Peringatan Sejarah:
"..... Orang UMNO sendiri lupa bahawa Dato Onn Jaafar sendirilah yang pada akhirnya yang menentang UMNO.
Apabila Dato Onn Jaafar KELUAR daripada UMNO dan menubuhkan Parti Negara lalu bertanding dalam pilihanraya umum di Johor Bharu pada tahun 1955 Dato Onn telah kalah.
Lalu pada pilihanraya tahun 1959 PAS telah memberi laluan kepada Dato Onn Jaafar untuk bertanding di kubu kuat PAS ketika itu iaitu di Kuala Trengganu lalu Dato Onn telah memenangi kerusi tersebut.
Inilah sejarah yang sering dilupakan oleh rakyat malah orang UMNO sendiri....." Read here for more
AKU MELAYU
Read here for more
Aku juga Melayu. Aku juga beragama Islam.
Tapi kenapa aku membenci tindakan sesetengah tindak - tanduk pemimpin Umno yang mengaku diri mereka memperjuangkan Melayu.
Adakah dengan langkah aku membenci Umno maka aku mengkhianati Melayu?
Aku benci kepada Umno kerana mereka sering kali memperbodohkan Melayu.
- Lihat sahaja laungan Ketuanan Melayu tapi yang merampas tanah - tanah orang Melayu adalah mereka.
- Yang merobohkan Kampung Berembang adalah mereka.
- Yang menutup mata untuk penduduk Kampung Tanjung Tokong Pulau Pinang adalah mereka.
- Yang merampas biasiswa untuk Bumiputera adalah mereka.
Kenapa masih ada yang mempercayai Umno memperjuangkan Melayu. Kenapa masih ada yang terus - menerus memberi undi kepada Umno?
Aku Melayu, tapi aku tidak pernah sesekali memberikan undi aku kepada Umno kerana aku yakin Umno tidak pernah mempertahankan Melayu.
Mereka hanya menggunakan nama Melayu untuk merompak harta negara. Mereka mencandukan orang Melayu dengan slogan - slogan yang cukup enak untuk didengar.
Buktinya?
Lihat sahaja rumah Khir Toyo. Hartanya puluhan juta. Hasilnya kerana terus menerus memperbodohkan Melayu. Apabila Melayu khayal dan terus seronok menyokong Umno, maka lahirlah Istana Kaya Raya Khir Toyo.
Apakah itu tidak cukup untuk membuka mata orang Melayu?
TIDAK ! Orang Melayu disajikan dengan orang Cina nak rampas tanah Melayu. Orang Cina akan buang hak - hak Melayu. Tanah orang Melayu akan dirampas oleh Cina. Sokong parti pembangkang orang Melayu akan musnah.
Maka orang Melayu sekali lagi terpedaya dengan dakyah dan tipu muslihat bangsat Umno ini. Sedangkan yang berusaha untuk menghalau orang Melayu di tanah mereka sendiri adalah orang Umno.
Lihat sahaja apa yang berlaku di Kampung Berembang. Orang Melayu dihalau bagaikan anjing.
Apakah itu tidak cukup memperlihatkan betapa bangsatnya Umno?
Aku Melayu, apabila melihat betapa bangsatnya penipuan Umno terus aku membenci Umno.
Aku yakin Umno tidak pernah ikhlas mahu membantu orang Melayu. Umno hanya mempergunakan sensitif orang Melayu untuk mengekalkan kuasa mereka dan terus - menerus mengKAYAkan sanak - saudara mereka.
Atas sebab itu aku yakin, Umno harus dimusnahkan jika tidak, orang Melayu terus akan mundur di kampung. Orang Melayu tergadai tanah mereka. Orang Melayu terus - menerus nasib mereka tidak dibela.
Namun sayangnya, hanya segelintir sahaja yang berfikiran seperti aku. Masih ramai lagi disana yang terpedaya dengan tipu muslihat Umno.
Kenapa mereka masih tidak berubah? Kerana maklumat tidak sampai. Menjadi tanggungjawap kita menyampaikan maklumat untuk mereka.
Aku Melayu apakah dengan penulisan ini aku dianggap mengkhianati Melayu? Silakan.
Aku mahu melihat Melayu bebas dari pengaruh Umno yang bangsat ini. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w pun digelar pengkhianat oleh puak Jahiliyyah Quraisy.
Jadi aku akan terus - meneruskan mengatakan Umno pengkhianat Melayu.
Buang Umno maka Melayu selamat. Percayalah
1 comment:
aku melayu!!
Post a Comment