Thursday, 21 August 2008

The Politics of PROFESSOR "KANGKUNG" and the Future of UiTM Graduates

Read here on Tranungkite

Prof Kangkung....Gelapkan Masa Depan Grad UITM

by

"enamjahanam"

Note:

"Kangkung (ipomoea aquatica)is a semi-aquatic weed grown wild in ponds or waterways. Also referred to as Swamp Cabbage.

It has been officially designated by the USDA as a "Noxious Weed."

It is used in Malay and Chinese cuisine as a vegetable eg
"Kangkung fried with sambal belacan".

The Chinese believes that extensive consumption of Kangkung, makes the person WEAK and HOLLOW like the plant (the stem of a kangkung is hollow).

Read
here for more on Kangkung

(The analogy to the Kangkung in the heading of this article is, to say the least, interesting -
Malaysian Unplug)


Commentary on the demonstration by UiTM students opposing 10 % intake of NON-Bumi students



Quote:

Fikir-fikirkan, wahai budak UITM.

Kalau aku, aku keluar dari UITM sebab aku tau dah masa depan aku kurang cerah dibandingkan dengan masa depan grad dari universiti lain.

AIMS yang India punya, UNITAR yang Cina punya. Tak pulak depa hadkan kemasukan kepada bangsa depa saja. Depa tak pernah buat demo pun. Sebab mereka bertamadun dan mereka ada matlamat dan visi yang jelas.

UITM ada apa? Matlamat apa? Selain daripada matlamat politik oleh Prof Kangkung yang lepaih ni nak jadi orang politik.

Itulah bagaimana politik UMNO merosakkan rakyat jelata.

-"enamjahanam"



Berbalik kita kepada cerita tentang demo para pelajar UITM tentang isu 10 % kemasukan untuk bukan bumi ke UITM yang disarankan oleh MB selangor, Tan Sri Khalid.

Demo ini bersifat mencemuh kaum BUKAN Bumi yang juga rakyat Malaysia.

Kalau dulu waktu DSAI demo, dia demo untuk membela orang miskin yang ditinggalkan UMNO terutama di Baling yang sampai sekarang aku ingat lagi.

Dan memang pun ada berlaku kematian diBaling yang penduduknya hampir kebuluran akibat harga getah yang murah dan musim hujan pulak.

Dan memang ada kematian melibatkan penduduk akibat daripada makan ubi gadung. Ubi gadung ini sedap kalau pandai buat dan dimakan dengan pulut. Terliur pulak aku teringat ubi gadung tapi kalau tak pandai buat , kalau tak mati pun mau pening tiga hari. Kalahkan Samy Vellu minum todi.

Demo UiTM di Tuju Kepada Kaum Cina

Berbalik kepada demo yang RACIST ini.

Demo ini bersifat perkauman dan kaum yang dituju sangat ialah kaum Cina sudah tentunya. Ini kerana pelajar non bumi yang banyak masuk universiti ialah pelajar Cina dan keputusan mereka memang amat memberangsangkan.

Aku akui sendiri. Sewaktu aku belajar dulu, aku sentiasa bersaing dengan mereka, tetapi aku selalu kecundang. Mereka memang terkenal tekun dan berusaha bersungguh-sungguh. Tak macam sesetengah pelajar Melayu yang asyik dok tahan pungkoq saja, lepaih tu kena tendang. Sapa lagi kalau bukan si Saiful.

Nasib Grad UiTM Nanti ?

Baiklah, berbalik kepada nasib pelajar UITM yang grad nanti. Mereka akan menempuh alam pekerjaan yang tentunya BUKAN semua Melayu sahaja.

  • Adakah dengan mereka bersifat racist mereka tak mau kerja dengan BUKAN bumi ?

  • Atau pun mereka tak mau kerja dengan sesuatu syarikat yang didalamnya ada bukan bumi?

  • Ataupun mereka langsung tak mau meminta kerja di syarikat bukan bumi?

Kalau macam tu perangai payahlah.

Aku pun kalau harap nak angkut barang puak Melayu aje, mahu mampuih tak makan.

Lori kena juai, rumah kena juai, aku kena balik kampung tanam kangkung. Kangkung pun nak juai kat Cina jugak.

Muga-muga dapat satu macam "Misai Prof Kangkung".


"Professor Misai Kangkung"

Yang bantu aku untuk jalankan perniagaan kebanyakannya Cina sebab depa yang banyak kontek, depa yang banyak pengalaman dan depa yang banyak berniaga.

Kalau aku pun aku tak mau ambik lagi grad NON- bumi.

Mungkin bolehlah pi kerja jaga warung kopi. Tu pun yang makan kekadang bukan orang Melayu semua.

Grad UiTM Kerja Dengan Majikan Bukan-Bumi ?

Berbalik kepada majikan pula.

Adakah majikan nak ambil pekerja yang terkenal racist begini?

  • Kalau majikan Cina, for sure, dia tak mau.

  • Kalau majikan Melayu pun depa tolak sebab susah nak buat kerja dengan orang yang racist. Contoh kalau depa jadi drebar aku, aku suruh ambil barang Cina, depa tolak, aku nak buat macam mana. Daripada aku rugi lebih baik aku tendang pekerja yang racist ini.

Yang berdemo sikit saja tapi ia melambangkan KESULURUHAN penuntut UITM.

Nanti grad UITM aku khuatiri akan di senarai hitamkan oleh majikan. Payah nak cari kerejo ooi.

Kenalah hangpa pi minta kerja daripada PROF KANGKUNG yang otak bebal itu.

Jadi eloklah berhati-hati dalam kes yang melibatkan sentimen bangsa.

Bandingkan Institusi Bukan-Bumi dengan UiTM

AIMS yang India punya, UNITAR yang Cina punya. Tak pulak depa hadkan kemasukan kepada bangsa depa saja. Depa tak pernah buat demo pun.

Sebab mereka bertamadun dan mereka ada matlamat dan visi yang JELAS.

UITM ada apa? Matlamat apa?

Selain daripada matlamat politik oleh PROF. KANGKUNG yang lepaih ni nak jadi orang politik.
Itulah bagaimana politik UMNO merosakkan rakyat jelata.

Fikir-fikirkan wahai budak UITM.

Kalau aku ,aku keluar dari UITM sebab aku tau dah masa depan aku kurang cerah dibandingkan dengan masadepan grad dari universiti lain.

No comments: