Friday 25 July 2008

Ustaz Nasharudin Mat Isa: The UMNO "MOLE" in PAS Leadership

Read here article "Apabila Timbalan Presiden PAS Bercakap Laksana Seorang Ahli UMNO" in "Malaysia Waves" Blog

Related Articles:


Quote:

"Fraksi UMNO" di dalam PAS begitu jijik dan keji konspirasi mereka sehigga mereka telah berjaya mendorong Tuan Guru Presiden (Haji Hadi Awang) menipu.

Oleh kerana "Fraksi UMNO" yang diketuai oleh Mustafa Ali ini sudah terlampau kemaruk dengan pangkat dan darjat, mereka telah mempercayai cerita Pak Lah dan UMNO ini bulat-bulat.

Ustaz Nasharudin Mat Isa juga secara terus terang menolak Pakatan Rakyat.
Beliau sudah pun berfikir sebagai seorang UMNO.
-"Tukang Besi"





Photobucket
Timbalan Presiden, PAS

Hati saya hancur sehancur-hancurnya.

Di dalam interview beliau dengan Karim Raslan, Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa ditanya berkenaan Anwar Ibrahim.

Beliau menjawab:

“I am not sure of his (Anwar Ibrahim) popularity when compared to 1998. The latest developments – the Saiful event and the statutory declaration by private investigator P. Balasubramaniam – have affected Anwar’s credibility.

Still, his ability to lead is unquestionable. It’s arguable that the Malay community is also starting to believe the accusations against Anwar. His delay in taking an oath to swear on the Quran is also an issue.”
Bagaimana seorang Timbalan Presiden PAS boleh mengeluarkan kata-kata yang begitu rendah tarafnya ?

Di saat tidak lebih dari 6% rakyat Malaysia mempercayai tuduhan terhadap Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS mengambil sikap yang benar2 mengecewakan.

Jawapan Timbalan Presiden PAS ini TIDAK jauh bezanya dengan komen2 yang kita baca dalam blog UMNO.

Malahan komen Lim Kit Siang, seorang yang bukan Islam, lebih baik dan berfakta dari jawapan ini.

Seharusnya sebagai seorang Timbalan Presiden sebuah parti Islam, mesti jelas bahawa tuduhan ini harus dibicarakan di mahkamah Syariah di bawah hukum Qazaf.

Islam wajib berada di atas segala-gala nya terutamanya permainan politik.

"Fraksi UMNO" Dalam Kepimpinan PAS

Cerita sebenarnya adalah “Fraksi UMNO” di dalam PAS telah diberitahu oleh UMNO bahawa mereka telah menjumpai kesan-kesan air mani di dalam dubur Saiful.

Oleh kerana "Fraksi UMNO" yang diketuai oleh Mustafa Ali ini sudah terlampau kemaruk dengan pangkat dan darjat, mereka telah mempercayai cerita Pak Lah dan UMNO ini bulat-bulat.

Saya telah dedahkan taktik UMNO ini dalam artikel saya “More Rumors On Anwar Saga
di mana saya berkata:

“UMNO people more than convinced that the police have found traces of Anwar’s sperm in Saiful Bukhari’s “anus”.

They say, the evidence that the police have on Anwar will put this story to rest for ever. And they also believe, with this evidence, the UMNO people in KeAdilan will come back to UMNO in masses.”

Pemimpin-pemimpin "PAS Fraksi UMNO" ini termakan dengan penipuan UMNO bulat bulat.
Kalau "Fraksi UMNO" ini tidak jahat pun mereka harus dibuang ke Laut China Selatan oleh perwakilan PAS atas dasar kebodohan mereka.

Saudara semua bayangkan, sehingga hari ini, TIDAK ADA SEBARANG ziarah yang dilakukan oleh Tuan Guru Presiden (Haji Hadi Awang) ke atas Anwar Ibrahim untuk menyatakan sokongan dan simpati terhadap fitnah yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim.

Sekiranya Tuan Guru Presiden (Haji Hadi Awang) benar2 berpegang dengan Islam mengapa Tuan Guru Presiden sanggup menelan fitnah ini bulat-bulat?

Di mana akhlak Islami Tuan Guru Presiden PAS (Haji Hadi Awang) ?

Tak payah ceritalah pasal calon Timbalan Perdana Menteri kita, Ustaz Nasharudin Mat Isa . Langsung tiada telefon atau ziarah menyatakan simpati kepada Anwar Ibrahim.

Mereka telah sampai ke tahap yang mereka sudah 100% yakin Anwar Ibrahim itu bersalah.

Kemuncak kebongkakan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah ditunjukkan dalam interview dengan Karim Raslan ini.

Jelas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa ini telah dijangkiti penyakit “Hubub Dunia” dan beliau sudah tidak dapat membezakan kebenaran dengan kebathilan. Beliau sudah hilang iman beliau.

Saya juga kesal kerana akibat tindakan “Fraksi UMNO” ini, mereka telah berjaya membuat Tuan Guru Presiden (Haji Hadi Awang) MENIPU kepada rakyat.

Lihat sahaja kenyataan Tuan Guru Presiden (Haji Hadi Awang) di Harakahdaily yang bertajuk “Isu kerjasama PAS dan Umno” pada 28 Jun 2008.

Saya petik:

“PAS dengan ini menegaskan sekali lagi bahawa tidak ada sebarang rundingan kerjasama dengan Umno/BN.

Sebarang tuduhan kerjasama atau cadangan itu adalah dinafikan oleh kepimpinan tertinggi PAS yang sedar bahawa kemenangan yang diperolehi dari Pilihanraya Umum baru-baru ini adalah harapan seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Untuk PAS bersama dengan Pakatan Rakyat membawa kehidupan rakyat yang sejahtera.

PAS juga menegaskan bahawa kita adalah komited untuk memperkukuh Pakatan Rakyat dan memperkasa lima buah negeri di bawah Pakatan Rakyat. "
- Tuan Guru Haji Hadi Awang
Kata orang tua-tua, "bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. "

"Fraksi UMNO" di dalam PAS begitu jijik dan keji konspirasi mereka sehigga mereka telah berjaya mendorong Tuan Guru Presiden (Haji Hadi Awang) menipu.

Nasharudin Mat Isa juga secara terus terang menolak Pakatan Rakyat apabila beliau berkata:


“...Nobody can deny this. There are problems at both state and federal levels. Pakatan must get its house in order and consolidate its position...."

When asked how this can be achieved, he (Ustaz Nasharudin Mat Isa) answers:

“The level of communication among ourselves isn’t up to standard. This is because everyone is busy. We need to increase the regularity and frequency of communication. We are still to a large degree polarised (Malays, Indians and Chinese) and are still finding it difficult to overcome these differences which remain at the core between the different Pakatan members.”

Sekiranya Pakatan Rakyat TIDAK kemas, ia adalah tanggungjawab Timbalan Presiden PAS untuk mengemaskannya. Bukan komplen dan tidak berbuat apa2.

Kenyataan di atas adalah umpama meludah ke langit oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Tapi hakikatnya sewaktu temuramah ini dibuat, beliau (Ustaz Nasharudin Mat Isa) sudah TIDAK lagi berfikir dalam lingkungan Pakatan Rakyat lagi.

Beliau sudah pun berfikir sebagai seorang UMNO.

Saya menyeru kepada semua ahli PAS untuk membuang semua unsur UMNO dalam PAS bermula dari Ustaz Nasharudin Mat Isa.
-"Tukang Besi"

No comments: