Thursday 22 May 2008

UMNO is Now Irrelevant to the Fate of the Malays

UMNO Umpama Kaki Tikam Ekor yang Hampir Menang !

by

al-Husseyn

Read here

Melayu itu Umno, Umno itu Melayu – demikianlah sinonimnya Melayu dengan Umno.

Walaupun Umno sebenarnya BUKAN di anggotai 100 % orang Melayu.

Disebalik itu, PAS lebih sinonim dengan Islam.Lantaran itu, jika ada sesiapa yang bercakap tentang Islam yang sebenar , maka individu itu akan dicop sebagai orang PAS. Malah menuduh PAS memperalatkan ugama!

Senario beginilah yang menyebabkan masyarakat Melayu mudah di exploitasi oleh puak-puak desperado Umno yang tersembam sewaktu pilihanraya ke-12 baru lalu.

Apabila Umno kehilangan banyak kerusi, maka berkeriaulah puak Umno ini mengatakan Melayu sudah hilang kuasa.

Mereka (UMNO) seolah-olah lupa bahawa tempat mereka telah diambil alih oleh PAS.

Umno berhadapan dengan PAS di kebanyakan kerusi pilihanraya yang lalu, sedangkan MCA dan MIC berdepan dengan PKR atau DAP.

Keputusan pilihanraya yang lepas jelas menunjukan orang Melayu sudah tidak percayakan Umno dan menganggap Umno sudah tidak relevan dengan perjuangan Melayu Islam!

Mereka mulai sedar bahawa selama ini Umno memang tidak boleh diharap.Dan sememangnya Umno sangat kelakar kerana tatkala menang 12 kerusi di Pulau Pinang, dia serahkan kepada Gerakan yang menang 10 kerusi!

Dan kalau di bandingkan dengan PAS Perak yang hanya 6 kerusi berbanding Umno yang dapat 23 kerusi, tapi PAS yang jadi MB , maka kelihatan PAS lebih bijak dari Umno .

Bukan nak kata Umno itu tidak bijak, tapi … entahlah , begitul berseninya kerja Allah SW sebagaimana tatkala mahukan 313 tentera Islam menewaskan 1000 tentera Musyrikin Madinah dahulu. Bersyukurlah kita – jangan lupa bantuan Allah amat hampir sekali.

Umno yang tidak dapat menerima hakikat tersebut melontarkan tohmahan terutamanya kepada PAS yang hanya memenangi 6 kerusi di Perak tetapi memperolehi kerusi MB, telah menuduh bahawa Nizar hanya dijadikan boneka sahaja oleh DAP dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Mereka menuduh bahawa DAP lah yang sebenarnya berkuasa di Perak; habis lingkuplah orang Melayu Perak! Hingga ada seorang pengusaha kantin begitu susah hati dan berkata dia mahu berhijrah meninggalkan negeri Perak! Persilakanlah …

Wahai Melayu Umno, lupakah kamu sewaktu kamu menyerahkan Pulau Pinang kepada Gerakan dahulu ? Walaupun Umno memenangi 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi dan MCA 3 kerusi – macamana Gerakan yang dilantik Ketua Menteri disitu?

Ah! Kamu boleh berikan 1000 macam alasan untuk itu.Apa yang jelasnya dan tidak dapat dinafikan, orang Melayu sudah terpinggir jauh di Pulau Pinang sejak langkah bijak yang Umno ambil itu.

Dan apabila Umno di Perak yang menang 23 kerusi tetapi tidak dapat dilantik menjadi kerajaan , berbanding dengan PAS yang menang 6 kerusi sahaja tapi dilantik menjadi MB – hati mana yang tak panas!

Keadaan inilah yang menyebabkan Umno Perak sangat meradang dan kecewa hinggakan Tajol Rosli terkejut dan terlalu bersedih hingga enggan menemui mana-mana pihak bagi mententeramkan perasaannya. (Read: Tajol Rosli kunci pintu dan menangis hampir 3hari tiga malam!)

Keadaan yang sangat unik inilah yang telah mengundang beberapa stesyen TV dari luar negara menemuramah MB Nizar.

Masakan tidak unik? PAS dan DAP yang sangat berbeza idologinya , tapi boleh bermuafakat menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat bersama PKR!

Umno berkata dengan sombong bodohnya , mereka hanya perlukan 2 kerusi untuk menumbangkan pemerintahan Pakatan Rakyat!

Ah Umno! mereka sedang mabuk berangan-angan saperti mana orang yang gila membeli tiket nombor ekor yang selalu sipi-sipi untuk menang hadiah pertama kerana hanya kesilapan satu dua angka sahaja….

Umno menang 12 kerusi di Pulau Pinang , tetapi Gerakan dengan 10 kerusi yang memerintah; Umno menang 23 kerusi di Perak , tetapi PAS dengan 6 kerusi yang jadi MB!

Umno pening memikirkan formulanya!

No comments: