by
Aspan Alias
Read here for more
Samy Velu, Presiden MIC sekarang marah-marah dengan pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Johari Abd Ghani yang menyatakan UMNO Bahagiannya tidak perlu sokongan bukan Melayu kerana Titiwangsa mempunyai 70 peratus pengundi Melayu.
Orang ramai yang mendengar kata-kata Johari ini tentunya akan menggeleng kepala kerana Johari masih ingat UMNO itu masih kuat tanpa menyedari yang pengundi-pengundi Titiwangsa telah memberikan mandat kepada PAS untuk mewakili mereka diDewan Parlimen Malaysia.
Samy Velu memberikan reaksi dengan marah-marah dan berkata UMNO akan menghadapi risiko untuk dikalahkan oleh pembangkang di70 kawasan jika bukan Melayu mengambil keputusan untuk tidak menyokong UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.
Walaupun Johari berucap didalam ‘function’ yang ‘private’ kata-kata ini melambangkan yang beliau tidak mempunyai ‘sensitivity’ yang betul dalam politik tanah air.
Dr Mahathir pernah mengalami kekalahan dikwasan Kota Setar pada 1969 apabila pengundi-pengundi Cina mengambil keputusan untuk mengundi PAS yang diwakili oleh Mursyidul Am PAS semasa itu Tuan Hj Yusuf Rawa. Orang Cina telah mengambil keputusan untuk membelakangkan Dr Mahathir kerana Dr M membayangkan yang beliau tidak perlukan sokongan kaum Cina disana untuk menang.
Perbilangan orang Melayu ada berkata, ‘telajak perahu boleh berundur, telajak kata binasa badan’. Adalah lebih molek untuk parti jika Johari memberikan kepimpinan itu kepada orang lain kalau kehadziran beliau boleh membawa padah kepada UMNO.
Kata-kata yang bodoh sombong itu dirakamkan didalam U-Tube dan ianya ditonton oleh ratusan ribu manusia dinegara ini. Johari lupa yang rakyat kita bukan lagi buta huruf; semuanya boleh membaca dan menulis. Saya sendiri sudah boleh membaca dan menulis sikit-sikit.
Dalam isu ini saya tidak menyalahkan Samy Velu.Beliau mengatakan semua ahli parti-parti dalam komponen mesti menyokong diantara satu dengan yang lain dan beliau mengakui yang kehadziran beliau dalam parlimen selama ini adalah diatas sokongan semua pihak. Apabila beliau tidak mendapat sokongan itu lagi didalam pilihanraya yang lalu beliau telah tewas dan kawasan itu diambil alih oleh PR.
Jika benar Titiwangsa tidak perlukan undi kaum lain kenapa pula UMNO telah tersungkur dibahagian itu didalam pilihanraya yang lalu. Apa gunanya mempunyai 70 peratus mengundi Melayu jika orang Melayu sendiri tidak menyokong UMNO dalam pilihanraya yang lalu?
Nampaknya jika begini sikap pemimpin utama UMNO Bahagian ini bercakap maka PAS sudah tidak payah bersusah payah lagi untuk mengekalkan kerusi resebut didalam pilihanraya yang akan datang.
Kita tidak faham apa sebenarnya penyakit yang menghidapi penyakit pemimpin-pemimpin kita sekarang ini.saya berpendapat pemimpin seperti Johari ini patut diberikan tarbiah oleh pucuk pimpinan supaya berhati-hati bila berbicara. Tetapi masalahnya pemimpin-pemimpin tertinggi kita pun perlukan tarbiah juga.
Sesungguhnya UMNO perlukan sokongan semua kaum terutamanya kaum CINA. Terimalah hakikat itu.
JOHARI ABDUL GHANI DALAM YOUTUBE
RELATED ARTICLE
70 UMNO Seats at Risk WITHOUT NON-Malay Support, Says MIC President Samy Vellu
Read here for more
Datuk Seri S Samy Vellu has warned Umno that it cannot win at least 70 federal seats without the support of non-Malays in the next general election, contradicting the opinion of a Malay leader.
The MIC president’s angry reaction came after Titiwangsa Umno’s acting chief Datuk Johari Abdul Ghani said the dominant party in Barisan Nasional (BN) did not need the support of Chinese and Indian voters.
“How can he say the Umno does not need Chinese and Indian support. Without Chinese and Indians support BN cannot win in almost 70 constituencies,” said the former Sungai Siput MP , who had also highlighted the fact that he had won the seat in 1990 due to the support of Malay voters.
The former Works Minister said Johari was insensitive, adding the Umno leader should not be a politician in the first place.
“In fact, Indians votes will be crucial for BN in the next GE,” he told reporters here.
During a speech at a private function broadcasted on YouTube.com, Johari was reported as saying that Titiwangsa Umno does not need Chinese and Indian votes if 70 per cent of the voters are Malays.
MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek had also demanded the Titiwangsa Umno leader to retire from politics.
