Thursday 24 July 2008

UPDATE: PAS-UMNO Secret Meetings - Responses from PAS

Related Article:

  1. PAS's Iskandar A. Samad Says UMNO's Intention to Break-Up Pakatan Rakyat

    Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor II, Iskandar A. Samad, pendedahan mantan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mendakwa Umno dan PAS Selangor ada usaha pakatan untuk membentuk kerajaan negeri merupakan strategi Umno untuk terus memecahbelahkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

    Menurut beliau,pengakuan Khir menunjukkan bahawa beliau hendak memecahbelahkan Pakatan Rakyat sebab Umno sedang dilanda masalah kurang mendapat sokongan daripada orang Melayu.

    Sebab itu katanya, Umno menggunakan pendekatan 'muzakarah' untuk menarik PAS berbincang tentang perpaduan Melayu atau Islam.

    Mengulas tentang media yang sengaja membesarkan isu muzakarah katanya, memang Umno buat untuk mengucar kacirkan keadaan Pakatan Rakyat.

    Beliau menegaskan jika benar Umno ikhlas untuk berbincang perkara tersebut sepatutnya sudah dilakukan ketika Umno mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya umum tahun 2004.

    Iskandar berharap ahli PAS di Selangor tetap berdiri di belakang Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Umno tidak ikhlas untuk membincangkan masalah orang Melayu tetapi muzakarah itu hanya mahu dijadikan medan menaikkan imej Umno supaya mendapat sokongan semula daripada orang Melayu.

    Sia-sialah pengorbanan kita kalau kita hendak bergabung dengan Umno. Umno akan serang satu demi satu untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan isu muzakarah merupakan strategi Umno untuk terus memerangkap PAS.


    Ini adalah rentetan perangkap yang sengaja dibuat oleh BN kepada parti -parti komponen dan PAS tidak sepatutnya terpedaya dengan perangkap ini.

    Ada pihak yang cuba memberi laporan yang tidak tepat terhadap PAS negeri Selangor dengan mendakwa bahawa PAS telah terpinggir dan sebagainya dalam kerajaan Pakatan Rakyat."

    Read here for more

  2. Tuan Guru Nik Aziz Says Secret Meetings are"Muqabalah" not "Muzakarah"

    Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu muzakarah sudah tutup fail dan apa yang berlaku sekadar pertemuan biasa (muqabalah).
    Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu perkataan muzakarah yang di'geger'kan sebelum ini ditukar kepada istilah muqabalah (perjumpaan biasa).

    Menurutnya keputusan syura sebelum ini bersetuju diadakan pertemuan biasa dengan pemimpin Umno kerana syura sudah membuat keputusan sebulat suara. Perkara itu diputuskan pada 23 April lalu manakala pertemuan dengan pemimpin Umno hanya diadakan pada 20 Julai lalu.

    " Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu," katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini.

    Sebelum itu rombongan anggota Majlis Syura Ulama mengunjungi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini. Perbincangan terbabit diadakan hampir dua jam.

    Turut kelihatan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud. Ikut serta pertemuan tersebut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.

    Ustaz Abdul Hadi Awang berkata dalam Pakatan Rakyat persefahaman kita tidak akan menjadi halangan, masing-masing memperjuangkan ideologi dan tetap berganding dalam isu-isu bersama. Menurutnya sebagai orang Islam, PAS wajib menyuarakan kepada orang Islam lain dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan keadilan Islam kepada semua kaum yang ada di negara ini.

    Read here for more

  3. Tuan Guru Nik Aziz Worried PAS is Seen as Untrustworthy by Other Pakatan Rakyat Parties

    Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan melahirkan rasa bimbang PAS akan dianggap sebagai khianat kepada rakan-rakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.
    "Saya cukup kesal.

    Selaku Mursyidul Am, saya berhak menegur. Ini berasaskan prinsip Wal-Ashr. Dalam semangat demokrasi pun, ini menandakan bahawa masih suburnya proses konsultasi, berbeza atau bersamaan pendapat dalam PAS.

    Apa jaminan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat tidak berpecah dengan langkah terlalu ghairah untuk bermuzakarah sesetengah pemimpin.

    Pada saya, muzakarah boleh, tetapi atas dasar peribadi dan tidak atas nama parti. Contoh telah pun ada pada tahun 1970-an di mana PAS berpecah tiga iaitu Berjasa, Hamim dan Bebas Bersatu. Bagaimanapun, jika diteruskan juga dan berlaku perpecahan.

    Saya tidak mahu memikul tanggungjawab langkah yang saya tidak restu."
    Menurutnya Umno bercakap soal menjaga Islam dan Melayu ini seolah-olah hanya mereka sahaja yang boleh menjaga orang Melayu.
    "Dia fikir dia seorangkah yang mengerti dan bertanggungjawab menjaga Islam. Dia sudah lama memegang kerajaan. Boleh jadi, Umno sudah sampai ke peringkat tidak percaya orang lain juga boleh menjaga Islam dan Melayu.

    Sedangkan PAS pun faham dan reti juga dan mungkin lebih reti daripada mereka dalam perkara ini. Jangan Umno fikir ini Islam dan Melayu hak monopoli, hak eksklusif yang menjadi pajakan Umno sahaja. "
    Mursyidul Am PAS menyamakan tawaran Umno hendak bermuzakarah dengan kisah Masjid Dhirar yang pernah dibina bagi tujuan memecahbelahkan Islam. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masjid itu dibina bukan untuk penyatuan tetapi untuk menyemai benih perpecahan.

    "Kisah Masjid Dhirar bukan dongengan orang terdahulu, tetapi ada di dalam al-Quran sebagaimana dalam Surah At-Taubah di mana terdapat empat niat jahat maksud pembinaan masjid itu iaitu untuk menimbulkan kemudharatan kepada orang-orang mukmin.

    Untuk kekafiran, memecah belah antara orang-orang mukmin dan untuk menunggu kedatangan oang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu."
    Beliau berkata, suasana itu boleh kita kiaskan bagi membaca niat pemimpin Umno yang sangat beria-ia untuk bermuzakarah dengan pemimpin PAS.

    Bagaimanapun katanya, kalau perlu juga kepada muzakarah bolehlah difikirkan selepas pilihan raya umum ke-13.

    Baru-baru ini media melaporkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa Umno dan PAS sudah mengadakan tiga kali pertemuan membincangkan perkara berkaitan agama dan perpaduan Melayu.

    Read here for more

  4. PAS Youth's Position on PAS-UMNO Secret meetings

    Menurut Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, Dewan Pemuda PAS menentang sebarang usaha sekiranya muzakarah yang hendak diadakan menjurus dan memfokuskan kepada agenda kerjasama politik ataupun perkongsian kuasa di antara PAS dan Umno.

    Dewan Pemuda PAS juga membuat ketetapan komited kepada Pakatan Rakyat yang sedang terjalin. Salahuddin menegaskan, Pakatan Rakyat merupakan satu-satunya wadah untuk menjadi alternatif kepada Barisan Nasional.

    Katanya, Dewan Pemuda PAS juga akan menentang sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk memecah belah serta menimbulkan fitnah dan hasutan terhadap Pakatan Rakyat.

    Sehubungan itu katanya, sekiranya berlaku muzakarah antara PAS dan Umno, ia tidak akan berakhir dengan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat serta menyertai atau berkongsi kuasa dengan Barisan Nasional.
    "Rakyat seharusnya faham bahawa muzakarah yang digembar gemburkan jika menjurus kepada perbincangan perkongsian kuasa serta agenda untuk meninggalkan Pakatan Rakyat, menjurus kepada kerjasama politik ia merupakan perkara yang tidak benar sama sekali.

    Rakyat seharusnya yakin dengan kepimpinan PAS serta perjuangan PAS hari ini.

    Kita sebenarnya sedang menerima mandat rakyat selepas Pilihan raya lalu dan telah membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri. Ini merupakan amanah dan tangggung jawab yang kita tunaikan dengan penuh kesedaran.

    Kita mempunyai prinsip dan pegangan yang cukup kuat tanpa ada pemikiran lain untuk lari atau mengkhianati daripada Pakatan Rakyat."

    Read here for more

No comments: