Friday 1 January 2010

TG Nik Aziz Perlu Asingkan Hal Ehwal Keluarga Dari Pemerintahan Negeri Demi Kepentingan Parti

Read here for more

Excerpts:

Minta TG Nik Aziz Keluar Rumah Seperti yang Dibuat oleh Rasullullah SAW

Saya mengakui Tok Guru Nik Aziz adalah seorang manusia dan oleh kerana itu, beliau juga mempunyai kelemahan.

Dalam isu pemecatan Annual Bakhri Haron, maklumat yang saya dapat, bahawa dalang utamanya adalah dari kalangan ahli keluarga Tok Guru sendiri.

Keluarga Tok Guru akan menjadi pembantu utama kepada usaha membawa PAS kepada UMNO seperti yang dirancang oleh Task Force 2010 sebelum ini.

NIK ABDUH
Ini bukan cakap kosong. Sila rujuk tulisan Nik Abduh dalam blognya satu masa dulu bertajuk “Kerja Kerja Bodoh Dalam PAS."

Nik Abduh dengan jelas menamakan “pembantu-pembantu ayahanda” sebagai orang-orang yang bertanggungjawab menyebabkan ayahanda beliau menolak gagasan Kerajaan Perpaduan. Nah, sekarang barulah kita tahu siapa sebenarnya pembantu-pembantu ayahandanya yang amat dibenci oleh Nik Abduh ini. Antaranya adalah Annual Bakhri Haron yang baru sahaja terpecat dari jawatannya.

Kita jangan lupa bahawa Nik Abduh adalah penyokong tegar gagasan Kerajaang Perpaduang. Dan beliau dengan jelas menyalahkan “pembantu-pembantu Ayahandanya” kerana mengagalkan usaha kerajaang Perpaduan tajaan Fraksi UMNO dalam PAS.

Dapatlah beliau mengawal ayahandanya lagi sekali sehingga ayahandanya tidak akan menentang usaha membawa PAS kepada UMNO. .Satu-satunya halangan kepada “Perpaduang” telah berjaya di neutralisasikan.

Sepanjang yang diketahui umum, Annual Bakhri adalah kem TOK GURU.

Beliau bukan kem Husam mahupun kem Taqi mahupun kem Nik Amar.

Beliau memberi nasihat untuk menjaga imej TOk Guru supaya TOk Guru sentiasa dipandang mulia dan tinggi.

Dan terbukti sehingga hari ini, Tok Guru dipandang mulia di sisi semua orang tidak mengira kaum atau rasa tau agama. Itu adalah kejayaan Annual Bakhri di dalam menjalankan tugas beliau sebagai penasihat.

Hanya Nik Abduh dan Fraksi UMNO sahaja marah kepada Annual Bakhri Haron kerana Annual Bakhri sering memberi nasihat yang mendedahkan penipuan serta silap mata Fraksi UMNO. Misalnya, dulu dia panggil muzakarah, lepas orang tolak, diorang tukar nama jadi Kerajaang Perpaduang pulak. Benda sama je.

Tapi, nampaknya Mustafa Ali sudah mula berjinak2 menyokong Tok Guru Nik Aziz.

Bagi saya ini petanda yang Fraksi UMNO telah mula meraikan kejayaan mereka. Matlamat mereka kian hampir.

Keluarga Tok Guru akan memainkan peranan penting mengendurkan tentangan Tok Guru terhadap usaha membawa PAS kepadaUMNO.
NIK AMALINA (Isteri kepada Abdul Ariffahmi)
Nik Amalina juga tidak kurang handalnya. Berkokok dalam blog kononnya suami nya dizalimi dan dinista oleh salah seorang anggota exco. PAdahal bukti salah laku suami nya telah terdedah kepada umum dan tiada siapa yang berani mempertahankan tindakan suaminya lagi.

Maka pada hari ini puas hatilah kamu wahai Nik Amalina. Tapi kamu harus waspada akan amaran Nabi SAW: “Takutlah kamu akan doa orang yang dizalimi”.

Kamu ingat PAS ini wujud supaya kamu dan suami kamu boleh hidup senang lenang dan boleh melakukan apa sahaja termasuk menzalimi peniaga-peniaga yang bakal berniaga di bazaar Tok Guru?

Kamu siapa Nik Amalina? Nabi, Rasul, Malaikat? Kelemahan Tok Guru di masa ini adalah keluarga BELIAU.
Untuk itu saya memohon kepada TOk Guru Nik Aziz supaya mengingati kembali peristiwa yang pernah menimpa Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW seperti yang saya nukil dari blog Al Bakistani

Ujian yang menimpa Rasul SAW itu sedang menimpa Tok Guru Nik Aziz sendiri. Ujian keluarga terhadap perjuangan Islam adalah ujian yang paling getir. Dan untuk itu saya yang kerdil ini meminta Tok Guru supaya mengikuti kaedah yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW, yakni Baginda telah keluar dari rumah Baginda dan mengasingkan diri dari isteri-isteri Baginda SAW selama beberapa waktu.

Sehinggalah isteri-isteri Baginda berjaya di disiplingkan. Langkah Baginda telah menyelamatkan Islam dan menyelamatkan imej Baginda sehingga hari ini.

Itulah yang saya dapat kongsi bersama Tok Guru Nik Aziz demi perjuangan Islam dan demi amanah perjuangan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada kita.

Perancangan UMNO Melalui Keluarga TG Nik Aziz

Namun ini semua adalah sebahagian dari perancangan UMNO yang akan berakhir dengan Tok Guru diminta oleh ahli keluarga beliau untuk bersara dari politik sama sekali.

Kalau mengikut kenyataan Abu Bakar Chik sewaktu Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat, beliau telah menamakan Ustaz Halim Abdul Rahman sebagai PJ menggantikan Tok Guru Nik Aziz.

Kawan saya beritahu, selepas Tok Guru dipujuk bersara oleh ahli keluarga beliau, Ustaz Halim bakal bertanding dalam sebuah pilihanraya kecil dalam Kawasan Pengkalan Chepa sebagai persediaan untuk menjadi MB. Itu kawan saya bagitau la. Tak tau betul ke tidak.

Bersiap sedia PAS untuk menjadi komponen Barisan Nasional dalam tahun ini. Itulah hala tuju yang kita nampak. MElainkan kita sempat buat EGM la dalam beberapa bulan ini.

Wallahualam Bissawab

Tulang Besi

No comments: