Wednesday 12 November 2008

A Father Remembers the Love for his Murdered Daughter, Altantuya Shariibuu


Razak Baginda Admitted Having
a Love-Affair with Altantuya






"I Fall to Pieces"




Political analyst Abdul Razak Baginda was acquitted by the High Court here of abetting in the gruesome murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu.
Razak is a close associate of Najib Razak, the Deputy Prime Minister.

Razak, 48, had faced the death penalty if he had been convicted of abetting in the killing of Altantuya, with whom he had an eight-month affair.He has acknowledged having the affair. The prosecution had argued he ordered her killing after she pestered him for money.

The court's decision will certainly arouse even more controversy because of Razak's ties to Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

High Court judge Datuk Mohamad Zaki Md Yasin said the prosecution had failed to establish a case against Razak.

Altantuya's father Setev Shaariibuu was distraught with the decision,

Setev told reporters:

"I am not satisfied.My daughter knows only one Malaysian and it is Razak Baginda. Now my daughter is dead and Baginda is freed.

The country has lost credibility."

Chief Inspector Azilah Hadri, 32, and Corporal Sirul Azha Umar, 37, who are members of the police Special Action Force (UTK), were, however, ordered to enter their defence to the charge of murder.Azilah and Sirul are jointly charged with murdering Altantuya, 28, at a location in Mukim Bukit Raja, Selangor between 10am on Oct 19, 2006 and 1am the following day.Razak was charged with abetting them.

The prosecution is expected to file an appeal against Razak's acquittal.

Najib has consistently denied any involvement in the case or that he even knew the victim but he has spent the past two years finding it hard to shrug off the non-stop allegations made against him by his opponents. Read here for more

The Father Remembering
Her Murdered Daughter





Visit to the Crime Scene




Appealing for Malaysian Justice
for her Murdered Daughter




Claims and Allegations Linking DPM Najib to Altantuya Shariibuu




Press Conference:
Najib Denies Involvement and Knowing Altantuya




MUST WATCH VIDEO:
LIE-DETECTOR TACTIC
- Who is Lying?


2 comments:

Anonymous said...

question: now that rb is acquitted but he confirmed he had an affair with altantuya, why doesn't the Islamic authorities go after him to rehabilitation for immoral acts? Is there a different set of rules for apostasy and adultery?

Maqbul said...

Thursday June 28, 2007
Altantunya told me she wed Razak in 2004, says PI

By CHELSEA L.Y. NG and CECIL FUNG

DAY 8: AT THE SHAH ALAM HIGH COURT

POLITICAL analyst Abdul Razak Baginda married Mongolian beauty Altantuya Shaariibuu in Hong Kong in 2004, the High Court heard yesterday.

Private investigator Ang Chong Beng testified that Altantuya told him about the marriage in September last year.

He said she had engaged his services in mid-September to check on the whereabouts of Abdul Razak, her “husband”.

“She told me they got married more than two years ago in 2004 in Hong Kong. I did not ask for documentary proof from Hong Kong. I did not think I had the right to do so,” said Ang, 56, the prosecution’s fifth witness.
Missing you: Abdul Razak kissing his daughter Rowena goodbye after the day’s hearing at the Shah Alam High Court yesterday.


He agreed with Abdul Razak’s counsel Wong Kian Kheong that he had accepted Altantuya’s bare assertion about the marriage despite his more than 20 years' experience as a private eye.

However, he did not know that a marriage registered in Hong Kong was valid in Malaysia, which is a Commonwealth country.

He added that during his first meeting with Altantuya in mid-September last year, she had instructed him to check on Abdul Razak's whereabouts.

“She wanted to know whether Abdul Razak was in Malaysia or abroad,” he said.

Asked by Wong whether he knew by then that the political analyst was a married man, Ang, who is also known as Richard, said he was not aware.

He said he also did not verify then whether Abdul Razak was married or if he was a Muslim.

“But now I know he has a wife and he is a Muslim. I found out on Oct 13 that he had a wife. I did not know the wife’s name but it was not Altantuya,” he said.

He said Altantuya also did not produce any documentary proof of her marriage to Abdul Razak.

Ang said he did not advise Altantuya to see a lawyer about her “marital problem.”

Re-examined by DPP Manoj Kurup, Ang said he did not ask for proof of marriage because it was not a practice to do so.

Immediately after the court broke for lunch, Abdul Razak, who was in the dock, stood up and gestured to the pressmen in the courtroom to approach him.

When the proceedings resumed in the afternoon, Wong contended during cross-examination that Abdul Razak never married Altantuya either in Hong Kong or anywhere else.

Ang replied that he did not know.

Hearing continues today.


Razak bersama Altantuya di HK, Shanghai, Singapura
Razak Baginda membisikkan sesuatu kepada isterinya, Mazlinda Makhzan semasa dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.



SHAH ALAM 28 Jun – Burmaa Oyunchimeg memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia ada bersama Altantuya Shaariibuu dalam tiga pertemuan antara sepupunya itu dengan teman lelakinya, Abdul Razak Abdullah Baginda di Hong Kong, Shanghai, China dan Singapura.

“Pertemuan pertama, di sebuah hotel di Hong Kong iaitu antara penghujung bulan November dan pertengahan Disember 2004. Ketika itu, Altantuya telah memperkenalkan saya kepada Abdul Razak,” kata Burmaa yang juga dikenali sebagai Amy.

Saksi pendakwaan yang keenam itu berkata, dia yang memang rapat dengan Altantuya, turut bersama wanita itu, dalam pertemuan kedua yang berlaku di Shanghai pada bulan Januari 2005.

“Ketika itu, saya dan Altantuya telah pergi ke Shanghai untuk bertemu Abdul Razak. Kami berdua menaiki pesawat dari Hong Kong,” tambah saksi lagi.

Burmaa meneruskan ceritanya, dalam pertemuan ketiga iaitu di Singapura pada bulan Mac 2005.

“Saya pergi ke Singapura kerana mereka berdua bersama ketika itu. Mereka bersama sebelum saya sampai,” katanya lagi.

Menurut saksi itu, Altantuya sering mengunjunginya yang mengambil kursus bahasa Inggeris di Hong Kong dan Abdul Razak kerap kali menghubungi teman wanitanya itu melalui telefon bimbitnya.

“Ketika Abdul Razak berada di Malaysia mahupun England, dia selalu menghubungi Altantuya melalui telefon bimbit saya di Hong Kong,” ujar saksi lagi.

Abdul Razak juga, tambah Burmaa, pernah menghubunginya untuk memberitahu bahawa dia (Abdul Razak) telah memindahkan (transfer) wang kepada Altantuya melalui Western Union.

Menurut Burmaa, Abdul Razak telah memintanya supaya memberitahu Altantuya nombor rujukan urusan tersebut disebabkan tertuduh itu tidak berjaya menghubungi Altantuya di Mongolia.

Oleh kerana Burmaa juga gagal dalam usaha menghubungi Altantuya di Mongolia, katanya, dia telah menghantar SMS kepada sepupunya itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup bertanya: “Pernahkah Abdul Razak menghubungi kamu tahun lalu untuk memberitahu bahawa dia tidak mahu lagi menghantar wang untuk Altantuya.”

Burmaa: “Tidak. Abdul Razak tidak pernah menyebut apa-apa tentang wang.”

Manoj: “Adakah Abdul Razak menghubungi kamu pada bila-bila masa dalam tahun 2006 dan memberitahu yang dia tidak mahu lagi bertemu dengan Altantuya.”

Burmaa: “Abdul Razak pernah menghantar SMS kepada saya.”

Manoj: “Boleh kamu ingat apakah SMS yang dihantar oleh Abdul Razak.”

Burmaa: “Amy, can you let Altantuya know, I don’t want to see her again.” (Amy, bolehkah kamu beritahu Altantuya bahawa saya tidak mahu lagi bertemu dengannya).

Ketika memaklumkan SMS tersebut, menurut Amy, Altantuya hanya memberikan reaksi: “Ia hanyalah masalah kecil. Saya akan selesaikan.”

Burmaa yang disoal lanjut oleh Manoj mengenai perkara tersebut berkata, dia diberitahu oleh sepupu rapatnya itu bahawa masalah kecil tersebut hanya berpunca daripada salah faham.

Saksi juga menyatakan yang dia telah dimaklumkan oleh Altantuya bahawa wanita itu akan berlepas ke Malaysia untuk bertemu Abdul Razak.

Diminta oleh Manoj supaya menggambarkan hubungan Abdul Razak dengan Altantuya pada persepsinya, saksi mengatakan bahawa mereka terlalu rapat umpama teman lelaki dan teman wanita.

Disoal pula berapa kerapkah Abdul Razak menghantar wang untuk teman wanitanya itu dan berapakah jumlahnya, saksi mendakwa bahawa dia tidak tahu.

Saksi itu memberi keterangan pada perbicaraan terhadap tiga tertuduh iaitu, dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Cif Inspektor Azilah Hadri, 31, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, serta penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 47.

Mengenai isu kehilangan Altantuya, kata Burmaa, dia telah berlepas dari Hong Kong ke Malaysia sebaik sahaja diberitahu oleh Namiraa Gerelma dan Uuriintuya Gal-Uchir pada 22 Oktober 2006.

Katanya, dia telah memberikan gambar Altantuya yang disimpan di dalam dompetnya kepada polis untuk tujuan siasatan.


Altantuya dan Abdul Razak makan angin ke Perancis, Itali

SHAH ALAM 29 Jun — Hari kesepuluh perbicaraan kes pembunuhan model sambilan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu diberitahu bahawa Altantuya dan Abdul Razak Baginda telah pergi makan angin bersama-sama ke Perancis dan Itali pada 2005.

Burmaa Oyunchimeg, 26, menyangkal cadangan kononnya hubungan antara sepupunya Altantuya Shaariibuu dan penganalisis politik itu telah putus pada bulan Ogos 2005.

“Saya tahu kenapa mereka (Altantuya dan Abdul Razak) masih mempunyai hubungan (dan belum putus pada akhir bulan Ogos 2005). Mereka pergi makan angin ke Eropah — Perancis dan Itali, bersama-sama,” kata Burmaa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya (TPP), Manoj Kurup semasa pemeriksaan semula.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Abdul Razak, Wong Kian Kheong, Burmaa tidak bersetuju bahawa beliau tidak mengetahui secara peribadi perjalanan Abdul Razak dan Altantuya ke Eropah kerana beliau tidak mengikut mereka.

Semalam, Burmaa memberitahu mahkamah bahawa beliau menerima satu pesanan ringkas (SMS) pada 2006 daripada Abdul Razak yang mengatakan bahawa beliau (Abdul Razak) tidak mahu berjumpa Altantuya lagi.

Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju dengan Kian Kheong semasa diperiksa balas bahawa Abdul Razak telah memberitahunya (Burmaa) menerusi SMS bahawa beliau telah memutuskan hubungan dengan Altantuya pada 2005.

Burmaa, saksi pendakwaan keenam, memberi keterangan pada perbicaraan terhadap C/Insp. Azilah Hadri, 30, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, yang didakwa membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja di sini antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lepas.

Abdul Razak, 46, dituduh bersubahat dengan kedua-dua anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) itu untuk melakukan pembunuhan itu di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi, 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam, 19 Oktober tahun lepas.

Mereka boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Burmaa, yang memberi keterangannya dalam bahasa Mongolia dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh seorang penterjemah mahkamah, juga tidak bersetuju kepada soalan bahawa beliau tidak tahu secara peribadi bagaimana Altantuya hilang.

“Saya tidak bersetuju kerana saya tahu beliau (Altantuya) datang untuk berjumpa dengan Razak Baginda. Beliau hanya tahu Razak Baginda di Malaysia.

Saya pernah melihat gambar Altantuya, Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan,” katanya.

Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat.

Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong).

Karpal: “Boleh kamu terangkan gambar apa?"

Burmaa: “Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat.”

Karpal: “Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu?

Burmaa: “Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda).”

Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah.

Pada mulanya berlaku sedikit kekeliruan di mahkamah apabila Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin berkata beliau tidak mempunyai keterangan Burmaa berkaitan dengan gambar itu dalam rekodnya.

Karpal Singh memberitahu hakim itu bahawa Burmaa telah memberi keterangan tetapi beliau (hakim) tidak mencatatnya. – Bernama

Altantuya, Razak ke Eropah
MAZLINDA Makhzan menunjukkan kitab The Holy Quran kepada suaminya, Abdul Razak Abdullah Baginda ketika beliau tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. – Gambar RAJA JAAFAR ALI.



SHAH ALAM 29 Jun – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa hubungan Altantuya Shaariibuu dengan Abdul Razak Abdullah Baginda boleh diibaratkan seperti teman lelaki dan teman wanita, serta pasangan itu pernah pergi bersama ke Eropah termasuk Perancis dan Itali.

Burmaa Oyunchimeg, 26, berkata, Altantuya dan Abdul Razak masih mempunyai hubungan pada Ogos 2005 dan percaya bahawa hubungan itu masih terjalin sebelum wanita itu pergi ke Malaysia pada Ogos 2006.

Sebab itu, menurutnya, dia tidak bersetuju dengan soalan pihak pembelaan semasa soal balas semalam bahawa meskipun selepas Abdul Razak memutuskan hubungan dengan Altantuya, lelaki itu masih menghantar wang kepada sepupunya.

Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup yang menyoal semula saksi itu berkata: ‘‘Mengapa kamu menjawab tidak setuju dengan soalan bahawa Abdul Razak menghantar wang walaupun selepas dia memutuskan hubungan Altantuya?”

Burmaa: ‘‘Kerana hubungan mereka seperti teman lelaki dan teman wanita.”

Manoj: ‘‘Kamu tidak menjawab soalan.”

Burmaa: ‘‘Saya tidak setuju kerana Altantuya beritahu saya terdapat sedikit salah faham, jadi dia mahu selesaikannya.”

Manoj: ‘‘Tetapi dia beritahu kamu perkara ini selepas dia pergi ke Malaysia pada Ogos 2006?”

Burmaa: ‘‘Ya.”

Manoj: ‘‘Bagaimanapun pada Ogos 2005, hubungan tersebut masih terjalin?”

Burmaa: ‘‘Ya. Saya tahu hubungan itu masih terjalin kerana mereka bersama-sama pergi ke Eropah, Perancis dan Itali.”

Menjawab soalan pada hari ke-10 perbicaraan kes bunuh Altantuya, Burmaa berkata, dia tidak setuju yang dia tidak mempunyai pengetahuan peribadi mengenai kehilangan Altantuya kerana dia tahu sepupunya itu pergi ke Malaysia berjumpa dengan Abdul Razak.

“Di Malaysia, dia (Altantuya) cuma kenal Abdul Razak. Saya tahu dia pergi berjumpa Abdul Razak kerana saya ada melihat gambar Altantuya, Abdul Razak dan seorang pegawai kerajaan,” ujarnya.

Manoj: ‘‘Tunggu, tunggu, tunggu.. kamu secara peribadi tahu bagaimana dia hilang?”

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin turut mencelah dan bertanya bagaimana Altantuya ‘hilang’.

Burmaa: ‘‘Kerana Namiraa (Gerelmaa) dan Uuriintuya (Gal-Ochir) beritahu saya.”

Berikutan soalan mengenai kunjungan Altantuya dan Abdul Razak ke Eropah, Itali dan Perancis tidak ditimbulkan semasa pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas sebelum ini, Hakim Mohd. Zaki kemudian membenarkan peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Abdul Razak menyoal balas saksi itu kerana ia adalah isu baru.

Kian Kheong: ‘‘Setuju bahawa kamu tidak pergi bersama Altantuya dan Abdul Razak ke Eropah?”

Burmaa: ‘‘Ya.”

Kian Kheong: ‘‘Setuju atau tidak memandangkan kamu tidak pergi bersama mereka, kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenai lawatan tersebut?”

Burmaa: ‘‘Tidak setuju.”

Terdahulunya, Burmaa yang memberi keterangan dalam bahasa Mongol dan diterjemahkan oleh jurubahasa wanita, Enkhjargal Tsetsgee berkata, dia tidak setuju bahawa khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada penyiasat persendirian upahan Abdul Razak, P. Balasubramaniam adalah satu ugutan.

Manoj: ‘‘Kenapa kamu tidak setuju ia adalah satu ugutan?”

Burmaa: ‘‘Saya tidak faham soalan peguam bela. Dia bercakap terlalu cepat. Ia bukan satu ugutan kerana setiap kali saya hubungi Bala, dia kata Altantuya balik dengan teksi.”

Manoj: ‘‘Mengapa kamu menghantar SMS kepada Bala?”

Burmaa: ‘‘Setiap kali saya telefon dia, dia tidak pernah memberitahu perkara sebenar. Dia kata Altantuya balik dengan teksi. Ia tidak benar dan apabila saya tanya lagi talian telefon selalu terputus. Saya hantar SMS kerana marah dan risau. Saya cuba mencari kakak saya (Altantuya).”

Semalam, saksi itu diminta oleh Kian Kheong membaca SMS yang memarahi dan memaki Balasubramaniam.

Menjawab soalan lain Manoj, Burmaa berkata, Altantuya ada memintanya supaya tidak membuat laporan polis dan menunggu dua atau tiga hari lagi sebelum diketemukan dengan Abdul Razak, semasa sepupunya itu berada di Balai Polis Brickfields pada 17 Oktober tahun lalu.

Dalam keterangannya, Burmaa juga berkata, dia menunggu sehingga 20 November untuk membuka beg Altantuya berikutan beg hitam milik sepupunya itu berkunci.

Manakala beg warna putih (yang mengandungi nota terakhir Altantuya) diberitahu oleh Uuriintuya mengandungi barang-barang milik anak Altantuya dan tidak perlu dibuka, katanya.

Selepas soalan balas Kian Kheong, peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Karpal Singh memohon untuk turut mengemukakan soalan tetapi dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hazmah dan peguam Hazman Ahmad yang mewakili tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri.

Karpal ingin bertanya saksi mengenai kerja dan kemampuannya (Altantuya) berbahasa dan juga tentang pegawai kerajaan yang dikatakan terdapat dalam sekeping gambar.

Tun Abdul Majid dengan tegas berkata: ‘‘Saya bantah, tidak relevan.”

Hakim Mohd. Zaki mencelah: ‘‘Gambar apa?”

Di peringkat ini, mahkamah hangat seketika apabila Burmaa mendakwa, Altantuya memberitahunya ketika di Hong Kong bahawa dalam gambar itu dia bersama Abdul Razak, pegawai kerajaan dan beberapa orang lagi sedang menikmati hidangan di sebuah meja bulat di Perancis.

(Bagaimanapun gambar yang dikatakan itu tiada ditunjukkan di mahkamah).

Karpal menyoal siapakah pegawai kerajaan tersebut dan adakah Burmaa mengenalinya.

Burmaa: ‘‘Saya ingat nama Najib Razak. Sebab nama Razak adalah sama. Saya tanya dia (Altantuya), jika mereka adik-beradik kerana nama serupa.”

Tun Abdul Majid: ‘‘Perkara ini tidak relevan.”

Hakim Mohd. Zaki berkata, beliau merekodkan kenyataan tersebut.









If both Najib & Rosmah were not involved....Then WHO dun it ? Why this joker was acquitted without his defence being called? The sitting judge said that the prosecution failed to provide a prima facies case!!!! The prosecutor (Tun Majid ) never attempted to file an appeal!!! But for Raja Petra and Anwar cases the prosecutors immediately lodged their appeal!! Ini lah cerita Puteri Si Guntang ......certain people are UNTOUCHABLE. Do you trust your life and monies to such people in Putrajaya.........Dacing BN!

Have a nice weekend.

Breaking News : Malaysiakini , Thursday 20, 08