Sunday 1 August 2010

AKU MELAYU !! Tapi AKU BENCI PERKASA

SUMPAH MELAYU PERKASA  REJECT


Quote

".... Aku Melayu. Aku juga Muslim. Tapi aku BENCI kepada PERKASA.

Adakah ini bererti aku mengkhianati Melayu? TIDAK sama sekali.

Menentang
PERKASA bererti aku mahu melihat bangsa Melayu hebat di mata dunia.

Aku menentang
PERKASA kerana mereka suka menutup sejarah.....kerana aku tidak suka bagaimana mereka cuba MEMPERBODOHKAN orang Melayu.

Lagi tebal kebodohan Melayu lagi berkuasalah UMNO. Apabila berkuasanya UMNO maka lagi senanglah mereka merompak harta rakyat. Apabila harta rakyat dirompak maka
PERKASA mengharapkan sedikit sebanyak harta itu diberikan kepada mereka.

Aku masih ingat wajah Ibrahim Ali ketika sambutan hari Raya di rumah Anwar Ibrahim. Muka sedih dan tidak berdaya datang memohon simpati. Datang ke rumah Tuan Guru Nik Aziz meminta pertolongan agar diberi kerusi Pasir Mas.

Bila sudah menang. Memang melepaskan anjing. Sekarang dicubanya menggigit Anwar Ibrahim dan TG Nik Aziz. Menyalak tak tentu hala.

PEERKASA cuba menjadi HERO untuk orang Melayu. Tapi dalam masa yang sama, telah mencemarkan maruah orang Melayu kerana telah menyebabkan bangsa - bangsa LAIN menyampah dengan bangsa ini. Mereka telah menganggap orang Melayu sama saja kurang ajarnya dengan
PERKASA dan UMNO .

Kadang - kala tindakan mereka yang menggunakan nama agama suci ini juga telah menyebabkan penganut agama lain menjadi bertambah jauh daripada Islam.

Dari isu kalimah Allah hingga masuk dalam masjid. Semuanya diMelayukan oleh
PERKASA dan UMNO .

Sedangkan zaman Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah jadi begitu. Islam tidak diArabkan hatta Islam itu sendiri bercanggah dengan naluri asal orang Arab.

Aku begitu geli dengan mereka ini. Geli sifat munafik yang mereka tonjolkan. Mulut kata perjuangkan untuk bangsa dan agama tapi dalam masa mereka rela bersama - sama orang yang melakukan rasuah.

Aku Melayu. Malu aku apabila dicalitkan najis kebebalan PERKASA dan UMNO atas nama Ketuanan Melayu. Malu aku apabila orang sebangsa aku sanggup jadi pak turut Perkasa dalam isu yang sengaja khas direka oleh
PERKASA dan UMNO.

Melayu JANGAN jadi layu.

MELAYU harus tunjukkan kepada bangsa - bangsa LAIN bahawa:
-- Kita sebenarnya cerdik.
-- Kita mampu berubah.
-- Kita mampu berfikir secara waras.
-- Kita boleh bertolak - ansur dalam sesuatu perkara.
-- Kita tidak gila macam Perkasa dan Umno.
-- Kita tidak bodoh seperti Umno dan Perkasa...."


Read HERE and HERE for more


Aku Melayu. Aku juga Muslim. Tapi aku BENCI kepadaPERKASA.

Apakah tindakan aku membenci Perkasa seperti mana aku membenci Yahudi Zionis ini bererti aku pengkhianat Melayu?

Aku membenci Perkasa BUKAN kerana hebatnya Ibrahim Ali bermain drama.

Aku membenci Perkasa kerana aku tidak suka bagaimana mereka cuba MEMPERBODOHKAN orang Melayu.

Pertubuhan yang dianggotai oleh manusia - manusia yang cerdik cuba menyeret orang Melayu turut sama menjadi bodoh seperti mereka.

Inilah perkara utama kenapa aku benci kepada Perkasa.

Mereka menjerit kepada ketuanan Melayu. Mereka menjerit jangan undi DAP. Jika undi DAP maka hilanglah kuasa orang Melayu. Undi DAP lihat apa yang terjadi kepada orang Melayu di Pulau Pinang.Satu perkataan yang khas buat mereka. BODOH!

Jangan cuba tutup sejarah. Jangan cuba gelapkan sejarah.

Jangan jadi perangai Munsyi Abdullah yang menutup sejarah sebenar Malaysia dengan karya dongeng yang membodohkan rakyat Malaysia.

Orang Melayu di kampung Berembang merupakan pengundi tetap Umno. Kubu kuat Umno yang sukar ditembusi oleh PAS ataupun PKR. Namun lihat apa yang terjadi kepada mereka. Rumah mereka dirobohkan disaat anak - anak penduduk kampung Berembang menanti untuk peperiksaan. Pasangan uda dan dara yang akan melangsungkan perkahwinan. Surau di kampung Berembang dirobohkan. MANA PERGI PEJUANG - PEJUANG MELAYU yang menjerit ketuanan Melayu.

Jangan jadi bangsat wahai Perkasa. Aku dan ribuan anak muda Melayu menangis melihat suara, tangisan dan jeritan anak - anak kecil Melayu melihat rumah mereka dirobohkan.

Mana kalian semua ketika mereka menagih simpati? Mana kalian semua ketika surau di kampung tersebut dirobohkan? Mana keris - keris yang bersedia dihunuskan ketika mereka menangis? DI MANA SEMUA ITU?

Sudah pasti kita semua mendengar hujah mereka "Oh, rumah itu rumah haram." Oh alangkah pembohongnya mereka. Alangkah bangsatnya perangai mereka. Jika yang dirobohkan rumah itu hasil kerja-tangan Pakatan Rakyat, maka bersiap - sedialah gendang perang ditiupkan. Walaupun Pakatan Rakyat menggunakan hujah yang sama, namun itu salah bagi mereka. Jadi jadi manusia munafik atau perangai seperti Yahudi Zionis kepada pemimpin Perkasa. Jijik aku melihat sifat dan akhlak kalian semua.

Aku Melayu, tapi aku menentang Perkasa. Adakah ini bererti aku mengkhianati Melayu. Tidak sama sekali. Aku menentang Perkasa kerana mereka suka menutup sejarah.

Perkasa mewarisi ilmu menipu daripada Munsyi Abdullah dan sebagainya. Apabila sejarah ditutup maka secara tidak langsung ia boleh menyebabkan sesuatu kaum atau agama musnah sama sekali. Menentang Perkasa bererti aku mahu melihat bangsa Melayu hebat di mata dunia. Bangsa Melayu dianggap bangsa penyayang oleh bangsa Cina, India dan lain - lain. Bukannya lagi sebagai sebuah bangsa yang mengharapkan Umno atau Perkasa dan bukannya hanya tahu marah tapi tidak mahu berubah.

Jika benar Malaysia ini milik orang Melayu, maka buktikan dahulu dengan mencampak Umno dan Perkasa. Hanya dengan mencampak mereka sejauh - jauhnya barulah Melayu boleh kembali gemilang dan hidup bersama - sama dengan bangsa yang lain. Jauhkan anasir penghasut dalam Malaysia.

Aku Juga Se-Orang Muslim


Aku seorang Muslim dan Melayu. Aku cuba menjadi Muslim yang baik walaupun tidak sebegitu sempurna. Idola aku Nabi Muhammad s.a.w merupakan contoh terbaik aku. Dari kehidupan peribadinya hinggalah kepada cara Baginda s.a.w mentadbir negara. Apabila aku melihat wujud kumpulan - kumpulan melampau yang cuba mencemarkan nama baik agama ini maka aku harus bangkit lawan.

Perkasa cuba menjadi hero untuk orang Melayu. Tapi dalam masa yang sama, telah mencemarkan maruah orang Melayu kerana telah menyebabkan bangsa - bangsa lain menyampah dengan bangsa ini. Mereka telah menganggap orang Melayu sama saja kurang ajarnya dengan Perkasa dan Umno. Kadang - kala tindakan mereka yang menggunakan nama agama suci ini juga telah menyebabkan penganut agama lain menjadi bertambah jauh daripada Islam.

Dari isu kalimah Allah hingga masuk dalam masjid. Semuanya diMelayukan oleh Perkasa dan Umno. Sedangkan zaman Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah jadi begitu. Islam tidak diArabkan hatta Islam itu sendiri bercanggah dengan naluri asal orang Arab. Aku begitu geli dengan mereka ini. Geli sifat munafik yang mereka tonjolkan.

Mulut kata perjuangkan untuk bangsa dan agama tapi dalam masa mereka rela bersama - sama orang yang melakukan rasuah, terang - terang menindas rakyat dengan menaikkan harga minyak dan harga barang.

Ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w Abdullah bin Ubay merupakan ketua munafik pada zaman tersebut. Selepas kewafatan baginda s.a.w, lahir seorang lagi iaitu Abdullah bin Saba'. Masuk Islam namun dalam masa yang sama berniat menghancurkan agama ini dengan mencetuskan persengketaan sesama Islam.

Di Malaysia, wujud seorang individu yang perangai sama macam dua insan yang dilaknat ini. Permainan menempel muka dengan muka pengemis yang menimpa simpati. Aku masih ingat wajah Ibrahim Ali ketika sambutan hari Raya di rumah Anwar Ibrahim. Muka sedih dan tidak berdaya datang memohon simpati. Datang ke rumah Tuan Guru Nik Aziz meminta pertolongan agar diberi kerusi Pasir Mas. Bila sudah menang.

Memang melepaskan anjing. Sekarang dicubanya menggigit Anwar Ibrahim dan TG Nik Aziz. Menyalak tak tentu hala. Cuba memecah-belahkan undi orang Melayu. Dahulu sanggup turun ke jalanraya menentang kenaikan harga minyak di KLCC. Sekarang, diam takut menikus. Bacul dan jantan yang tiada telur apabila kuasa dan duit sudah diberikan. Lagi bangsat daripada Yahudi Zionis.

Aku Melayu, melihat gelagat Perkasa yang sememangnya menipu dan cubaan membodohkan orang Melayu menyebabkan aku merasa cukup jijik. Melayu bodoh maka senanglah mereka menjilat tangan Najib kerana jika Melayu jadi bodoh maka Umno akan terus berkuasa.

Operasi membodohkan Melayu harus dilaksanakan secepat mungkin. Lagi tebal kebodohan Melayu lagi berkuasalah Umno. Apabila berkuasanya Umno maka lagi senanglah mereka merompak harta rakyat. Apabila harta rakyat dirompak maka Perkasa mengharapkan sedikit sebanyak harta itu diberikan kepada mereka.

Aku Melayu dan aku faham sejarah. Suruh ahli - ahli kumpulan Perkasa baca balik buku teks sejarah tingkatan tiga (walaupun tak sampai 10% betul). Melayu berasal dari mana. China. Jadi apa perlu kita bergaduh. Sedangkan kita serumpun. Itu belum dikira manusia berasal dari Nabi Adam. Perkasa jangan jadi keldai. Cukup kamu seorang keldai tapi jangan diseret sama orang - orang Melayu menjadi keldai juga. Cukup kamu semua yang bodoh tapi dibodohkan minda orang - orang Melayu.

Aku Melayu. Malu aku apabila dicalitkan najis kebebalan Perkasa dan Umno atas nama Ketuanan Melayu. Malu aku apabila orang sebangsa aku sanggup jadi pak turut Perkasa dalam isu yang sengaja khas direka oleh Perkasa dan Umno. Sudahlah kita dibebalkan dengan sejarah rekaan Munsyi Abdullah, British dan Thailand sekarang kita sekali lagi dibengapkan oleh Perkasa dan Umno.

Melayu jangan jadi layu. Melayu harus tunjukkan kepada bangsa - bangsa lain bahawa kita sebenarnya cerdik. Kita mampu berubah. Kita mampu berfikir secara waras. Kita boleh bertolak - ansur dalam sesuatu perkara. Kita tidak gila macam Perkasa dan Umno. Kita tidak bodoh seperti Umno dan Perkasa.

Aku Melayu dan Islam. Aku memilih untuk menolak Umno dan Perkasa. Kalian semua bagaimana?

5 comments:

Anonymous said...

PERKASA ni yg jelasnya hanyalah perjuangan membantu APCO-UMNO sahaja.DrM tiada nanti,one-way ticketlah.Nak tahu perjuangan berkepentingan,cuba tawarkan presiden perkasa akan dilantik senator,tunggulah perebutan yg macam apco-umno juga !

Anonymous said...

Ibrahim Ali has a mouth like a chicken backside . He did not have to wait for the chicken to lay the egg all he can do is just suck it out from the chicken back . He is just that talk without using his brain.

Anonymous said...

AKU PUN MELAYU TAPI AKU BENCI KAU PENULIS DAYUS TEMA "Aku-melayu-tapi-aku-benci-perkasa".

Ingat. Jangan tak ingat.


Mahaguru GAYONG PANGLIMA ULUNG

LevelPlaying FieldMalay said...

Oh man....or may I say ..oh Allah..
another one of those...Malay who needs some pat on the back by other people of other races to make him feel..Im worth it.

A real inferiority complex..to the other races but a superiority complex to his own kind...

Go home and think about it....your mind and maturity or the lack of it..couldn't tell the difference between god and allah..

I can go on...but your lifeless soul wont be able to comprehend.

Anonymous said...

perkasa? what a joke! Hanya mekayu bodoh saja yg percaya brahim katak ni..

Manusia katak yg gila glamour. Si tua mahathir pun satu kalau dah pencen diam2 jelah!