Quote:
"Zaid itu manusia, kenapa digambarkan seolah-olah beliau seperti haiwan?Tak munasabah langsunglah!!.”
-Saorang Graduan Dentistry (Pakar Gigi)
PRK Hulu Selangor - UMNO banyak membantu Zaid
by
Aspan Alias
Setelah berulang alik keHulu Selangor dua tiga hari ini saya banyak mendapat pelajaran yang boleh memberi munafaat kepada diri saya sendiri dan pada sesiapa yang mahu belajar dari PRK ini.
Salah satu pelajaran yang saya dapati ialah mempelajari saikoloji manusia yang berpelajaran dikalangan orang Melayu dan juga bangsa-bangsa lain yang akan mengundi pada hujung minggu ini.
Tindakkan menyerang peribadi yang keterlaluan boleh memakan diri sendiri dan sebaliknya memberi banyak kebaikkan kepada pihak yang difitnah dan dihina.
Tindakkan pembantu-pembantu BN menyerang dengan tidak ada belas kasihan terhadap Datuk Zaid itu telah membuatkan ramai yang telah mengambil tindakkan akan mengundi beliau.
Saya sendiri yang mendapat panggilan talipon dari pemimpin cawangan UMNO yang saya kenali telah berjanji untuk memberikan undi kepada Zaid Ibrahim.
“Tak mungkin Datuk Zaid sehina yang digambarkan. Tak mungkin. Pihak BN telah melakukan penghinaan melampaui batasan kemanusiaan seolah-olah Zaid ini seekor anjing kurap ditepi jalan.” Kata seorang guru bersara.
Seorang lagi dari kaum cina yang saya kenali berkata, “dulu saya undi BN, tapi ini kali saya bagi Datuk Zaid. Saya sudah banyak benci dengan cara BN hantam D Zaid. Itu cakap memang tadak baik punya” Chin bercakap selamba sahaja.
Seorang kaum ibu pula berkata,
“Suami saya talipon dari Melaka yang dia akan bercuti hari Jumaat untuk buat kenduri, panggil saudara mara. Nak kempen untuk Datuk Zaid sikit.
Suami saya tidak pernah nak sokong pembangkang tetapi kali ini terpaksa berikan kepada Zaid kerana penghinaan terhadap beliau yang tidak ada batas kemanusiaan.”
Itulah yang saya dapati dari perbualan dengan beberapa orang pengundi tempatan.
Sesungguhnya untuk memahami saikoloji yang mudah ini, seseorang itu tidak payah keUniversiti untuk mempelajarinya.
Menuntut diUniversiti tidak menjamin seseorang itu boleh menggunakan pemikiran yang dianugerah tuhan itu. Malahan ramai penyokong BN ada sarjana muda, dan sarjana dari England, Australia atau pun New Zealand masih sanggup untuk menjadi pecacai kepada kempen buruk ini.
“Zaid itu manusia, kenapa digambarkan seolah-olah beliau seperti haiwan? Tak munasabah langsunglah!!.” Kata anak muda yang baru sahaja pulang dari mesir setelah tamat pengajian ‘dentistry’ itu.
Saya pun menjawab, “betullah tu!” sambil bersetuju bahawa kita tidak boleh menghina manusia yang juga datangnya dari Tuhan itu.
Seorang yang bekerja disalah sebuah jabatan Persekutuan dari Shah Alam pula berkata,
“Kalau nak menang pun jangan lah jadi pariah pula.. Nampak sangat tidak ‘classnya, dan saya tak mahu lah dapat dosa kering macam tu!.Macamlah kita ni tak pernah bersekolah dibuatnya”.
Tetapi apa yang jelas sikap memaki hamun dari pihak BN ini, menyebabkan kempen BN itu tidak membawa faedah kepada BN sendiri malah ianya memberikan kelebihan kepada Zaid Ibrahim.
Bagi Zaid penghinaan pihak UMNO ini memberikan beliau kelebihan.
Sesungguhnya UMNO lah yang memberikan dokongan kepada Zaid dari sudut hakikinya.
2 comments:
By Hook and by Crook- that's one of their(BN) dirty tactics. PTUI!!!
he is a hamba allah
and a ummat Muhammed
be reminded to all of us
Post a Comment