Thursday 5 February 2015

TIT FOR TAT BOYCOTT: MALAYS BOYCOTT CHINESE BUSINESSES, AND CHINESE RETALIATE BOYCOTTING MALAY BUSINESSES


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertahankan kenyataan boikotnya, berkata saranannya itu sebenarnya memberi manfaat kepada semua kaum.

BACA ARTIKEL oleh  Malaysian Insider :http://tinyurl.com/m4q9wpw

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu mendakwa, terdapat sesetengah pihak yang terlalu sensitif dengan kenyataannya, melihat beliau seolah-olah terlalu cenderung menyerang sesuatu kaum.

"Mereka yang tidak boleh menerima, dan sensitif terutamanya, sebenarnya patut melihat gambaran lebih besar saranan saya supaya memboikot peniaga degil menurunkan harga barang," katanya dalam satu temubual ekslusif dalam program yang disiarkan di RTM TV1.

Ini katanya, memberi manfaat bukan sahaja kepada satu kaum, malah kepada semua rakyat Malaysia secara keseluruhan.

"Apa yang mereka patut lihat yang pertama ialah saranan, dan kedua ialah kesan saranan saya kalau pengguna benar-benar memboikot peniaga tidak turun harga

"Kerana kesannya, kalau harga turun, yang dapat manfaat ialah semua pengguna, tidak kira sama ada Melayu, Cina India dan sebagainya. Manfaat itu patut dilihat, bukannya perkara kecil kini yang sedang dimainkan," katanya. 

– 4 Februari, 2015.


1 comment:

Anonymous said...

Tetapi jangan boikot Jeffery Boycott nanti Cricket England banyak susah.