Wednesday 5 May 2010

UPDATED !! Titah Raja BUKAN Arahan atau "Decree" Mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Quote

Sultan Selangor telah bertitah bahawa masjid tidak boleh digunakan untuk tujuan politik. Titah itu luas sekali skopnya.

Titah itu adalah pendapat peribadi baginda. Ia BUKAN arahan, perintah atau “decree”.

Dalam sistem Raja Berpelembagaan, sultan TIDAK boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman raja-raja Melaka dahulu.

Menurut Perlembagaan, apa-apa kehendak baginda mestilah disalurkan melalui Majlis Agama Negeri yang bermesuayarat dan keputusan mesyuarat itu akan diwartakan atau dijadikan “gazette” tentang apa-apa peraturan yang dikira perlu seperti mengeluarkan fatwa yang sah dan sebagainya.

Pendapat sultan hanyalah pandangan peribadi.

Jadi tak timbul soal Tok Guru Nik Aziz melanggar arahan Sultan Selangor seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri Najib Razak.

Tok Guru dan ramai lagi orang Islam yang TAK sependapat dengan pendirian peribadi Sultan Selangor.
- Zaid Ibrahim


Beza arahan dan pandangan peribadi

oleh

Zaid Ibrahim

Read here for more

Sultan Selangor telah bertitah bahawa masjid tidak boleh digunakan untuk tujuan politik. Titah itu luas sekali skopnya. Saya yakin baginda berniat ikhlas dan jujur tetapi tafsiran titah itu mungkin diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu.

Titah itu perlu diambil kira dalam konteks Perlembagaan Persekutuan dan kuasa-kuasa raja. Contohnya, apakah doa yang disambut oleh semua mukmin supaya “raja kita sanjung dan dipanjangkan umur” itu sebenarnya tidak bersifat politik? Kadang-kadang kita dengar dalam khutbah rasmi solat Jumaat yang memuji-muji kerajaan Barisan Nasional. Apakah itu bukan politik?

Titah itu adalah pendapat peribadi baginda. Ia bukan arahan, perintah atau “decree”. Dalam sistem Raja Berpelembagaan, sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman raja-raja Melaka dahulu.

Menurut Perlembagaan, apa-apa kehendak baginda mestilah disalurkan melalui Majlis Agama Negeri yang bermesuayarat dan keputusan mesyuarat itu akan diwartakan atau dijadikan “gazette” tentang apa-apa peraturan yang dikira perlu seperti mengeluarkan fatwa yang sah dan sebagainya.

Pendapat sultan hanyalah pandangan peribadi. Sekurang-kurangnya ia boleh dianggap sebagai nasihat yang baik – untuk semua pihak, bukan bagi mana-mana individu atau kumpulan sahaja.

Jadi tak timbul soal Tok Guru Nik Aziz melanggar arahan Sultan Selangor seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri Najib Razak. Tok Guru dan ramai lagi orang Islam yang tak sependapat dengan pendirian peribadi Sultan Selangor.

Pada zaman sekarang dan mengikut Perlembagaan, tak sependapat hanya bererti berbeza pandangan. Ia bukan satu kesalahan. Ia juga bukan perbuatan menghina.

Lainlah pula bila Sultan Pahang menitahkan supaya Kartika Sari Dewi tidak perlu dirotan; ia adalah keputusan yang sah kerana baginda ada kuasa di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri untuk berbuat demikian. Itu pun ramai yang membantah dan melenting, malah ada yang mengkritik keputusan Sultan Pahang, termasuk dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

Jadi mengapa Najib tidak membela Sultan Pahang atas keputusan baginda yang sah dari segi undang-undang tetapi hanya mahu membela Sultan Selangor walaupun itu hanya pendapat peribadi?

Sebabnya, politiklah. Bila Sultan melakukan sesuatu yang nampak menguntungkan UMNO, maka mesti Najib bela.

Sepatutnya Perdana Menteri mesti faham perbezaan antara perintah dan arahan, dengan pendapat dan pandangan peribadi, dalam konteks Perlembagaan Persekutuan. Barulah rakyat terutamanya orang Islam tidak mudah dipesongkan dengan dakyah politik.

ENGLISH TRANSLATION of Above Article by Zaid Ibrahim

The Sultan of Selangor recently declared that mosques could not be used for political purposes. It was a widely general pronouncement. I am certain that His Highness’s intention was sincere, but certain quarters have probably chosen to interpret the statement to their own advantage.

The pronouncement must be considered in the context of the Federal Constitution and the powers that rulers may exercise. For example, should we consider it a political issue when a Friday congregation praises the sultan and supplicates with God to grant him a long life? And sometimes we hear Barisan Nasional being praised in officially-approved Friday sermons. Is that not political?

The pronouncement was His Highness’s personal opinion. It was not a directive, command or decree.

In a constitutional monarchy, sultans CANNOT  issue directives or commands like they could during the time of the Malacca Sultanate. 

According to the constitution, whenever a sultan feels a need to make a religious ruling, his proposal must first be considered by the state religious council, which would gazette the result of its deliberation as a fatwa or some other form of proclamation. 

A sultan’s opinion is his own. It can be considered good advice — to be heeded by all, not just certain individuals or groups.

Therefore, the question of Tok Guru Nik Aziz disobeying the Sultan of Selangor does not arise, even if Prime Minister Najib Razak says it does. Tok Guru and plenty of other Muslims do not share the Sultan of Selangor’s personal opinion.

In our time and according to the constitution, it is not wrong to have differences of opinion. To differ is not the same thing as to insult.

It was a different case when the Sultan of Pahang decreed against the caning of Kartika Sari Dewi. It was a legitimate command; the State Islamic Administration Enactment gives him the right to issue it. 

Even so, many were upset and expressed their disagreement. Indeed, some quarters, including the Malaysian Syariah Lawyers Association, criticised the Sultan of Pahang for that decision.

So how was it Najib did not defend the Sultan of Pahang for his decree, which was legitimate, while he is so ready to defend the Sultan of Selangor for his personal opinion?

The reason, of course, is politics. When a sultan does something to UMNO’s advantage, Najib must defend him.

We would expect the Prime Minister to know the difference between a decree or directive and an opinion or personal view and to behave accordingly. Otherwise, the rakyat, especially Muslims, will continue to be misguided through political manipulation.

No comments: