Friday, 24 September 2010

UMNO Yang Hilang Kuasa, BUKAN MELAYU

Quote

Nurul Izzah Anwar"....Masyarakat Melayu diindoktrinasi melalui pelbagai cara termasuk penggunaan NGO untuk berlakon sebagai mangsa dengan tujuan untuk mengeliru dan membantutkan seluruh anggota masyarakat supaya kekal terpasung fikirannya dan emosinya baik oleh kerajaan penjajah dan kini melalui penggantinya, UMNO.

"Politik Ketakutan" menggunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai alat untuk penipuan yang penuh terdesak.

Kita perlu melawan usaha-usaha ini (untuk) mengubah Minda Melayu daripada KEBIMBANGAN PALSU tentang kehilangan identiti dan pembangunan ekonomi kepada daya positif yang akhirnya mencipta masyarakat yang penuh keyakinan dan tidak lagi terkongkong.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sekali lagi memainkan api perkauman apabila beliau menyatakan Melayu akan hilang kuasa kalau Pakatan Rakyat (PR) memerintah.

Saya berpandangan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan merupakan sebahagian usaha terdesak untuk menjejaskan kestabilan negara.


Saya dengan rendah hati membuat tawaran untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir supaya 'kebimbangan' Melayu - yang pastinya tidak melibatkan keseluruhan masyarakat - yang disebut itu dapat dijelaskan, sama ada kerana Takut Melayu Hilang Kuasa atau Hilang Harta?

-Nurul Izzah Anwar,
MP Lembah Pantai, Kuala Lumpur


UMNO Yang Hilang Kuasa, BUKANnya MELAYU

Read here for more

Wawancara itu dipetik media arus perdana dengan menyiarkan kenyataan Mahathir yang mendakwa kuasa politik Melayu akan hilang sekiranya Pakatan Rakyat mendapat kuasa seperti yang berlaku di Perak sebelum dirampas oleh BN.

Pagi tadi saya dikunjungi oleh seorang rakan karib yang mengatakan rasa terkejutnya dengan tersiarnya berita muka depan utusan mengenai kenyataan Mahathir yang maksudnya "Melayu akan habis", kata saya sebenarnya "Mahathir yang akan habis" bila Pakatan Rakyat menang.

Kenyataan terbaru Mahathir itu bagi saya menggambarkan kebimbangan dirinya sendiri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kerana segala kemungkaran yang pernah dilakukannya semasa menjadi PM satu masa dulu akan dibongkar.

Ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin mengatakan Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman berhubung wawancaranya itu yang mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Dakwaan Mahathir yang disiarkan dihalaman hadapan akhbar rasisi utusan kelmarin jelas merupakan kenyataan bersifat perkauman

"Umno pasti hilang kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri dan pusat. Tun Mahathir kata Melayu hilang kuasa dan suara. Ini kenyataan rasis dan hasutan," kata Nizar menerusi twitternya.

Beliau memberi jaminan, yang akan hilang kuasa jika Pakatan menduduki Putrajaya adalah Umno dan bukannya orang Melayu.

Keadaan yang sama telah berlaku kepada kawan baiknya yang juga bekas Presiden Indonesia, Suharto yang telah berdepan dengan pembongkaran segala kemungkaran sehingga diseret ke mahkamah semasa dipenghujung hayatnya.

Mantan presiden Umno itu mendakwa, walaupun menteri besarnya Melayu dari PAS iaitu Muhamad Nizar tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP. Bagi saya ini satu lagi kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab dan tuduhan liar tanpa bukti.

Kenyataan Mahathir bagi saya untuk mengembalikan sokongan orang Melayu kepada UMNO dan Mahadhir sudah sangat terdesak dengan berjuang dengan Perkasa yang rasisi itu.

Malah bagi saya Perkasa yang tidak jelas halatujunya menjadi pilihan dan dahan berpaut yang sangat rapuh kepada perjuangan akhir hayat Mahadhir.

Sesungguhnya UMNO dan Perkasa sudah ditolak oleh orang Melayu yang sudah lama kehilangan kuasa akibat oleh pemimpin Melayu yang mementingkan perjuangan peribadi kroni serta kepentingan kelompok kecil sehingga kuasa politik dan ekonomi Melayu terhakis sekian lama.

Sesungguhnya dengan wadah Pakatan Rakyat, khususnya PAS , saya melihat dengan keadilan Islam yang berjuang tanpa batas bangsa, sebenarnya inilah yang akan menyelamatkan kuasa Melayu yang dimaksudkan.

Apa artinya kuasa sekiranya Melayu merempat dinegaranya sendiri.
-DRS. KHALIL IDHAM LIM

Related Article

MAHATHIR Bersikap Tidak Bertanggungjawab Dengan Usahanya Menjejaskan Kestabilan Negara


Read here for more

Semalam 23 September bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sekali lagi memainkan api perkauman apabila beliau menyatakan Melayu akan hilang kuasa kalau Pakatan Rakyat (PR) memerintah. Katanya juga dia bukanlah bersikap perkauman.

Dr Mahathir juga menggambarkan bahawa orang Cina atau India mungkin menjadi Perdana Menteri jika PR mengambil alih negara, kerana Perlembagaan tidak menghadkan jawatan itu kepada mana- mana kaum.

Saya berpandangan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan merupakan sebahagian usaha terdesak untuk menjejaskan kestabilan negara.

Selain penggunaan isu perkauman untuk Umno juga memakai satu-satunya pendekatan yang mereka mahir, iaitu 'Politik Ketakutan'.

'Politik Ketakutan' menggunakan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai alat untuk penipuan yang penuh terdesak.

Masyarakat Melayu diindoktrinasi melalui pelbagai cara termasuk penggunaan NGO untuk berlakon sebagai mangsa dengan tujuan untuk mengeliru dan membantutkan seluruh anggota masyarakat supaya kekal terpasung fikirannya dan emosinya baik oleh kerajaan penjajah dan kini melalui penggantinya, Umno.

Matlamat ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengekalkan dominasi politik oleh sekelompok kecil elit Melayu yang rapat dengan pusat kuasa, melalui rasuah, salah guna kuasa dan secara berterusan mengabaikan perlembagaan. Malang sekali kerana tindakan mereka ini dibantu oleh MCA, MIC, Gerakan dan parti komponen BN lain yang terus membisu dan membuang tanggungjawab yang sepatutnya digalas.

Kita perlu melawan usaha-usaha ini dengan menekankan 'Politik Berlandaskan Harapan dan Kebebasan' yang akan mengubah Minda Melayu daripada kebimbangan palsu tentang kehilangan identiti dan pembangunan ekonomi kepada daya positif yang akhirnya mencipta masyarakat yang penuh keyakinan dan tidak lagi terkongkong.

Oleh itu, dengan matlamat untuk bertukar pendapat, demi mewujudkan 'Malaysia Yang Lebih Baik Untuk Semua Rakyat', saya dengan rendah hati membuat tawaran untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir supaya 'kebimbangan' Melayu - yang pastinya tidak melibatkan keseluruhan masyarakat - yang disebut itu dapat dijelaskan, sama ada kerana Takut Melayu Hilang Kuasa atau Hilang Harta?
-Nurul Izzah Anwar
MP, Lembah Pantai,KUALA LUMPUR

As a Former Leader, Mahathir is Irresponsible and Racially Divisive

Read here for more

“Irresponsible and desperate attempt to destabilise the nation,” said Nurul Izzah Anwar, MP for Lembah Pantai, in her response to former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s warning that Malays would lose power if Pakatan Rakyat (PR) came to power.

According to Izzah , not only has the race card being used to incite but also to perpetuate the only approach that UMNO and its leaders (past and present) have used with impunity which is the ‘Politics of Fear’.

Izzah said,
..“The ‘politics of fear’ uses Article 153 as a political instrument of deceit and despair.

The Malays are indoctrinated through all means available including using NGOs to continue to ‘act’ out a victim mentality narrative that degrades, confuses and paralyses a community to remain enslaved intellectually and emotionally first by the colonial masters and now by its new reincarnation, UMNO.

The aim (is) to maintain political hegemony by the ruling Malay elite few who have enriched themselves through corruption, abuse of power and undermining the constitution relentlessly.

Sadly, they have been assisted by MCA, MIC, Gerakan and the other BN component parties by their silence and omission to act responsibly.

We must fight back by emphasising on the ‘Politics of Hope and Liberation’, which will transform the Malay Mind from the false fear of losing their identity and economical development to a positive force that will create a confident and liberated community.

Therefore, with the aim for a constructive engagement to build a ‘Better Malaysia for All Malaysians’, I humbly offer to debate with Tun Dr. Mahathir to clarify if his ‘fear’ for the Malays is really about loss of power or in reality loss of wealth for the chosen few (Takut Melayu Hilang Kuasa atau Hilang Harta)?”.
Utusan Malaysia has today reported Mahathir’s statement that Malays would lose power if PR came to power.

He implied that a Chinese or an Indian could become prime minister if PR took federal power because there was no constitutional restriction on race for the position.

1 comment:

Anonymous said...

Beautifully said and written. Why are u so worry about Chinese or Indian becoming PM when PR takes over the govt ? U yourself is not a pure Malay!!! u are an Indian & u become PM for 22 years. So nothing to shout about. The only thing is that your son will not be able to become future PM. Is that your ulterior motive???? Nurul, I fully support your daring debate with the DEVIL!!