Thursday, 15 January 2009

UMNO Bukan Pejuang atau Parti Memerdekaan Sebenar

Read here article on "BERUBAH UNTUK MALAYSIA" Blog


Quote:

"... Apa yang didakwa oleh UMNO sebagai pemilik usaha kemerdekaan adalah TIDAK benar sama sekali.

Sebelum kewujudan Umno, terdapat dua parti nasionalis Melayu yang telahpun bergiat aktif di dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita....(iatu) Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Adalah usaha oleh segelintir pemimpin UMNO yang cuba untuk memutarbelitkan fakta tersebut yang menyatakan KMM dan PKMM adalah parti-parti pro-British.

Hakikatnya adalah UMNO hanya bertindak sebagai PENERIMA kemerdekaan pada tahun 1957.

Umno pada hari ini juga TIDAK berhak untuk memiliki apa yang dikatakan “ketuanan Melayu” dan perjuangan Islam.

KMM dan PKMM adalah pejuang bangsa Melayu dan agama Islam yang asal dan yang sebenarnya, di mana ianya cuba dinafikan oleh beberapa pemimpin Umno pada hari ini."



Daripada fakta-fakta yang telah kita kaji dengan mendalam, tambah dengan perakuan beberapa pengkaji sejarah jelas telah menunjukkan bahawa Umno bukanlah parti politik yang sebenarnya memperjuangkan kemerdekaan negara kita sebelum ini.

Fakta-fakta yang dikaji beserta dengan perakuan tersebut juga telah dengan sendirinya telah terbukti berikutan kejayaan penerbitan beberapa buku yang berkisahkan beberapa pemimpin Melayu dari Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Rashid Maidin, Abdullah C.D., Samsiah Fakeh, Abu Samah dan Kamarulzaman Teh serta kegiatan-kegiatan awal perjuangan mereka.

Malah beberapa dekad sebelum kewujudan Umno, telah terdapat dua parti nasionalis Melayu yang telahpun bergiat aktif di dalam memperjuangkan kemerdekaan negara kita. Mereka adalah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Kedua-dua parti politik Melayu ini telah jelas membuktikan perjuangan mereka pada masa itu yang menentang penjajah British dengan tuntutan kemerdekaan mereka yang secara terbuka.

(Note: PKMM diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso dan Ahmad Boestamam.

Kedua-duanya memainkan perana dalam pucuk pimpinan awal parti itu:

Yang Dipertua: Mokhtaruddin Lasso
Naib Yang Dipertua : Dr. Burhanuddin Helmi
Setiausaha: Dahari Ali
Bendahari :Arshad Ashaari
Ahli Jawatankuasa :Ahmad Boestamam)
Sejarah awal mengenai kegiatan-kegiatan pro-kemerdekaan yang digerakan oleh KMM, PKMM dan kemudiannya PKM adalah tidak dapat dinafikan kerana ianya telah dicatat dan diiktiraf, walaupun adalah usaha oleh segelintir pemimpin Umno yang cuba untuk memutarbelitkan fakta tersebut yang menyatakan KMM dan PKMM adalah parti-parti pro-British.

Fakta mengenai kegiatan-kegiatan pro-kemerdekaan yang diusahakan oleh para pemimpin Melayu di dalam PKM adalah juga tidak dapat dinafikan dengan sepenuhnya. Para pemimpin Melayu PKM ini telah meneruskan usaha-usaha perjuangan kemerdekaan yang dipelopori oleh KMM dan PKMM sebelum ini dengan perjuangan bersenjata menentang penjajahan British dan seterusnya pendudukan Jepun dan kemudiannya pendudukan semula British.

Malah perjuangan bersenjata PKM yang berterusan pada zaman pra-kemerdekaan telah menyebabkan pihak British terpaksa menaja penubuhan Umno demi mengusahakan kemerdekaan di pihak mereka secara aman.

Dengan terbongkarnya beberapa fakta sejarah ini, ia telah membuktikan bahawa apa yang didakwa oleh Umno sebagai pemilik usaha kemerdekaan adalah tidak benar sama sekali. Umno yang ada pada hari ini bukanlah pejuang kemerdekaan yang asal dalam erti kata yang sebenarnya.

Hakikatnya adalah Umno hanya bertindak sebagai penerima kemerdekaan pada tahun 1957. Apa yang telah diusahakan oleh KMM, PKMM dan PKM sebelum ini telah dinikmati sepenuhnya oleh Umno yang kemudiannya telah memperoleh hak kemerdekaan tersebut sebagai milik tunggalnya.

Oleh yang demikian, Umno pada hari ini juga tidak berhak untuk memiliki apa yang dikatakan “ketuanan Melayu” dan perjuangan Islam. KMM dan PKMM adalah pejuang bangsa Melayu dan agama Islam yang asal dan yang sebenarnya, di mana ianya cuba dinafikan oleh beberapa pemimpin Umno pada hari ini.

Umno yang ada pada hari ini hanyalah sebuah parti politik biasa yang diperkumpulkan oleh beberapa pemimpin yang berkepentingan tertentu di dalam memastikan kekayaan mereka yang di bawah naungan “perjuangan bangsa dan agama” akan senantiasa dikecapi secara berterusan, dengan kuasa dimonopoli oleh kegiatan politik wang mereka, ditambah pula dengan beberapa skandal-skandal seks serta jenayah yang berkemungkinan besar akan terbongkar di masa yang akan datang.

Translation

UMNO not an originator of the Malaysian independence

Translated by: Viktor Wong: Read here

We are very sure that most of us especially non-Malays were unnoticed by the ideological claim of the United Malays National Organization (UMNO) being the only political party who fought for the independence.

Wel, we would want to say that UMNO’s claim of being the originator of the Malaysian independence had since eroded following the publications of many memoirs and biographies of Malay political veterans of the Malayan Communist Party (MCP) like Rashid Maidin, Abdullah C.D., Abu Samah, Samsiah Fakeh and Kamarulzaman Teh who all fought for the independence as members of the MCP, a party which was founded decades before UMNO really came into existence.

Historical facts also firmly established and confirmed that there are two other Malay based political parties that were anti-colonial which had existed long before UMNO was founded. The two political parties were the Young Malays Union (KMM) and the Malayan Malays National Party (PKMM).

The historical facts of the existence of these two Malay based political parties cannot be suppressed, even though there were efforts by some leaders of UMNO who wanted to erase the roles played by these two parties and label them as pro-colonials instead.

After being exposed to be not the only Malay political party who fought for Malaysia’s independence, UMNO is now trapped by the validity of its own ideology of Malay Supremacy and the claim of being the true champion of Islam. The fact that is our people had realized that UMNO is merely a group of people who are preoccupied with immense power struggle from within, rampant money politics which is to be spiced up frequently with allegations of power abuses and sex scandals.

Historical facts had indeed shown that KMM, PKMM and even the MCP had earlier initiated the struggle for our nation’s independence thus making UMNO’s later claims to be irrelevant and invalid. UMNO is just another ordinary political party that sprung up after the actual independence struggle gained its momentum in 1946.

RELATED ARTICLE

Kesatuan Melayu Muda -KMM (Young Malays Union)

Read here for more

KMM was the first national political establishment in British Malaya. Ibrahim Yaacob played a huge role in founding the union in 1938 in Kuala Lumpur, then the capital of the Federated Malay States.

During the Battle of Malaya, KMM was one of many organizations that aided the Japanese. This pro-Japanese anti-British tendency made KMM very close to the Japanese force.

All of KMM members that were imprisoned by the British earlier were released by the Japanese during the occupation.

In January 1942, KMM requested the Japanese to grant Malaya the independence the Japanese had promised earlier.

This was the FIRST request for Malayan independence by a Malaya-wide political body. The request however was turned down.

No comments: