Monday 4 August 2008

It Is UMNO, NOT Others, Who Killed Aspirations of the Malay Community

Read here article by Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi


Quote:

"...Ketika UMNO memerintah Terengganu 50 tahun lalu, seramai 18 peratus orang Melayu negeri itu berada di bawah paras kemiskinan.

Sedangkan pemimpin-pemimpin UMNO negeri itu hidup senang lenang mengaut kekayaan dari hasil pendapatan negeri termasuk royalti petroleum dan gas."
- Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi



PAS tidak akan mengkhianati amanah rakyat dengan bekerjasama menubuhkan kerajaan baru bersama Umno-Barisan Nasional (BN).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, tidak ada pemimpin PAS yang rasional akan menerima pelawaan Umno untuk bergabung menubuhkan kerajaan di peringkat pusat dan negeri.

"Hanya orang yang TIDAK rasional sahaja boleh menerima pelawaan Umno itu," ujarnya ketika berucap di Kuala Ibai, di sini baru-baru ini yang turut disertai Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Natusion.

Dr. Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok berkata, selepas pilihan raya umum ke-11 tahun 2004 sehingga menjelang pilihan raya 2008, Setiausaha Agung PAS telah menghantar tiga pucuk surat untuk bermuzakarah dengan Umno atas isu Melayu, Islam dan perkembangan semasa.

"Sementara Dewan Pemuda PAS menghantar tidak kurang dari EMPAT pucuk surat untuk tujuan yang sama tetapi satu pun surat-surat berkenaan tidak dijawab oleh pemimpin-pemimpin Umno,"jelasnya.

Ketika PAS tidak mempunyai banyak kerusi di Parlimen, Terengganu jatuh semula ke tangan BN dan Kerajaan PAS Kelantan tidak kuat, Umno TIDAK layan pelawaan PAS tersebut.

"Tetapi selepas pemimpin Umno bercakaran sesama sendiri, MIC, Gerakan dan MCA, bercakaran dan berpecah, baru Umno mahu mengajak PAS bermuzakarah kononnya bagi membincangkan soal survival Melayu,"katanya.

Menurut beliau ketika Umno memerintah Terengganu 50 tahun lalu, seramai 18 peratus orang Melayu negeri itu berada di bawah paras kemiskinan sedangkan pemimpin-pemimpin Umno negeri itu hidup senang lenang mengaut kekayaan dari hasil pendapatan negeri termasuk royalti petroleum dan gas.

Ketika itu Umno membunuh Melayu dengan menjadikan bahasa Ingeris sebagai bahasa mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah seluruh negara.

"UMNO-lah yang membunuh bangsa Melayu sendiri, bukan orang lain,"tegasnya.

No comments: