Monday 17 March 2008

Selangor MB Tan Sri Khalid: "Implementation of NEP by UMNO Discriminates BOTH Non-Malays AND Malays"

Read here article by Nyza Ayob in Harakah Daily

"DEB disalahguna, diselewengkan"

by

Nyza Ayob

Excerpts: Read here for more

PhotobucketMenteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (mengulas) pendiriannya mengenai pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru didalam sidang akhbar yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar hari ini.

Katanya:

"... Ramai yang menyatakan saya telah lupa tentang DEB kerana saya adalah antara yang menerima 'rahmat' daripada DEB.

Semasa saya di PNB, saya melaksanakan dasar secara menyeluruh iaitu dasar untuk semua orang-orang Melayu.

Saya berterima kasih dengan penerimaan tersebut, tetapi terdapat penyelewengan selepas ia dilaksanakan pada tahun 1970-an.

Apabila tahun 1990-an, kita dapati DEB telah disalahgunakan yang hanya mementingkan segelintir masyarakat Melayu dan segelintir masyarakat Cina dan India yang mempunyai hubungan dengan UMNO."

Beliau juga mempersoalkan apakah gunanya dasar yang sepatutnya memberi kesan kepada seluruh rakyat tetapi tidak dilaksanakan dengan baik.

Katanya sekurang-kurangnya 53 peratus masyarakat Melayu di Selangor perlu dibangunkan, untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Begitu juga masyarakat Cina yang perlu dibangunkan bagi mengembangkan perniagaan.

Sementara itu, menyentuh mengenai pentadbirannya di Selangor, beliau ingin membawa kemajuan di Selangor untuk SEMUA kaum, bagi membuktikan KeADILan bukan sahaja parti politik yang bergerak secara diplomatik tetapi dapat mentadbir dengan bersih cekap dan amanah.

Jelasnya, Selangor memiliki cukup sumber untuk dinikmati oleh semua bangsa terutama kepada mereka yang memerlukan tetapi ia perlu ditadbir dengan berkesan dan bebas daripada gejala rasuah dan penyelewengan kuasa.

Katanya, Selangor kini menyumbang 35 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan memperoleh pendapatan per kapita setaraf denagn negara maju iaitu AS$10,000 hingga AS$15,000 (US1=RM3.20).

Katanya lagi,
  • Orang-orang Melayu akan dibangunkan supaya mereka boleh bersaing bukan sahaja di Selangor tetapi di peringkat antarabangsa.

  • Masyarakat Cina juga akan dibangunkan supaya mereka dapat mengembangkan perniagaannya untuk meraih peluang daripada kebangkitan China sebagai satu gergasi ekonomi dunia.

  • Golongan setinggan tidak akan diabaikan. Beliau juga menekankan, dalam tempoh 10 tahun masyarakat India di Selangor tidak lagi menetap di kawasan estet. Kawasan estet ini juga akan turut dibangunkan agar masyarakat India tidak lagi ketinggalan dalam arus pembangunan di Selangor.
  • No comments: