Wednesday 14 April 2010

"KICKDEFELLA", Jangan Bermulut Busuk dan Berkurang Ajar, Pergi Buat Laporan Kepada SPRM (MACC)

Read here for more

Photobucket


Semenjak “KICK" (Kickdefella) ada tuan baru ni, habis diserangnya TGNA (Tok Guru Nik Aziz) . Walaupun dalam isu Arifahmi, saya bersependapat dengan beliau, tapi sejak akhir-akhir ini, tulisan beliau amat melampau.

Saya menahan diri saya menulis berkenaan beliau sebab dinasihatkan jangan melayan Kick sebab nanti akan menaikkan imej beliau.

Saya sengaja mendiamkan diri terhadap Kick walaupun pada mulanya saya telah menghidu bau yang sangat tengik dan busuk melalui artikel beliau yang memuji Zulkifli Noordin Al Kazzab. Agaknya sebab Kick dan Dzul ni dah masuk bakul yang sama, maka terpaksalah dia memuji sesama sendiri.

Namun,sekarang saya mencabar Kickdefella supaya MEMBUAT LAPORAN KEPADA SPRM di atas segala tuduhan beliau yang beliau katakana berlaku kronisma, nepotisma dan rasuah.

Dalam isu balak pun, saya mencabar Kickdefella untuk MELAPORKANNYA kepada SPRM bagi berlaku siasatan terperinci terhadap pemberian balak di seluruh Kelantan.

Kalau setakat dedah syarikat balak memberi sumbangan kepada PASTI Kelantan, apa masaalahnya? PASTI Kelantan adalah institusi yang banyak berjasa kepada rakyat Kelantan terutamanya yang miskin.

Bagi yang miskin, pendidikan pra sekolah yang mereka mampu tanggung hanyalah TADIKA KEMAS. Malangnya, Tadika Kemas adalah mempunyai kurikulum yang sekular dan tidak menjurus kepada pembinaan akhlak dan kefahaman Islam.

Maka, PAS menubuhkan PASTI bagi memberi pendidikan pra sekolah Islam yang murah harga yurannya supaya rakyat miskin di Kelantan dapat menghantar anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan pra sekolah berteraskan Islam.

Saya sendiri kalau menjadi MB akan MEWAJIBKAN semua syarikat yang mendapat konsesi balak untuk menyumbang kepada PASTI. Ini kerana ia menjamin kelangsungan dakwah, membantu orang miskin, memberi pendidikan pra sekolah yang sesuai dengan kemampuan orang miskin dan yang paling akhir menjadi saingan kepada kurikulum sekular Tadika KEMAS yang tidak membina minda Islam di kalangan kanak-kanak.

Jadi, kalau setakat sumbangan kepada PASTI si Kickdefella nak jadikan isu, saya nasihatkan Kickdefella, pegi main jauh-jauh.

BERIBU-RIBU keluarga miskin di Kelantan telah mendapat manfaat yang jelas dari sistem PASTI di Kelantan. Jangan lupa tu wahai Kick.

Lagi satu, seperti yang saya kata sebelum ini, kalau saya menerima hadiah kek dan pakej haji, saya pun tidak akan bertanya kepada pemberi hadiah berapa harga kek atau pakej haji yang hendak dihadiahkan kepada saya.

Itu namanya KURANG AJAR. Adab orang Melayu bila orang bagi hadiah kita terima dengan baik dan tidak menyoal berapa harga hadiah tersebut hatta sebiji gula-gula pun. Mungkin Kick ni orang Siam sebab adab orang Siam mungkin lain dari belah sini.

Saya juga nak tengok di mana Tok Guru Nik Aziz menyimpan wang hasil dari “rasuah balak” seperti yang cuba dilukis oleh Kickdefella. Saya jamin Tok Guru tak makan walau SEDUIT pun hasil balak tersebut.

Akhir kata, berenti lah melalak sana sini wahai Kick. Kalau kamu ada bukti, sila buat laporan SPRM dan biar mahkamah menentukannya.


Saya tahu sapa tuan baru si Kickdefella ni dan mengapa beliau berani menuduh Tok Guru sebagai menderhaka kepada Sultan.

Pelik tak dia boleh dapat surat menyurat yang berkaitan dengan Istana? Mana dia dapat ye?

-Tulang Besi

CABARAN LAGI SATU PADA KICKDEFELLA:
Sila beri justifikasi terhadap sokongan kamu kepada Zulkifli Noordin AL KAzzab dalam artikel kamu bertajuk Tahniah Zul, Takziah Rais

Kamu mengucap tahniah kepada seorang penipu bernama Zulkifli Noordin yang memperjuangkan Islam versi beliau.

Apa justifikasi kamu? Ataupun sebab kamu dan masuk satu kelab dengan si Zul Noordin tu?

Kamu nak jadi penipu macam Zul Noordin jugak ke?
- Tulang Besi

2 comments:

shark said...

KICK this kickdefella! A small man with big squeaking shoes. He's a trouble-maker everywhere he goes..

Anonymous said...

Tok Shieh Sepakpelle samo dengan mamak! Nok cagi make jage fitnah oghe ta berdosa.