Several other Umno leaders, especially from the Federal Territory, had agreed that Johari’s comment can affect support from Chinese and Indian voters toward BN in the future.
They said this meant that BN will find it difficult to win areas where non-Malay voters make up to about 20 to 30 per cent of the electorate.
They had also admitted that not all Malay voters will vote for BN or Umno as the Malay votes are now divided between Umno, PAS and PKR.
“The Indians are returning to BN, so do not underestimate their strength and support for BN. He is causing major upset to the PM’s new political culture of uniting all races behind BN. We don’t need this kind of politicians who think that BN can win with just the Malay votes. I’m shocked to know that someone within BN could utter such remarks,” Samy Vellu said.
The MIC president is slated to hand over the party to his deputy Datuk G. Palanivel next January after he was widely blamed for the party’s losses in Election 2008.
Privately, most non-Malay leaders in the BN say chauvinism among some Umno leaders was the reason for the defeat in Election 2008.
Despite a majority of Malay voters in Titiwangsa, it together with all other federal seats in the Federal Territory fell into the hands of Pakatan Rakyat in Election 2008.
The BN lost four states and its customary two-thirds parliamentary in Election 2008, pushing then prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi to hand over the coalition to his deputy Datuk Seri Najib Razak.
Najib took office in April 2009 with his 1 Malaysia policy to retain and regain support for the coalition that has ruled the country since Merdeka in 1957 when it was known as the Alliance.
The BN is facing two by-elections, the Galas state seat and the Batu Sapi federal seat, on November 4 as Najib seeks to revive the coalition ahead of snap polls expected next year.
Undi Cina di Galas
by
Sakmongkol AK47
Excerpts: Read here for more
Kita perlukan SEMUA undi untuk menang. Undian tidak ada warna kulit.
Setiap satu undi harga dan nilai nya sama. Undi Cina satu, undi orang Melayu satu. Demikian juga undi orang Asli dan undi orang India.
Bila kita nak menang, kita tidak peduli asal usul undian.
Maka hujjah seperti UMNO tidak memerlukan undi orang Cina, di Galas tidak ada relevance.
Ianya adalah politik BODOH, jika kerana kesombongan dan keangkuhan KITA, undi yang sepatut nya kita dapat, secara 'default' lari ke pihak lawan.
Kepada calun DUN Galas dan kepada Tengku Razaleigh, setiap undi adalah tersangat penting.
Adakah kita mampu mendiamkan diri jika keluarga Cina yang mendiami rumah haram di sekitar kawasan keretapi Gua Musang duduk bersesak sesakan? Dalam sebuah rumah ada 20 orang dengan 2 atau 3 keluarga. Tentu sekali ianya akan menjengkilkan hati kita bila kita dengar, keluarga dalam rumah tersebut mengambil giliran untuk memasak?
Hal yang demikian bukan lagi soal perkauman. Ini manusia yang kita bicarakan. Orang Cina walaupun setinggan adalah manusia juga.
Dari setengah orang, apa yang keluar dari mulut mereka di atas, sama kualiti dengan apa yang keluar dari tempat keluar di bawah. Politik demikian, tidak ada tempat dalam kamus politik keserdehanaan.
Di dalam kawasan DUN Galas, masyarakat Cina terhimpun di kampong Desa Pulai. Berapa lama agak nya kampong ini ujud? Dialam biara di Desa Pulai terdapat sebuah patung. Iany di bawa dari negeri Cina. Patung tersebut berusia lebih dari 600 tahun. Ertinya, masyarakat Cina di desa pulai sudah ujud lama di Gua Musang.
Kita tidak pasti bila agak nya Cina pertama bermastautin di Pulai. Yang orang sini tahu,masyarakat Cina sudah ada di Pulai sejak awal kurun ke 20. Kita tidak ada rekod mengenai rekod sejarah mengenai keududukan sejarah masyarakat Cina di Gua Musang. Yang pasti nya mereka sudah lama disana.
Dizaman pemerintahan Jepun, masyarakat Cina di Pulai Gua Musang amat sengsara di zalimi. Namun mereka tetap bersetia kepada negara ini. Ayahanda Tengku Razaleigh lah yang membawa pemimpin2 Cina Desa Pulai lari ke tempat lain dalam negeri Kelantan. Beliau jugalah yang telah berusaha mendesak tentera Jepun supaya tidak membinasakan biara dan tohkong yang di bawa dari negeri Cina. Setelah Jepun kalah , orang2 Cina kembali ke Pulai dan amat berterima kasih kerana biara dan tohkong mereka di selamatkan.
Maka sehingga hari ini, masyarakat Cina di Pulai senentiasa bersikap pragmatik. Mereka mahukan pimpinan yang boleh di percayai untuk membela dan melayani mereka dengan adil. Itu sahaja yang mereka minta.
Apakah yang di mahukan oleh masyarakat Cina di PUlai? Mereka mahukan kepimpinan yang sederhana dan melayani mereka secara adil. Yang lain, mereka hadapi sendiri.