

Mengapa perlu satu muzakarah untuk menyelamatkan bangsa Melayu?

Mengapa perlu PAS bermuzakarah dengan UMNO untuk menyelamatkan bangsa Melayu ?


  1. PAS BUKAN Parti yang memperjuangkan Bangsa Melayu.

  2. UMNO sudah memperjuangkan hak Bangsa Melayu sejak 1946 lagi.

  3. Kalau UMNO dianggap gagal memperjuangkan hak Bangsa Melayu sejak 1946 lagi, mengapa perlu PAS menghulurkan bantuan buat UMNO?
PAS, sefaham saya, memperjuangkan sebuah Kerajaan Berteraskan Ajaran Islam untuk SEMUA umat manusia.

Mengapa PAS hari ini perlu kecilkan skop menyebarkan kebaikan seperti skop UMNO?

PAS era kepimpinan Ulama’ telah memerintah Kelantan 18 tahun,


  • Apakah PAS gagal membela hak orang Melayu di Kelantan sepanjang tempoh itu hingga perlu bermuzakarah dengan UMNO?

  • Apakah PAS yang memerintah Kelantan sepanjang 18 tahun berteraskan Islam perlu menjadi sebuah Parti Nasionalis?

  • Apakah PAS gagal dengan Pemerintahan Islamnya hingga perlu bermuzakarah dengan Parti yang memperjuangkan Islam Hadhari yang selama ini menjadi kritikan PAS?
PAS kini mempunyai rakan kongsi yang prihatin dan menyanjung satu sama lain.

PKR dan DAP bersama PAS didalam Pakatan Rakyat telah membuktikan ianya adalah satu resipi yang berjaya,


  1. Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP sendiri menerima teknik-teknik pemerintahan tokoh Islam dan beberapa kali membuktikan bahawa dia jauh lebih prihatin terhadap orang-orang Islam di bawah pemerintahannya berbanding dengan UMNO sendiri.

  2. Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dari PKR membuktikan beliau mengutamakan ketelusan sambil mengambil berat tentang masyarakat Cina dan India dibawah pemerintahannya.

  3. Di negeri Perak, walaupun PAS adalah minoriti tetapi PAS berjaya membuktikan kewibawaan Menteri Besar Nizar dari PAS dengan bakat kepimpinan tinggi dan amat prihatin dan amat disanjung oleh masyarakat bukan Islam.
Apa yang berlaku hari ini adalah satu persediaan untuk anggota komponen Pakatan Rakyat merubah sikap ektremis mereka dan menjadikan komponennya parti politik untuk semua yang kelak mempunyai masa depan yang amat cerah di dalam pilihanraya umum akan datang.

Ianya TIDAK susah kerana,


  • Belum pernah orang PAS mati dibunuh oleh DAP.

  • Belum pernah orang DAP mati dibunuh oleh PAS.

  • PAS mendapat keputusan terbaik pilihanrayanya sewaktu Dato’ Seri Anwar Ibrahim berpenat lelah berkempen untuk pembangkang.
Dan kita semua masih ingat berapa ramai penyokong PAS yang gugur di tangan Kerajaan Pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional. Berapa ramai pemimpin PAS disumbat ke dalam ISA di bawah kerajaan yang sama.

Oleh yang demikian, sesuatu yang amat pelik dan mustahil untuk PAS menghantar wakil mereka bertemu dengan Abdullah atas dasar kepentingan Melayu dan Islam.

PAS bukan Parti Melayu dan PAS dan rakan-rakan politiknya telah membuktikan mereka penegak Islam dan penegak hak agama-agama lain.

Mungkinkah Abdullah sebenarnya bermimpi didatangi oleh sekumpulan dua tiga orang lelaki berserban dan kopiah lalu menyangka mimpi itu sebenarnya benar-benar berlaku dan kerana mereka memakai serban dan kopiah maka mereka tentu dari PAS?

Atau mungkinkah Abdullah benar-benar telah bertemu dengan sekumpulan dua tiga orang lelaki yang membahasakan dirinya ‘ana’ dan memanggil Abdullah sebagai ‘anta’ dan memandangkan pertemuan ini telah berlaku sebanyak 3 kali maka Abdullah yakin mereka ini tentu adalah perwakilan tertinggi PAS.

Mimpi atau tidak, boleh jadi dua tiga orang lembaga berserban atau berkopiah dan berbahasa ‘ana’-‘anta’ ini sebenarnya satu senario dari filem P. Ramlee yang ditonton Abdullah sewaktu mencuri tulang.

Mungkin mereka penyamun dari filem Ali Baba Bujang Lapok atau Enam Jahaman yang masih belum dipangkah mukanya yang mencari Abdullah untuk main belakang bagi mendapat secebis harta pusaka warisan Negara dan bergelar Menteri.

Apa yang pasti, berdasarkan kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz, sudah tentu sekali mereka yang datang menemui Abdullah melalui jalan belakang ini bukan mewakili PAS.

PAS tidak perlu menonggengkan tubuhnya dan membiarkan UMNO menandatanginya dari belakang lalu menunggangnya ke pusara.

UMNO dan PAS, TAK perlu hidup berdua, mati bersama!


Related Article

From Penarik Beca Blog: Read here for more article "Pengkhianatan Umno"

Excerpts

"....Saya taklah kata, nak buat apa pi dengar tawaran Barisan Nasional?

Nak buat apa, sedangkan PAS menang melalui Pakatan Rakyat dan diundi rakyat kerana bersama Pakatan Rakyat.

Kalau tak bersama Pakatan Rakyat, adat cakap dan saya tak membabitkan soal kehendak Allah s.w.t.,:

  • saya tak fikir Haji Roslan Shaharom, wakil rakyat kampung saya boleh menang;

  • saya tak fikir Dr Mariah Mahmud boleh memang dan

  • ramai lagi yang saya tak fikir boleh memang

  • termasuk Menteri Besar negeri saya yang komited dengan kesederhanaan hidup, Haji Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
PAS telah menuai hasil dengan menyertai Pakatan Rakyat.

Nak dengar tawaran BN pula. Nak tuai hasil apa lagi dari BN?

Sejak bila nak dengar tawaran BN? Bukankah sejak sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu telah main-main telefon dengan pemimpin BN?

Dan, lebih penting lagi untuk ditanya, bagaimana nasib PAS dalam pilihan raya akan datang?!

Saya pernah kata, saya pernah bertemu secara kebetulan dengan seorang Menteri Besar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno ketika pergi makan bersama seorang Ahli Parlimen.

Tetapi, saya tak ceritakan betapa beria-ianya Menteri Besar itu mengirim salam kepada Ustaz Nasharudin Mat Isa. Disebut-sebut dan ditekankan sungguh-sungguh berkali-kali nama Nasharudin.

As a person, Menteri Besar itu orang baik. Saya tak ada nak kata apa-apa kat dia.

Apa pun, mari kita berusaha bersungguh-sungguh mencari fail-fail dan arkib-arkib yang mendedahkan pengkhianatan Umno terhadap Melayu dan Islam, terutama di zaman Perdana Menteri sekarang. Melayu Islam konon!

No comments: