Quote
“The approach of some politicians of late, who use Islam as an excuse to invoke inter-racial strife, can actually create misunderstandings about Islam.
“It is THESE actions that truly sullies the religion."
- Former Perlis mufti Mohd Asri Zainal Abidin
Quote:
Sebuah NGO Melayu membuat laporan polis kerana membantah pementasan yang hendak dianjurkan oleh sebuah geraja di Shah Alam.Ini BUKAN Islam yang saya kenali. Ini BUKAN Islam yang menjadi cara hidup saya.
- Dengan nama Islam, ada yang mahu menentukan nama tuhan yang boleh dipanggil oleh penganut agama lain.
- Dengan nama Islam, ada yang membakar gereja.
- Dengan nama Islam, ada yang membantah pembinaan kuil dengan berarak membawa kepala lembu yang telah disembelih.
- Dengan nama Islam, ada yang memberi jusitifikasi penggunaan akta zalim seperti ISA.
Islam TIDAK pernah mengajar penganutnya berfikiran sempit, bertindak melampau dan berlaku zalim.
Islam mementingkan keadilan dan kesaksamaan. Islam adalah agama indah dan keindahan itu dapat dilihat melalui kehidupan dan ajaran Nabi Muhammad S.A.W, junjungan umat Islam.
Tindakan mereka ini adalah jelas bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh baginda.
Mereka telah membangsatkan nama Islam demi kepentingan sendiri. Lebih menyedihkan lagi, mereka adalah berpangkat, samada pemimpin politik atau agama.
Sebahagian besar Muslim di Malaysia TIDAK pernah terdedah dengan kehidupan sebagai penduduk minoriti di sesebuah negara. Maka dari situ timbul retorik bahawa sensitiviti Muslim harus dijaga kerana Islam dianuti oleh majoriti rakyat Malaysia.
Menggunakan logika yang sama, sudah tentu Perancis boleh mengharamkan pemakaian purdah dan Switzerland boleh mengharamkan pembinaan mimbar kerana “menyinggung sensitiviti” majoriti rakyat negara-negara tersebut.
- Syahzedzan Johan
by
Syahredzan Johan
(Syahredzan Johan adalah seorang peguam muda dan rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur. )
Read here for more
Profile:
Syahredzan Johan, born in 1983, is a lawyer by profession and currently residing in Petaling Jaya.
He is a self-professed ‘social critique’ and believes "the nation of Malaysia still has so much unfulfilled potential, yet Malaysians are pegged back by their divisive nature, their desire to divide rather than unite."He wrote in his blog, Refleksi Minda, that "....I will not mince my words when I feel it is needed."
Pada dekad pertama abad ke 21, akibat serangan pengganas yang dikatakan beragama Islam, dunia telah mengaitkan agama tersebut dengan keganasan dan ekstrimisme. Namun persepsi negatif ini tidak menular ke Malaysia. Untuk sekian lama, Malaysia dikenali di persada dunia sebagai “a moderate Muslim country.”
Islamic La Alhambra Generalife
Malangnya, akhir-akhir ini kita tidak lagi boleh berbangga dengan panggilan ini. Kini kita menjadi tajuk utama seantero dunia kerana pelbagai perkara negatif yang dilakukan atas nama Islam. Islam di Malaysia semakin dilihat sebagai agama yang tidak toleran, angkuh dan melampau. Islam di Malaysia semakin dikatakan sebagai agama yang menekan hak-hak orang bukan Islam. Islam di Malaysia semakin disamakan dengan kezaliman.
Manakan tidak?
Dengan nama Islam, ada yang mahu menentukan nama tuhan yang boleh dipanggil oleh penganut agama lain.
Dengan nama Islam, ada yang membakar gereja.
Dengan nama Islam, ada yang membantah pembinaan kuil dengan berarak membawa kepala lembu yang telah disembelih.
Dengan nama Islam, ada yang memberi jusitifikasi penggunaan akta zalim seperti ISA.
Di Pulau Pinang, seorang khatib didesak untuk meminta maaf kerana telah mendoakan kesejahteraan seorang pemimpin bukan Islam. Alasan yang diberikan adalah kononnya perbuatan mendoakan orang bukan Islam adalah salah.
Terkini, isu yang hangat diperkatakan adalah kunjungan seorang ahli Parlimen bukan Islam ke sebuah surau untuk memberi sumbangan. Isu ini telah dipolitikkan oleh pelbagai pihak, sehingga ia melibatkan pihak istana. Maka jawatankuasan pengurusan surau itu digantung dan ahli Parlimen tersebut diberi amaran oleh majlis agama yang berkenaan.
Saya tidak tahu sejak bila pula orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid atau surau. Tidak pula diberikan dalil atau hujah untuk menjustifikasi arahan yang tidak masuk akal ini.
Adakah ini cara kita berdakwah pada abad ke-21?
Kita tolak orang bukan Muslim sejauh-jauhnya daripada Islam, kita berlaku zalim ke atas mereka dan kita rampas hak mereka untuk mengamalkan agama mereka.
Adakah kita beranggapan bahawa dengan tingkahlaku kita ini, mereka akan lebih dekat dengan Islam? Kalau inilah strategi dakwah abad ini, saya berpendapat kita harus memikir semula strategi bodoh ini.
Tindakan seperti ini memburukan nama Islam dan menyebabkan orang bukan Islam berfikir bahawa Islam itu adalah agama yang sempit, melampau dan zalim.
Kononnya, orang bukan Muslim seharusnya menjaga “sensitiviti” orang Islam. Kita harus bertanya, apakah “sensitiviti” yang dimaksudkan ini? Adakah terdapat justifikasi ke atas “sensitiviti” ini?
Sebahagian besar Muslim di Malaysia tidak pernah terdedah dengan kehidupan sebagai penduduk minoriti di sesebuah negara. Maka dari situ timbul retorik bahawa sensitiviti Muslim harus dijaga kerana Islam dianuti oleh majoriti rakyat Malaysia.
Menggunakan logika yang sama, sudah tentu Perancis boleh mengharamkan pemakaian purdah dan Switzerland boleh mengharamkan pembinaan mimbar kerana “menyinggung sensitiviti” majoriti rakyat negara-negara tersebut. Juga menggunakan logika sama, cadangan membina masjid di tapak berlakunya serangan World Trade Centre tidak boleh diterima kerana ia kononnya “menyinggung sensitiviti” keluarga mangsa kejadian.
Mengikut logika yang digunakan, maka hak penganut agama Islam yang menjadi minoriti di negara-negara tersebut harus dikorbankan demi menjaga “sensitiviti” majoriti.
Apabila kita majoriti, terlalu mudah untuk kita jatuh dalam perangkap pemikiran bahawa kekuatan itu adalah kebenaran.
Adakah kita lupa bahawa ketika menyebarkan Islam, Nabi Muhammad S.A.W. telah mengajar bahawa semua manusia adalah sama di sisi Allah, yang membezakan seseorang itu hanyalah iman? Sudah tentu perkara ini “menyinggung sensitiviti” sebahagian besar Arab Quraisy pada ketika itu, lebih lagi mereka yang mempunyai status di dalam masyarakat Quraisy.
Adakah Nabi Muhammad S.A.W. seharusnya menghentikan ajaran Islam pada ketika itu demi menjaga “sensitiviti” masyarakat Quraisy?
Ini bukan Islam yang saya kenali. Ini bukan Islam yang menjadi cara hidup saya. Islam tidak pernah mengajar penganutnya berfikiran sempit, bertindak melampau dan berlaku zalim. Islam mementingkan keadilan dan kesaksamaan.
Islam adalah agama indah dan keindahan itu dapat dilihat melalui kehidupan dan ajaran Nabi Muhammad S.A.W, junjungan umat Islam. Tindakan mereka ini adalah jelas bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh baginda.
Mereka telah membangsatkan nama Islam demi kepentingan sendiri. Lebih menyedihkan lagi, mereka adalah berpangkat, samada pemimpin politik atau agama.
Orang Islam sering mempersalahkan media Barat kerana memberi gambaran yang salah tentang Islam, tetapi apa kurangnya golongan ini yang telah memberi gambaran negatif terhadap Islam melalui tingkahlaku mereka?
Harapan saya adalah bahawa orang yang bukan beragama Islam tidak tersalah anggap bahawa Islam yang sebenar adalah Islam yang mana namanya telah dibangsatkan oleh mereka ini.
RELATED ARTICLE
Serdang MP Need NOT Apologise to Selangor Sultan
by
Dr. M Bakri Musa
Read here for more
EXCERPTS:
"....Ramadan thus should be a time for us to re-commit to the central message of the Holy Book. As Eboo Patel so eloquently wrote in the inaugural Ramadan series of the HuffingtonPost.com, “Ramadan is about remembrance and return – remembrance of the origins of Islam, and return to its essence.”
I pity the poor freshman MP from Serdang, Teo Nie Ching. She had in the best tradition of Ramadan come to a surau in her constituency to share in the iftar and to present a modest donation from the state.
She had RIGHTLY assumed that to be her role as their representative to Parliament.
She must have been blown away by the storm of controversy that subsequently erupted. I am not at all surprised that characters like Khairy Jamaluddin and Ibrahim Ali would seize the opportunity of Neo’s visit to the surau to expose their hideously ugly chauvinism by condemning her. That would be par for the course for any ambitious but untalented leaders everywhere.
I am however severely disappointed in the reaction of the Sultan of Selangor.
According to the state religious council (MAIS – its Malay acronym), the sultan was “murka dan dukacita” (angry and disappointed).
The sultan should NOT be so quick to react; he should at least wait for the full facts.
Ramadan after all calls for patience and restraint.
He SHOULD also remember that he is not only the head of Islam by virtue of being a sultan, but he is also sultan to ALL Selangorians,
Muslims as well as non-Muslims, and that each should be treated no differently from the other. It is time to tell our sultans that we expect more from them if they wish to remain on the public payroll.
For her part, Teo was quick to put in her formal apology to the sultan. She should not have done so. She should have the courage to stand by her conviction that she had done nothing wrong. In this she can rely on the arguments put forth by Tok Guru Nik Aiz and Datuk Asri, the former Mufti of Perlis.
As a Muslim, I would rely on these two luminaries on matters pertaining to Islam rather than from the likes of Khairy, Ibrahim Ali, or Datuk Sharizzat...."
Scholars: Islam doesn't bar non-Muslims from mosques
Read here for more
Former Perlis mufti Mohd Asri Zainal Abidin today refuted media claims that he defended Serdang parliamentarian Teo Nie Ching 's presence in a surau, though he saw NOTHING wrong with a non-Muslim being in the house of God.
“There are media reports that I defended Teo , I must say that those are not entirely accurate. I do not interfere in politics and I don't really know what actually happened,” said the religious scholar in a press statement to the media.
However he stressed that in his to knowledge nothing bars a non-Muslim to enter a Muslim house of worship.
“Non-Muslims can enter into a mosque or surau with the right intent, like to get to know Islam, understand and study it. They are also allowed to enter the houses of worships to conduct dealings with Muslims.”
He gave as an example, how in the time of the prophet Muhammad (PBUH) himself, non-Muslims were allowed to enter the mosque to meet the Prophet.
Asri also reminded all parties that Islamic issues must be looked at with the proper religious considerations based on proper dalil (evidence) and hujjah (arguments).
He warned that using the scales of partisan politics to weigh religious issues can damage the sanctity of Islam.
“Islam is built on dalil and hujjah, while partisan politics are often built on perception and prejudices,” pointed out Asri.
The fact is, added the former mufti, not only non-Muslims but Muslims, too, are prohibited from using the house of God for partisan politics or self interest.
He reiterated that all views with regards to Islam must be based on the real teachings of the religion.
“The approach of some politicians of late, who use the Islam as an excuse to invoke inter-racial strife, can actually create misunderstandings about Islam.It is these actions that truly sullies the religion,” concluded Mohd Asri.
Masuk Surau: Nie Ching temui Nik Aziz
Read here for more
"...Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu.
Nie Ching ketika ditemui selepas pertemuan 10 minit itu berkata, beliau gembira dapat bertemu Tuan Guru dan mendapat pandangan yang jelas dari Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu.
"Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid.Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katnya menjelaskan isi pertemuan.
Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno.
Menurutnya, Umno kini sangat terdesak sehingga sanggup menyempitkan isu tersebut sehingga memberi tanggapan salah bukan Islam kepada Islam.
"Dia juga memberitahu saya, di Malaysia ini, Umno guna Islam untuk takutkan orang bukan Islam dan menjadikan Islam itu agama eksklusif sedangkan Islam itu adalah untuk semua manusia," katanya lagi.
22 Ogos lalu, Nie Ching berkunjung ke Surau Al-Huda, Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut.
Beliau juga dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas.
Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.
Nie Ching berkata, biarpun insiden tersebut dimainkan Umno, sehingga hari ini beliau masih berkunjung ke masjid dan surau yang menjemputnya.
Teo: Nik Aziz encourages me to visit more surau
Read here for more and here and here
"...Shrugging off attacks by Umno and Selangor religious authorities over her visit to a surau last week, Serdang MP Teo Nie Ching said she is emboldened to visit even more Muslim houses of worship after being encouraged to do so by PAS' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Teo said her 20-minute meeting with the top spiritual leader of the Islamist party today bore fruit in the form of his assurance that there was nothing wrong with non-Muslims visiting and entering suraus and mosques.
“Tok Guru (Nik Aziz) clarified to me that from the viewpoint of Islam, it is not an issue for a non-Muslim to enter a surau or mosque. He said that in fact, during the time of Muhammad, non-Muslims entered the mosque (of Medina) to meet with the Prophet,” she said about the meeting with Nik Aziz in Kuala Lumpur.
Asked why she did not wear a tudung when entering the prayer hall, Teo, who is also deputy head of the DAP publicity committee, said she had NOT been advised to do so.
"I was not advised by the surau committee to wear one. Furthermore, I did not expect to be invited into the prayer hall. This is not my first visit to the surau, as the last time I went there, I stood outside," the Serdang MP added.
In several mosques such as the National Mosque and the Putrajaya mosque, non-Muslims are required to cover their heads when visiting the area.
Despite condemnation of Serdang MP Teo Nie Ching's visit to a surau (Muslim prayer hall) in her constituency last week to attend a breaking of fast ceremony, she repeated the act yesterday.
Teo was invited to the Al-Muhajirin surau, Bukit Mahkota where she also handed RM500 to People Volunteer Corps (Rela) personnel.
This time however, she stayed clear of the prayer hall and sported a selendang headscarf. The entire ceremony took place under a tent within the surau compound.
“(The visit) is based on the principle of serving the people regardless of their race and religion,” she said in a statement today.
Teo said that she was received with the same warmth shown during her visit to the Al Huda surau in Kajang, which sparked the controversy.
She said the congregation seemed unperturbed with the criticism against her and the series of articles condemning her, primarily by Malay daily Utusan Malaysia.
“Some even shook my hand and expressed their support,” said Teo.
PAS Serdang division feels it is not a problem for a non-Muslim leader to deliver a speech in a mosque or surau, as Islam is a flexible religion.
"We do not have a problem and do not want to prolong this issue," PAS Serdang Youth chief Mohd Adram Musa said today.
Therefore, Mohd Adram added, the issue of Serdang MP Teo Nie Ching (DAP) visiting a surau in Kajang, as highlighted by several Malay dailies today, presented the wrong interpretation that Islam is only for Malays.
"When a Chinese or an Indian comes to a surau or a mosque, there may be some negative views. But in the context of dakwah (propagating the religion), we must have flexibility, especially in Selangor. We have to prioritise harmony among the races and also the propagation of the religion," said Mohd Adram, who is also a Kajang municipal councillor.
He was responding to Umno-owned Utusan Malaysia's front page report on Teo's visit to the Al Huda surau in Kajang Sentral on Aug 22, where the congregation invited her into the prayer hall.
The issue, he said, was being exploited to the fullest to attack DAP and PAS.
Mohd Adram, who is also the PAS Youth treasurer, said during the time of Prophet Muhammad, non-Muslims were allowed inside mosques to get information on Islam.
by
Faroukaperu
Read here for more
The racism and religious bigotry practiced by some of our Malay Muslims have reached a crescendo. Things will only get worse with time if we fail to reverse this mental condition.
We will simply be unable to dig ourselves out of that hole if that happens and our nation will fall to ruin.
Why? All because we choose to be political over the lowest discriminating factor: RACE.
The latest incident is about the Serdang MP’s visit to Surau Al-Huda.
We must take YB Teo Nie Ching’s visit in good faith. She went to the surau with a donation and gave a talk about higher education loans. There was nothing political about her visit. Regrettably even the most sincere intentions can be played upon to stoke the most heinous sentiments.
One can expect no less from Ibrahim Ali who seized upon this opportunity faster than a cobra strikes its victim.
Ibrahim Ali’s language about the issue reflects a horrible bigotry. He used the word ‘desecrate’ and the phrase ‘UNCLEAN DAP politician’.
He also rhetorically claims that this is a lesson from God showing how PAS has ‘sold out’ Islam and that this is visit is ‘shaitan confusing the Muslims’.
The former Perlis Mufti, Dato’ Asri had already given evidence on why YB Teo’s visit wasn’t against Islamic laws but his evidence was historical.
I hope to refute Ibrahim’s claims from a Quranic perspective and to show how the Quran completely rejects his point of view. Worse still, it considers Ibrahim’s own views as the views which run contrary to the Quran.
- For a start, the Quran does not bar anyone from entering a masjid. The Quran actually tells children of Adam , that is to say anyone at all, to enter every masjid with their best clothing and to eat and drink yet not be wasteful (7/31). This shows that anyone can go and participate in any of the mosque activities and even participate in their festivities.
- Secondly, the Quran equates the establishment of social justice as the cornerstone of every masjid (7/29). This verse is also addressed to the children of Adam, thus not restricting people according to faith. What was YB Teo doing if not helping the members of the surau’s congregation, thus establishing social justice?
Ibrahim also said that YB Teo is ‘unclean’. This is a favourite insult Islamofascists use against our friends of other faiths. It builds upon a false notion of purity exclusive to Muslims. This notion is absolutely against the Quran and furthermore ironic (as we shall see below) considering Ibrahim’s own vitriolic politics.
The term ‘unclean’(najas) is used in the Quran (in 9/28) for one particular people:
Those who renege on peace treaties. (9/1-12).These people are considered to be those who associate partners with God, an act which is of the highest wrong.There is NOTHING in the Quran to insinuate that non-Muslims are ‘unclean’.
What’s even more ironic is that in the Malaysian context, the people who renege on our peace treaty (i.e. our constitution) are those people who harp on race issues and stir up emotions. Who is then closer to being ‘unclean’, YB Teo or Ibrahim himself?
Publish Post
Lastly, Ibrahim says that PAS’s support of this visit is ‘shaitan confusing the Muslims’.
Well the Muslims have nothing to be confused about.
A cursory look at the Quran will show the reader that it is people like Ibrahim whom Muslims need to look out for, not YB Teo who is doing (knowingly or otherwise) exactly what the Quran wants.
The biggest irony is perhaps this:
The Quran does tell the believers NEVER to stop into one kind of masjid – the masjid where division is being preached (9/107-108)!Sounds familiar, Ibrahim Ali?
Ibrahim Ali dan Khairy Jamaluddin Sepakat.
Read here for more
Sekarang kita berdepan dengan isu lembik, iaitu isu Ahli Palimen berbangsa Cina masuk kesebuah surau diSerdang untuk menyampaikan bantuan dan bercakap perkara ‘non-political’ dalam perjumpaan itu.
Banyak pihak dan individu yang sentiasa mencari isu, tangkas membuat kenyataan khbar dan mejerit-jerit mengatakan yang YB Teo tidak sepatutnya berucap didalam surau itu kerana kononnya merosakkan kesucian Agama kita serta menyentuh sensitivity masyarakat Islam dan Melayu kita.
Ketua Pemuda UMNO dan Ibrahim Ali kali ini sepakat untuk menyanyikan ‘chorus’ yang ‘harmonic’ dalam isu YB Teo ini.
Kedua-duanya begitu selari dan saya yakin isu ini diadakan BUKAN kerana nak jaga kesucian Agama tetapi kerana hendak menarik perhatian ramai sahaja.
Seorang wakil rakyat boleh memberikan bantuan dimana beliau suka dan dalam kes ini beliau dijemput untuk memberikan bantuan disurau tersebut dan bagi saya itu bukan masalah besar.
Rasanya saya pun seorang Islam juga dan saya tidak nampak ianya menghina Islam malah saya begitu suka mendengar Ahli Parlimen itu mengakui yang ramai pengundinya beragama Islam.
Kalau kerana tidak memakai tudung kepala kenapa isu ini hendak diperbesarkan tanpa had. Biarlah Majlis Agama Islam mengambil ‘initiative’ untuk membetulkan keadaan, bukannya orang politik.
Saya juga tidak nampak Teo sengaja hendak melukakan sesiapa apa lagi untuk menyentuh ‘sensivity’ orang Melayu. Beliau hanya melaksanakan tugas beliau sebagai seorang wakil rayat bagi kawasan Parlimen tersebut.
Apa yang perlu diberitahu kepadanya ialah tata cara dan adab bila memasukki rumah ibadat orang Islam.
Saya rasa tentu beliau dapat menerimanya. ‘She will be more than happy to accept it’.
Yang disebut ramai dan diisukan rakyat sekarang ialah sikap UMNO sendiri yang tidak menjaga ‘sensivity’ orang Melayu yang dipimpinnya. Pemimpin UMNO lebih sayangkan bangsa lain dengan berkompromi dalam banyak hal tentang masa depan dan nasib Melayu akan datang.
Ramai orang termasuk diri saya faham UMNO sedang tercari-cari kelemahan parti lain kerana PRU 13 mungkin tiba tidak berapa lama lagi.
Oleh kerana tidak dapat menunjukkan perkara yang baik maka jalan yang lazim digunakan ialah dengan mencari isu demi isu untuk mendapat perhatian ramai; untung-untung orang Melayu akan kembali menyokong mereka.
Ramai yang mentertawakan mereka yang menjadikan ini sebagai isu.
Yang ‘sensitive’ ialah pemimpin UMNO yang mengelabah tak keruan termasuklah Pemudanya sendiri.
Nak tunjukkan sesuatu hasil kerja mereka tidak ada, maka gunakanlah isu ini untuk menunjukkan yang mereka masih ada dan belum mati lagi.
PEMUDA UMNO
Kalau hendakkan orang Melayu mengikut kita, Pemuda UMNO mesti perjuangkan isu-isu yang mana pemimpin-pemimpin kita telah menyelewengkan wang ringgit dan menyalah gunakan harta benda rakyat.
- Pemuda mesti bertanya secara ‘detail’ kemana perginya 67 peratus dari 4.08 billion ringgit wang Felda dibelanjakan hingga kantung Felda merosot dengan teruk sekali. Tanya Felda kenapa Felda membeli hasil peneroka dengan harga yang terlalu rendah dari harga pasaran diluar sana.
Ingatkan PM itu bahawa Felda ditubuhkan untuk menjadikan orang Melayu yang tidak bertanah dulu untuk memilikki harta, bukannya untuk Felda dan pegawainya yang kaya raya. Kita selalu nampak kurap orang, tetapi kita tahu dibalek pakaian kita yang cantik-cantik itu, dikulit kita penuh dengan kurap-kurap yang tak kunjung kering. - Khairy patut pergi berjumpa Mirzan Mahathir untuk memulangkan wang PETRONAS yang berbillion yang digunakannya untuk ‘bail out’ sebuah syarikat perkapalannya belasan tahun dahulu.
Khairy mesti beritahu Mirzan, di Amerika Syarikat semua syarikat yang di’bail out’ oleh kerajaan, sekarang sedang dalam proses memulangkan kembali wang rakyat yang mereka gunakan untuk menyelamatkan konglemerate mereka semasa kejatuhan ekonomi tidak berapa lama dahulu.
Beritahu Mirzan wang yang berbillion itu dipindahkan kepada MARA; boleh hantar puluhan ribu anak-anak kita keAustralia, New Zealand atau keEngland untuk belajar. Bila balik nanti mereka boleh berkhimat kepada negara kita.
Kita tidak payah berucap menjerit-jerit untuk berjuang.
Pemimpin yang menjerit dan beretorik dengan nada suara tinggi itu selalunya orang yang banyak kelemahan sendiri yang hendak ditutpinya. Setakat mempamerkan ‘silat pulut’ sahaja Pemuda tidak akan berjaya menarik perhatian orang ramai.
Kalau tidak ada isu ini mungkin orang akan bertanya; mana Pemuda, mana Khairy? Kita tidak boleh berbuat apa-apa kepada Pergerakkan Pemuda sekarang ini, kerana mereka sudah hilang hidayah politik.
Nak dirotan, dia sudah besar walaupun masih keanak-anakkan. Jadi kita sabar sahaja melihat telatah dan langkah anak-anak muda ini.
Orang tua-tua dulu selalu berkata, ‘anak muda yang julung berkeris, batang pisang pun dia sanggah’.
Kita sabar sahajalah.
Mari kita tunggu sehingga Khairy menjadi dewasa. Insyaallah dia akan menjadi dewasa walaupun agak lambat sedikit.
Itu fenomena biasa, setengah kanak-kanak cepat dewasanya, hanya Khairy ini agak lambat sedikit. Lambat laun dia akan jadi dewasa. Kita boleh sayanginya. Tak mengapa.
Oghang-oghang lamo ado bokato, ‘yang tuo kito hormati, yang mudo kito sayangi’.
Ingat Khairy, kami bukannyo mombonci anda.
Abang kau ni nak togo sikit-sikit. Kalau boto jalan eh, jadi taklah ghosak pojuangan kau.
Itu pun kok ado pojuangan sobagai mano yang dikato.