Quote
"... How would YOU (Muslims) feel if the proposal to build a mosque in a non-Muslim area - which is already happening - leads a group of non-Muslims to burn and stomp on the Quran?
Would not the Malays rise with anger?
If yes, then parading with a cow's head is just as insulting?"
-Khairy Jamaluddin,
UMNO Youth Chief
What If Non-Muslims Burn the Quran over a Mosque?
Umno Youth chief Khairy Jamaluddin has strongly condemned the protest against the relocation of a Hindu temple where angry residents paraded a severed cow's head this afternoon.
Khairy warned that such emotional acts could jeopardise peace in the country.
Calling on the protesters to reflect on their action, he asked:
"How would you feel if the proposal to build a mosque in a non-Muslim area - which is already happening - leads a group of non-Muslims to burn and stomp on the Quran?"He said although a memorandum submitted earlier by the residents might have failed to change the state government's stand on the issue, it was not an excuse to demonstrate in such an insulting manner as if this was an uncivilised country.
Would not the Malays rise with anger? If yes, then parading with a cow's head is just as insulting?
This act is surely to anger the Hindus .
If the residents were dissatisfied with the proposal to build a temple in their area, they should have used the existing channels to air their grouses.
I believe this is not an action condoned by Islam, a religion which espouses humility and respect for other religions.
Where is the spirit of 1Malaysia, especially among the Malay Muslims who are the majority in this country. I pray that this incident does not lead to anything more serious."
I would rise to defend the dignity of Islam if the religion is belittled, (and) I will also voice out if other religions are insulted."
The Umno Youth leader added that he was saddened that the protest was done in the name of Malay non-governmental organisations and after Friday prayers in the month of Ramadhan.
Demo di Shah Alam
by
Khairy Jamaluddin
Ketua Pemuda UMNO
Read here for more on Khairy's Blog
Saya selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional mengutuk sekeras-kerasnya demonstrasi membantah cadangan membina kuil Hindu dekat Seksyen 23, Shah Alam, petang tadi di mana kepala lembu diperarakkan ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Tindakan ini tidak langsung menyerlahkan sensitiviti dan penghormatan wajar terhadap agama dan kepercayaan orang lain yang perlu demi keharmonian antara kaum.
Sebaliknya, tindakan emosional dan menghina sebeginilah yang boleh membawa kemudaratan kepada keamanan negara.
Yang menyedihkan bagi saya adalah demonstrasi ini diadakan atas nama NGO-NGO Melayu selepas solat Jumaat di bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Saya percaya ini bukanlah tindakan yang diterima di sisi Islam, agama yang memuliakan kesederhanaan dan menghormati kepercayaan orang lain.
Tindakan ini sudah tentu akan mengakibatkan kemarahan orang Hindu dan rakyat Malaysia amnya.
Orang Melayu Islam yang menganjur dan terlibat dengan demonstrasi ini sepatutnya fikir sejenak, apa perasaan mereka jika cadangan membina masjid di kawasan bukan Melayu – yang memang pun berlaku – membawa kepada golongan bukan Melayu membakar dan memijak Al-Quran?
Tidakkah orang Melayu akan bangkit dengan kemarahan membara? Jika ya, tidakkah perarakan kepala lembu yang dipenggal itu tidak serupa hina?
Di manakah semangat 1Malaysia yang wajar dipraktikkan terutamanya oleh orang Melayu Islam sebagai golongan majoriti negara ini? Saya mendoakan agar kelakuan petang tadi tidak akan membawa kepada sebarang insiden yang lebih serius.

Sekiranya mereka yang melakukan perarakan ini tidak senang dengan cadangan pembinaan kuil di kawasan perumahan mereka pun, mereka sepatutnya menggunakan saluran yang sedia ada untuk meluahkan ketidakpuashatian sejajar dengan semangat sivik atau kemasyarakatan.
Saya sedar bahawa memorandum membantah cadangan tersebut yang dihantar oleh Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga barangkali tidak mengubah keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk meneruskan rancangannya membina kuil tersebut, berdasarkan kenyataan YAB Menteri Besar.
Namun, ini bukan satu alasan untuk wakil-wakil penduduk berdemonstrasi dengan cara menghina seolah-olah negara kita tidak bertamadun.
Kalaupun kemahuan mereka tidak tercapai, sensitiviti terhadap agama dan kaum lain tidak boleh sekali-kali diketepikan.
Saya sedar bahawa memorandum membantah cadangan tersebut yang dihantar oleh Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Kuil Seksyen 23 kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga barangkali tidak mengubah keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk meneruskan rancangannya membina kuil tersebut, berdasarkan kenyataan YAB Menteri Besar.
Namun, ini bukan satu alasan untuk wakil-wakil penduduk berdemonstrasi dengan cara menghina seolah-olah negara kita tidak bertamadun.
Kalaupun kemahuan mereka tidak tercapai, sensitiviti terhadap agama dan kaum lain tidak boleh sekali-kali diketepikan.
Yang menyedihkan bagi saya adalah demonstrasi ini diadakan atas nama NGO-NGO Melayu selepas solat Jumaat di bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Saya percaya ini bukanlah tindakan yang diterima di sisi Islam, agama yang memuliakan kesederhanaan dan menghormati kepercayaan orang lain.
Tindakan ini sudah tentu akan mengakibatkan kemarahan orang Hindu dan rakyat Malaysia amnya.
Orang Melayu Islam yang menganjur dan terlibat dengan demonstrasi ini sepatutnya fikir sejenak, apa perasaan mereka jika cadangan membina masjid di kawasan bukan Melayu – yang memang pun berlaku – membawa kepada golongan bukan Melayu membakar dan memijak Al-Quran?
Tidakkah orang Melayu akan bangkit dengan kemarahan membara? Jika ya, tidakkah perarakan kepala lembu yang dipenggal itu tidak serupa hina?
Di manakah semangat 1Malaysia yang wajar dipraktikkan terutamanya oleh orang Melayu Islam sebagai golongan majoriti negara ini? Saya mendoakan agar kelakuan petang tadi tidak akan membawa kepada sebarang insiden yang lebih serius.
Jika ada yang menganggap agama Islam dihina atau diperlekehkan sepertimana yang berlaku dengan isu jualan arak di negeri Selangor baru-baru ini, saya akan bangkit mempertahankan maruah agama Islam.
Tetapi saya juga akan bersuara sekiranya agama lain dihina. Islam mengajar kita untuk mengenali dan membuat baik dengan bangsa lain, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13:
Kepada umat Islam, marilah sama-sama kita menghayati ajaran agama yang sebenar.
Janganlah kita mencemari bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dengan tindakan dan perbuatan yang menghina orang lain.
Salah tetap salah. Benar tetap benar. Wallahualam.
- Khairy Jamaluddin
Tetapi saya juga akan bersuara sekiranya agama lain dihina. Islam mengajar kita untuk mengenali dan membuat baik dengan bangsa lain, sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujarat, ayat 13:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal."Dan surah Al-Kafirun, ayat 6:
"Untuk kamu agamakamu, untuk aku agama aku".Maka budaya menerima kepelbagaian agama ini termaktub dalam kitab suci Al-Quran.
Kepada umat Islam, marilah sama-sama kita menghayati ajaran agama yang sebenar.
Janganlah kita mencemari bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dengan tindakan dan perbuatan yang menghina orang lain.
Salah tetap salah. Benar tetap benar. Wallahualam.
- Khairy Jamaluddin
Related Article
Here is Another ISLAMIC LEADER SCUMBAG in the making
This Islamic Clergy (Mufti) from Perak Playing the Divisive RACE card Against Non-Malays
Lucut kerakyatan hina raja
Read in Utusan Malaysia
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.
Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara.
Katanya kepada Utusan Malaysia hari ini:
“Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.Beliau mengulas kemarahan orang Melayu terhadap kandungan satu blog baru-baru ini menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau.
“Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya.
Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk pertahankan agama daripada dihina, bukan melakukannya kerana kepentingan diri.
Pada masa yang sama, Islam juga tidak membenarkan umatnya menghina agama lain kerana perbuatan saling menghina itu hanya akan menyebabkan berlaku suasana tidak tenteram.”
Sebelum itu pelbagai pihak turut mengkritik tindakan Exco DAP negeri Selangor, Ronnie Liu yang campur tangan dan mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah Alam dan tindakan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis.
Menurut Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agamanya daripada dihina oleh mana-mana pihak dan tidak seharusnya menyokong penghinaan itu dengan apa sahaja alasan.
1 comment:
DISGUSTING & MALU !!!!!!!!!!!
Post a Comment