Tuesday 4 August 2009

UPDATED ! Utusan Malaysia's NOOR AZAM Refer MALAY Community as "Bangsa Yang Tolol dan Bacul"

Read here for more and here and here and here




Quote

"... Bangsa Melayu sudah menjadi bangsa yang tolol dan bacul. Benarlah bangsa Melayu yang memerintah sudah nak mati!

Apa yang dikehendaki oleh orang Cina, India dan PAS ketika ini ialah kuasa politik dan pentadbiran yang lebih besar.Maka kerana itu, kuasa politik Melayu yang dipegang oleh UMNO sejak merdeka mestilah dihapuskan.

Akhbar rasmi PAS , Harakah pada 5 Julai lalu menyiarkan tajuk besar
"Pakatan ganti BN" dengan berita megah: "Himpunan perdana perpaduan 100,000 anjuran pakatan rakyat (pembangkang) di Petaling Jaya, 30 Jun lalu menjadi saksi betapa gabungan Pas, Keadilan (PKR) dan DAP terus mantap dalam usaha meneraju perubahan dan seterusnya menggantikan BN."

Turut dipaparkan ialah foto pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang bersalaman amat erat dengan Abdul Hadi Awang .

Bagi Nik Abdul Aziz, musuh yang berkekalan sehingga kiamat adalah "UMNO yang kafir". PAS sanggup memeluk Kit Siang. Juga kerana hendak mendapat kuasa memerintah. Demokrasi dan Islam hanya alat kempen sahaja.

Apakah tindakan politik yang perlu kita buat sekarang? Demonstrasi atau laporan polis lagi?
..."
-NOOR AZAM dalam rencana Utusan Malaysia



Article written by journalist Noor Azam
in UMNO-owned Utusan Malaysia

The Umno-owned Malay daily Utusan Malaysia published a comment piece by journalist Noor Azam on page 10 of under the heading 'Melayu jangan jadi bacul' (Malays, don't be cowards). (Read HERE full article by Noor Azam or read BELOW)
" The Malay race has become a race of stupid cowards, and people who are cowards will die before even their deaths.

Strangely there are many Malay-Muslims who are also expressing hatred for the powers held by their own race.

What the Chinese, Indians and PAS want now is greater political and administrative powers. Not justice and democracy. In view of this, the Malay political power held by Umno since independence must be destroyed. This can be achieved when PAS and Anwar Ibrahim support DAP. Witness what has happened in Penang, Perak and Selangor. The Malay special rights and the NEP is no more.

The attacks and the hatred shown by the opposition and Chinese and Indian political activists towards the Malays has worsened. They are purposely showing their bravery and rude actions. Except they have not started marching and unzipping their trousers as they did during the May 13 tragedy.

The Malays have become a race of cowards by not reacting to the Chinese and Indians. "

-Noor Azam in Utusan Malaysia (4 hb Ogos 2009)
Noor Azam , who penned the article, slammed PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and other Malay leaders in Pakatan Rakyat (PR) for allegedly allowing themselves to be used by DAP leaders to achieve its agenda.

He also called Malay leaders cowards for not reacting to to the demands made by the non-Malays, by choosing only to issue press statements or to make police reports.

Noor Azam that Malay leaders should do more than just lodge police reports or make press statements in response to perceived challenges from non-Malays to the political and administrative powers held by the Malay community.

PAS central committee member, Dr Hatta Ramli told The Malaysian Insider in an immediate reaction to the scare-mongering piece written by Noor Azam:
“I think it's an article which shows the severe desperation of Umno apologists.

I don't think Malays will be influenced by such racist articles which are intended to split the unity of the Malaysian people.

The three main parties in BN are trying to create opportunities for their own leadership, not create a prosperous Malaysia for all Malaysians. That's why the people are angry at them.

It is unwise and it is dangerous to classify the institutions (police, military and courts) as Malay. Any criticism to these institutions will then be taken as a challenge to the Malay position, which is a lop-sided view and may have been the wrong strategy used in the past to get bigger support.

That's the whole problem. It's as if they are all Malay racial institutions when they are actually Malaysian institutions upheld by everyone .

Even if the institutions were presently staffed more by the Malays than Chinese or Indian, it is all preferential; these people want to be there.”
Dr Hatta assured the Malay community that all their rights and privileges would be protected under PR leadership.

Umno supreme council member Datuk Saifuddin Abdullah said today the article published in Utusan Malaysia calling the Malays “cowards” will not help the party’s efforts in bringing PAS closer to the Malay nationalist party. He said
" Many among the Malays want to see Umno and PAS work together, so articles such as this one is not appropriate at a time when attempts are made to start a negotiation between Umno and PAS,” said the deputy higher education minister.

I am very concern with the writer’s conclusion at the end of his article, if the other side does something wrong, do we have to do the same?

I hope there won’t be anymore articles like this."
Lim Kit Siang accused Utusan and another Umno-owned daily Berita Harian of being "totally subversive" of Prime Minister Najib Abdul Razak's 1Malaysia slogan.

He said,
"Utusan has come out with an article which spouts unabashed rank racism, incitement and sedition.

If any Chinese or Tamil newspaper had published an article of the same nature with rank Chinese or Tamil racism, the situation would be very different. There can be no doubt that not only the writer would have been instantly arrested by the police and charged for racist incitement and sedition but the newspaper concerned would have been banned immediately.

Is the BN government having one law for Utusan and Berita Harian while another law for Chinese and Tamil media publications?

Key Performance Index (KPI) Minister Koh Tsu Koon should ask the cabinet to set clear indicators for the 1Malaysia concept – in taking stern action against media which incite racism and communalism regardless of what variety. Otherwise, what is the use of having KPIs?"
DAP's Tony Pua said the Attorney General should review the “racist and more important than that, seditious which really threatens the security of the country.

Pua claimed that Penang Malays had benefitted the most out of all the three main races after Lim Guan Eng's administration ran a programme to give families hit by hardcore poverty a monthly allowance.

He said,
“We're the first state to implement kafa allowances for religious teachers. This shows that it does not take a Malay government to benefit Malays.

If Pakatan comes to power, the chief posts may be given to non-Malays. But such posts are not the monopoly of any one race, not in our Constitution. the DAP is not challenging” the special rights of the Malays, and especially not the royal institution."

COMMENTARY

Siapa Bacul?
by

"The Aisehman"

Read here for more

Melayu bacul, kata Utusan Malaysia.

Cina dan India, lebih-lebih lagi Cina, dah melampau, kata Utusan.

Diorang ni nak rampas kuasa Melayu, kata Utusan.

Melayu bacul sebab tak lawan Cina dan India yang dah melampau, kata Utusan.

Tapi yang paling tolol, paling bacul sekali ialah “orang Melayu-Islam yang ikut benci kepada kuasa bangsa sendiri”, kata Utusan.

Aku Melayu.Tapi aku tak bacul.

Aku nak rampas kuasa dari Melayu UMNO.

Bukan aku tak nak rampas kuasa dari Cina atau India.

Tapi maklum la kan, Cina dengan India mana ada kuasa? Buat apa buang masa lawan orang yang tak ada kuasa?

Jadi aku lawan Melayu UMNO.

Melayu rampas kuasa Melayu okay kan, Utusan?

Okay la tu. Melayu tetap lagi tuan sebab kuasa tu tak ke mana melainkan ke tangan Melayu jugak.

Macam jugak Melayu UMNO cuba nak rampas kuasa Melayu PAS di Kelantan.

Dah bertahun lama cubaan rampasan kuasa ni.

Dan macam jugak cubaan-cubaan rampasan kuasa di Kedah dan Selangor oleh Melayu UMNO yang sedang berjalan “lancar” sekarang ni.

Dalam cubaan-cubaan rampasan kuasa tersebut, Melayu UMNO “berpakat” dengan sekutu Cina dan India mereka.

Pada dasarnya, tidak ada bezanya cubaan rampasan kuasa Melayu UMNO ini dengan cubaan rampasan kuasa Melayu Pakatan Rakyat di peringkat persekutuan.

Melainkan satu perbezaan yang amat penting.

Melayu Pakatan Rakyat menganggap Cina dan India Pakatan Rakyat sebagai rakankongsi.

Tapi Melayu UMNO menganggap sekutu Cina dan India mereka sebagai rakan tunggangan. Bukan apa, itulah manifestasi prinsip serta asas perjuangan Ketuanan Melayu. Dibawah fahaman ini, Cina dan India cuma tunggangan. Habis kuat pun, rakyat kelas dua.

Fahaman Ketuanan Melayu ni sebenarnya BUKANLAH fahaman berasaskan Perlembagaan. Perlembagaan adalah sumber tapi bukan asas fahaman ini.

Contohnya, TIDAK ada di dalam Perlembagaan yang mengatakan bahawa “Datuk Bandar dan pegawai-pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah Jabatan, pegawai-pegawai kanan dan Pegawai Daerah, pegawai kanan dalam pasukan polis dan angkatan tentera” semestinya SEMUA Melayu.

Malah, Artikel 153 Perlembagaan hanya menuntut Yang diPertuan Agong,

” … to ensure the reservation for Malays and natives of any of the States of Sabah and Sarawak of such proportion as he may deem reasonable of positions in the public service”.

Sebahagian yang munasabah, bukan semua.

Apa salahnya kalau jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur, atau Ketua Setiausaha Negara, atau Pegawai Daerah dipegang oleh Cina atau India yang layak?

Semuanya akan dianggap salah jika kita “beriman” dengan fahaman Ketuanan Melayu seperti Melayu UMNO.

-"The Aisehman"


Umno penjajah dan pemusnah Melayu


by

"Penarik Beca"

Read here for more

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan rencana bertajuk "Melayu jangan jadi bacul". Malaysiakini menyiarkan berita bertajuk "'Malays, don't be cowards': Utusan strikes again" mengenai rencana itu. Ulasan-ulasan di sini dan di sini.

Satu lagi percubaan akhbar bongok bangsa Umno untuk mengelirukan orang-orang Melayu Islam.

Akhbar bangsa Umno dan penulis bangsa Umno itu cuba menutup hakikat bahawa yang sebenarnya bacul ialah bangsa Umno.

Bangsa Umno fikir orang-orang Melayu Islam lupa bagaimana kerana kebaculan mereka, bangsa Umno telah mencincang-cincang kerusi Melayu dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ketika itu, bangsa Umno takut menghadapi orang-orang Melayu Islam yang menolak mereka. Dalam pilihan raya 1999, 65 peratus orang-orang Melayu Islam dengan beraninya menolak penjajahan bangsa Umno ketika bangsa pemangsa orang-orang Melayu itu mendabik dada bahawa hanya mereka sahaja yang tahu memerintah negara ini.

Ketika itu, bangsa Umno mendakwa bahawa tindakan menukar kerajaan dan kepimpinan negara tidak baik untuk negara ini. Biar mereka sahaja yang memerintah. Mereka fikir orang-orang Melayu Islam buta. Di Thailand, nama perdana menterinya belum sempat kita ingati, tiba-tiba sudah bertukar perdana menteri yang lain. Begitu juga di Jepun.

Adakah Malaysia lebih maju dari Thailand dan Jepun? Adakah rakyat Malaysia lebih makmur dari rakyat Thailnad dan Jepun?

Cukup saya beri satu contoh sahaja bagaimana bangsa Umno menipu dan cuba memperbodoh-bodohkan orang-orang Melayu Islam.

Kerana sifat baculnya untuk berhadapan dengan orang-orang Melayu Islam, bangsa Umno telah mencincang-cincang kawasan-kawasan pilihan raya majoriti Melayu.

Hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 itu, selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004, kerusi Parlimen bertambah dari 194 kerusi kepada 219 kerusi. Tetapi bangsa Umno telah mencincang kerusi Melayu sehingga tinggal 54.33 peratus sahaja kerusi Melayu.

Itupun, 112 kerusi majoriti Melayu dijajah oleh bangsa Umno dan rakan-rakannya. Hanya tujuh kerusi sahaja dapat dipertahankan oleh orang-orang Melayu Islam dari dijajah oleh bangsa Umno dan juak-juaknya.

Mengapa kerusi Melayu Islam susut? Kita ambil contoh kawasan Parlimen Baling. Jumlah pengundinya ialah 79,102 orang.

Jika diambil kira jumlah pengundi kawasan Lenggong (23,223 pengundi), Padang Rengas (24,397 pengundi), Gerik (26,227 pengundi) dan Simpang Renggam (34,859 pengundi), kawasan parlimen Baling sepatutnya boleh dipecahkan kepada dua kawasan Parlimen.

Ahli Parlimen Gerik kini ialah Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe manakala Ahli Parlimen Simpang Renggam (54.51 Melayu) ialah Naib Ketua Pemuda Gerakan, Liang Teck Meng.

Dalam persempadanan semula 2003 itu, bangsa Umno sengaja membesarkan lagi kerusi Parlimen Baling dengan menambahkan kawasan-kawasan di sekitar Kuala Ketil.

Jumlah kerusi Melayu Islam ditekan-tekan supaya berkurangan dan lebih ramai pengundi Melayu Islam disumbatkan dalam satu kawasan.

Contohnya, di Tumpat (92.16 peratus Melayu) jumlah pengundinya 80,072 orang, di Marang (97.55 peratus Melayu) jumlah pengundinya 74,813 orang. Sila baca posting perli saya bertajuk "Umno Pembela Melayu (3)".

Cukup satu perkara dulu. Belum lagi dibicarakan soal tanah rezab Melayu dan lain-lain penganiayaan, kezaliman dan kekejaman bangsa Umno terhadap orang-orang Melayu Islam.

Bangsa Melayu tidak bacul. Kami sedang menyeru mereka memerdekakan diri mereka dari penjajahan bangsa Umno. Tidak ada dua jalan untuk meningkatkan martabat bangsa Melayu Islam melainkan dengan menghambat bangsa Umno dari kekuasaan dan penjajahan mereka ke atas kita.

Dan posting kali ini, saya tidak mahu menggunakan ayat perli lagi seperti kata-kata "Umno pembela Melayu".

Umno hakikatnya penjajah dan pemusnah Melayu!
-"Penarik Beca"


Bukti Pembohongan Dakwaan UMNO Memperjuangkan Islam: Isu Pengagihan Zakat Pada Bukan Islam


by

"Tulang Besi"

Read here for more

Saya cuma nak bagi satu contoh kebodohan UMNO di dalam memperjuangkan Islam.

Hakikat yang sebenarnya adalah UMNO sendiri menolak Islam. Hasilnya, Islam yang mereka dakwa memperjuangkannya sebenarnya adalah ”gimik” politik untuk memperdaya orang Melayu dan Islam bagi menyokong mereka.

Antara yang jatuh dalam gaung dan lubang UMNO ini adalah puak2 fraksi UMNO sendiri di kalangan pimpinan PAS. Saya tak tahu bagaimana boleh ada pemimpin2 PAS yang mudah ditipu oleh UMNO.

Contoh yang saya nak bawa adalah cadangan mengagihkan zakat kepada orang bukan Islam di Selangor. Cadangan itu asalnya dari YB Kota Damansara, Dr Nasir. Kebetulan rumah saya dalam kawasan YB Dr Nasir ini.

Saya mendapat maklumat, orang-orang UMNO di kawasan beliau telah mengadakan demonstrasi secara spontan membantah cadangan Dr Nasir tersebut. Orang-orang UMNO ini dengan begitu lantang menentang cadangan ini sebagai manifestasi komitmen mereka kepada perjuangan Islam.

Malangnya, amalan memberi wang zakat kepada orang bukan Islam ini dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri sewaktu di Mekah dan Madinah.Memprotes cadangan Dr Nasir ini adalah seperti menempelak Nabi SAW kerana sewaktu Nabi SAW hidup, Baginda telah mengagih-agihkan zakat kepada orang bukan Islam yang termasuk orang-orang musyrik yang menyembah berhala.

Malahan, polisi ini diteruskan oleh Saidina Abu Bakar sendiri sewaktu Saidina Abu Bakar menjadi Khalifah.

Kalaulah zakat telah diberi kepada orang bukan Islam, terutama orang India estet yang jelas miskin, sejak 40 tahun dahulu sekarang ini jumlah orang Islam di Selangor mungkin sudah mencecah 60-70%. Tapi, sebab zakat dijaga oleh Nasionalis Sekular seperti UMNO, maka perkara itu tidak berlaku.

Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, dan bukannya hak UMNO.

UMNO jangan bersandiwara dan berhenti menuduh PAS dikawal oleh DAP. Hakikatnya, UMNO dikawal tokeh2 judi, arak dan kabaret.

Jelaslah kepada kita bahawa UMNO bergantung kepada isu-isu sensitif dan sensasi ini untuk menggambarkan kepada umum bahawa mereka juga memperjuangkan Islam.

Walhal, sewaktu Dr Nasir membuat cadangan ini, pemimpin mereka, Dato Najib Tun Razak baru sahaja meluluskan 10 lesen ”Special Draw” kepada 3 syarikat Judi terbesar di Malaysia, yakni Sports Toto, Magnum dan lagi satu saya tak ingat.

Takda pulak kita tengok orang2 UMNO ni keluar berdemo bila pimpinan mereka berselingkuh dan bersekedudukan dengan tokeh2 judi dan arak ni pula ye?

Saya nak cadangkan Pemuda UMNO menubuhkan Briged Calrsberg dan Putri UMNO menubuhkan ”Skuad Magnum” bagi mengisytiharkan komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi kepada tokeh2 judi, arak dan kabaret di Malaysia ini.

Saya mencadangkan Pemuda UMNO dan Putri UMNO mengadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih mereka di Zouk dan Hard Rock Cafe bagi memuliakan tokeh2 kabaret yang menjadi kawan UMNO yang sejati.

Sedarlah wahai rakyat Malaysia dan ahli2 PAS sekelian. Jangan lah percaya kata-kata manis UMNO kononnya mereka mahu memperjuangkan Islam. Sejak bila pulak puak2 ni nak perjuangkan Islam sedangkan mereka berselingkuh dengan tokeh2 judi, arak dan kabaret?

Yang saya sedih, ada ahli dan pimpinan PAS boleh terpedaya dengan kata-kata kosong UMNO ini sampai sanggup nak bawak PAS bekerjasama dengan UMNO/BN.

Kalau jadilah PAS tubuh kerajaan campuran dengan BN, alamat Presiden PAS nanti terpaksa membaca doa selamat apabila ada kedai2 judi yang baru dibuka.

Alhamdulillah ada Tok Guru Nik Aziz yang bijak dan pandai. Dan usaha tersebut telah gagal.
-"Tulang Besi"


Related Article



Read here article in UMNO-owned Utusan Malaysia

Melayu Jangan Jadi Bacul

APA yang dikehendaki oleh orang Cina, India dan Pas ketika ini ialah kuasa politik dan pentadbiran yang lebih besar. Bukannya keadilan dan demokrasi. Maka kerana itu, kuasa politik Melayu yang dipegang oleh UMNO sejak merdeka mestilah dihapuskan. Ini boleh dicapai apabila Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong DAP.

Saya mulai dengan imbas kembali beberapa tajuk besar muka depan Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia:

1. "Ketuanan Melayu Tercabar" - 13 April 2008.

2. "Henti Guris Melayu - Peringatan Sultan Azlan Shah kepada semua pihak" - 6 November 2008.

3. "Jangan Persoal - Ketuanan Melayu bukan jenaka yang boleh dipermainkan" - reaksi beberapa menteri kanan UMNO terhadap kenyataan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek - 30 November 2008.

4. "Bangkitlah Melayu - Bersatu hadapi tuntutan kaum lain yang makin keterlaluan" - 15 April 2009.

5. "Peringatan Sultan Azlan - Tindakan cemar institusi raja seperti menyalakan api dalam sekam" - 20 April 2009.

6. "Jangan Melampau - Pakatan pembangkang didesak hentikan tuduhan terhadap SPRM" - 20 Julai 2009.

Banyak lagi seruan dan desakan - dalam bentuk berita, komentar Awang Selamat dan pelbagai bentuk tulisan yang sangat keras dan tajam.

Semuanya merangsang bangsa Melayu bertindak mempertahankan maruah dan keutuhan bangsa.

Orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kumpulan Utusan Melayu yang selama ini sangat bersabar dan sentiasa sangat berhati-hati menjaga hati orang Cina dan India, sudah tidak boleh tahan lagi.

Kata Awang Selamat, "Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas PRU Ke-12."

Akan tetapi semua seruan dan amaran hanya tinggal dalam lipatan akhbar Utusan Malaysia sahaja. Orang Melayu tidak bangunbangun juga.

Pertubuhan Melayu - yang lama dan baru - hanya sekadar mengeluarkan kenyataan marah-marah dan membuat laporan polis sahaja.

GAPENA yang menganjurkan Kongres Perpaduan Melayu yang sangat besar dan penuh bersemanga pun, sampai sekarang tidak nampak sebarang tindakan.

Pemimpin UMNO, termasuk Pemuda pun sekadar mengeluarkan kenyataan dan amaran sahaja.

Serangan dan penghinaan pembangkang dan aktivis politik Cina dan India terhadap Melayu semakin menjadi-jadi. Mereka sengaja menunjukkan keberanian dan tindakan kurang ajar. Cuma mereka belum berarak dan membuka butang seluar seperti sewaktu Tragedi 13 Mei.

Melayu kini sudah jadi bangsa yang takut bertindak. Sultan dan Raja Muda Perak telah melangkah tradisi diraja, tampil ke muka menyampaikan beberapa titah yang sangat berani, tegas dan terus terang.

Memberi amaran kepada Melayu-Islam akan situasi politik kita yang sangat kritikal dan masa depan yang gelap.

Sultan Selangor dan Tengku Mahkota Kelantan menyertai tindakan Sultan dan Raja Muda Perak itu.

Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan "Kenyataan Akhbar Khas". Suatu amaran keras, yang belum pernah dibuat sebelum ini (Utusan Melayu, 17 Oktober 2008). Tetapi tiada apa-apa tindakan susulan. Maka kita pun jadi lupa.

Benarlah seperti peringatan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung UMNO beberapa tahun lalu: "Orang Melayu mudah lupa". Penglibatan istana ini menunjukkan kemelut politik di negara kita sudah sangat serius. Memerlukan tindakan segera. Bukan hanya retorik kata-kata.

Situasi politik yang tergambar dalam imbasan akhbar inilah, saya rasa, membuat Dr. Mahathir pun tidak boleh tahan lagi.

Lalu dalam blognya pada 20 Julai lalu, beliau menyiarkan tulisan "Kaki Dalam Kasut". Artikel itu diserang oleh aktivis dan pejuang politik pembangkang Cina dan India sebagai suatu pemikiran yang rasis.

Tidak pelik beliau dituduh rasis. Meski pun Dr. Mahathir hanya menyatakan fakta-fakta sejarah yang benar.

Tuduhan rasis kepada pemimpin Melayu adalah salah satu senjata politik parti pembangkang yang amat berkesan untuk membunuh kuasa politik Melayu, yang sejak merdeka di tangan UMNO.

Apakah sebenarnya cita-cita orang Cina dan India - khususnya DAP yang disokong kuat oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Malah mereka turut mendapat sokongan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anwar sendiri.

Kumpulan ini berdemonstrasi dan memekik-mekik menuntut 'hak, keadilan dan demokrasi'.

Berpuluh-puluh tahun Anwar memegang kuasa besar dan menjalani kehidupan amat mewah dan berpengaruh dalam BN. Ketika itu tidak pernah pun beliau mempersoalkan hak, keadilan dan demokrasi.

Malah beliau menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan. Ini baru beberapa tahun lalu. Tentu Anwar belum lupa.

Akhbar rasmi Pas, Harakah pada 5 Julai lalu menyiarkan tajuk besar "Pakatan ganti BN" dengan berita megah:

"Himpunan perdana perpaduan 100,000 anjuran pakatan rakyat (pembangkang) di Petaling Jaya, 30 Jun lalu menjadi saksi betapa gabungan Pas, Keadilan (PKR) dan DAP terus mantap dalam usaha meneraju perubahan dan seterusnya menggantikan BN."

Turut dipaparkan ialah foto pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang bersalaman amat erat dengan Abdul Hadi sambil diperhatikan dengan penuh teruja dan megah oleh rakan lama saya, Anwar Ibrahim.

Memang patut benar dimegahkan kerana Anwar yakin tidak lama lagi beliau akan menjadi Perdana Menteri. Musuh lamanya dalam politik lama, sudah dipeluk erat dan mesra.

Bagi Nik Abdul Aziz, musuh yang berkekalan sehingga kiamat adalah "UMNO yang kafir".

DAP dan Kit Siang tidak kafir! Pas sanggup memeluk Kit Siang. Juga kerana hendak mendapat kuasa memerintah. Demokrasi dan Islam hanya alat kempen sahaja. Siapakah yang munafik?

Menjadi parti pemerintah adalah hak semua parti yang menang pilihan raya. Berdasarkan jumlah calon Cina dan India dari pakatan pembangkang yang menang pada PRU 12 kita sudah dapat melihat betapa besar kuasa politik yang boleh mereka capai.

Buktinya jelas di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Dan apabila mereka berkuasa dan meminda Perlembagaan supaya Wilayah Persekutuan juga mengadakan pilihan raya, pastilah mereka akan memerintah ibu negara kita.

Datuk Bandar dan pegawai-pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti yang ada sekarang akan bertukar tangan.

Berdasarkan jumlah calon bukan Melayu yang akan menang pada PRU 13 nanti, sudah dapat dibayangkan berapa kementerian penting yang akan mereka pegang.

Siapa akan jadi Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah Jabatan, pegawai-pegawai kanan dan Pegawai Daerah. Siapakah akan jadi pegawai kanan dalam pasukan polis dan angkatan tentera.

Saksikan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Hak Istimewa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru pun tidak akan ada lagi.

Strategi yang mereka pergunakan sekarang sudah nyata berjaya. Terus menyemarakkan isu rasis untuk menimbulkan "kemarahan dan kebencian" rakyat kepada apa juga kuasa yang ada kepada orang Melayu, termasuk kuasa mahkamah, polis dan tentera. Dan kuasa Raja-Raja Melayu.

Oleh itu, apa pun yang telah dan akan dilakukan oleh kerajaan BN sukar sekali mengatasi "kemarahan dan kebencian" yang terus mereka bakar setiap hari. Mereka menggunakan kesempatan daripada apa juga isu, termasuk isu orang mati.

Anehnya ramai juga orang Melayu-Islam yang ikut benci kepada kuasa bangsa sendiri. Bangsa Melayu sudah menjadi bangsa yang tolol dan bacul. Dan "orang yang bacul, akan mati sebelum mati".

Walaupun bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberikan hak milik tanah selama 999 tahun kepada kaum Cina, ramai juga orang Melayu mengundi beliau pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.

Abdul Hadi pula berikrar "akan terus mengukuhkan pakatan pembangkang".

Benarlah bangsa Melayu yang memerintah sudah nak mati!

Dan SAYA ingin bertanya Anwar Ibrahim:

"Di manakah nanti duduknya kuasa politik Melayu dalam kerajaan pakatan pembangkang?"

Dalam artikel "Kaki Dalam Kasut", Dr. Mahathir mengingatkan:

"Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan Tanah Melayu digugur dan cantuman negeri-negeri ini dinamakan Malaysia.

Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri dan orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar."

Apakah tindakan politik yang perlu kita buat sekarang? Demonstrasi atau laporan polis lagi?

No comments: