Tuesday 6 October 2009

UPDATED! PAS's Hassan Ali, Penganut Islam Yang Membohong dan Menipu

Read here for more

KAKI PEMBOHONG DAN PENIPU
DALAM PIMPINAN PAS




Note:
Immediately after 2008 March election, PAS Selangor Commissioner Hassan Ali engaged in secret negotiations with Khir Toyo to explore the possibility of PAS forming an alliance with Umno to jointly rule the state. This alliance would of course exclude PKR and DAP who were going to be Menteri Besar and Deputy Menteri Besar respectively.

Most of PAS grassroots members were kept in the dark of the secret talks.

During their secret negotiation, UMNO proposed that Hassan Ali to be appointed Selangor Mentri Besar in a BN-led State Govt with Khir Toyo as Deputy Menteri Besar . Read here and here


Quote:

"... Segala yang diperkatakan oleh Hassan Ali adalah BOHONG semata-mata.

Sedih sekali apabila Hassan Ali sanggup berbohong kepada Perhubungan Negeri dalam isu ni:
  • Kononnya sudah ada keputusan exco,

  • Kononnya dia berbuat begini kerana membela melayu kerana DAP memperjuangkan Cina,

  • Kononnya para pegawai kerajaan dilayan seperti budak kecil.
Semua bohong yang dibawa oleh Hassan Ali yang ditaja oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri yang bersubahat dalam korupsi dan salah guna kuasa UMNO dan BN.

Perjuangan Melayu? Apakah yang hendak diperjuangkan oleh Hassan Ali di dalam melindungi pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam korupsi?

Tindakan Dato Hassan ini memberi gambaran bahawa PAS dan Islam mengharamkan “beer” tapi menyokong korupsi.

Dan yang lebih besar kesalahan Hassan Ali adalah beliau telah bertindak lebih kuah dari sudu apabila isu ini telah dijamin akan diselesaikan oleh MB sendiri. Sepatutnya kalau ada kenyataan akhbar, harus datang dari MB bukan Hassan Ali.

Dalam perjumpaan dengan DO dan ADO itu, MB telah meminta Dato Hassan untuk berkata-kata namun Dato Hassan membisu seribu bahasa sepanjang majlis itu.

Bila MB suruh bercakap malam tu, tak bercakap pula. Senyap sunyi.

Kita semua sudah maklum Dato Hassan ada sebuah NGO bawah tanah bernama “PROMIS ” yang selalu mengadakan pertemuan di rumah Dato Hassan. PROMIS ini adalah terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan Selangor dan saya yakin mereka inilah yang merancang untuk Dato Hassan melakukan tindakan yang menghina serta menjatuhkan maruah SELCAT dan Pakatan Rakyat. ..."
-"Tulang Besi"

Kronologi Peristiwa Hassan Ali Menentang SELCAT

Excerpts:

Read here for more in Malaysia Waves

Setelah SELCAT mula memanggil para DO dan ADO kerana menyiasat bagaimana peruntukan-peruntukan wakil rakyat boleh dihabiskan dalam masa yang begitu singkat sehingga memaksa kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan tambahan kepada majoriti DUN2 dalam Selangor. (Rujuk"Pegawai Kerajaan Dibuli SELCAT? Saksikan Sendiri di Youtube")
  1. Sebelum Hari Raya AidilFitri tahun ini, MB Selangor serta beberapa exco telah mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES).

  2. Di dalam mesyuarat tersebut, MB telah di “hijack” oleh para DO. Mereka mengadu kononnya mereka telah dilayan dengan cara yang tidak menyenangkan sekali di dalam sessi prosiding SELCAT.

  3. Dato’ Hassan, pada masa itu menghadiri mesyuarat MTES, dengan terus menyokong rintihan para DO dan ADO berkenaan. Dan Dato Hassan membuat sokongan tersebut dengan impromptu tanpa merujuk kepada wakil PAS di dalam SELCAT, yakni YB Saari Sungip.

  4. MB pula setelah mendengar komplen dari para DO, telah berjanji akan mengadakan pertemuan dengan SELCAT serta para DO dan ADO bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh para DO.

    Jawapan Kepada Media Hassan Ali TIDAK MERUJUK KEPADA SELCAT dan Wakil PAS Dalam SELCAT

  5. Tiba-tiba pada 24 September, Dato Hassan, dalam menjawab soalan wartawan, telah menyelar SELCAT dan meminta SELCAT mengubah cara dan kaedah perjalanan kerana menurut beliau melayan para DO seperti budak-budak.

  6. Beliau juga mencadangkan supaya keanggotaan SELCAT diubah dan dimasukkan sekali nama-nama yang terkenal dari kalangan bekas-bekas hakim dan mereka yang dikenali dan dihormati dalam bidang undang-undang.

  7. Beliau juga meminta supaya SELCAT mengadakan satu buku panduan bagi memastikan perjalanan SELCAT ini tidak tercemar.

    Antara kata beliau yang dilaporkan oleh Bernama adalah:
    "Many of them complained that they were being questioned for decisions made by ex-politicians, and treated like school kids.”
  8. Barang diingat, kenyataan media Hassan Ali ini dibuat SEBELUM perjumpaan antara SELCAT dan para DO diadakan.

  9. Juga, Hassan Ali tidak sedikit pun MERUJUK KEPADA SELCAT dan WAKIL PAS dalam SELCAT bagi mendapat gambaran yang seimbang serta berasas semasa membuat kenyataan ini. Beliau percaya bulat-bulat pada dakwaan pegawai-pegawai kerajaan.

  10. Sedangkan cara Teng menyoal pegawai2 ini serupa dengan cara Teng menyoal Datin Khairiyyah. Takda pun kita dengar Datin Khairiyyah merengek2 macam budak kecik.

    Mesyuarat Khas Perhubungan Negeri Selangor Membincangkan Isu SELCAT

  11. Kenyataan Hassan Ali itu telah mengundang kemarahan banyak pihak termasuk beberapa pimpinan PAS Selangor seperti Khalid Samad dan Saari Sungip.

  12. Untuk menenangkan keadaan, Dato Hassan telah memanggil mesyuarat khas Perhubungan PAS Selangor.

  13. Di dalam mesyuarat tersebut, Dato Hassan telah mengatakan bahawa isu SELCAT ini telah pun dibincangkan dalam mesyuarat exco dan exco telah bersetuju untuk membaiki kaedah dan perjalanan SELCAT. Beliau juga berkata kenyataan yang beliau buat itu adalah atas platform beliau sebagai exco dan bukannya sebagai PJ PAS Selangor.

  14. Mesyuarat khas perhubungan Negeri Selangor itu juga TIDAK MENJEMPUT YB Saari Sungip, wakil PAS dalam SELCAT untuk member keterangan.

  15. Dan Hassan Ali tidak sebut pun pasal MTES dan komitmen MB untuk menemukan para DO bersama SELCAT. Mesyuarat itu juga dicemari oleh para YDP yang dangkal pemikiran yang sebuk membawa isu wala’, padahal isu yang sebenarnya adalah SELCAT dan Hassan Ali membuat kenyataan terbuka kepada media.

    Padahal “Tahaluf Siyasi” ini juga salah satu dari dasar PAS.

    Bodoh juga setengah-setengah YDP PAS ni. Wakil Pemuda juga bodoh sebab berkata yang PAS seharusnya memperjuangkan hak Melayu-Islam di Selangor.


    Padahal Islam itu “rahmat ke seluruh alam” mencakupi segenap manusia, binatang2 dan tumbuh2an.

    Hassan Ali Berdiam Diri Sepanjang Pertemuan SELCAT Bersama DO dan ADO


  16. Akhirnya, pada 20 29 September 2009, diadakan pertemuan antara SELCAT dan para DO, seperti yang dijanjikan MB sebelum Hari Raya.

  17. Di dalam mesyuarat tersebut, YB Teng telah menerangkan kepada para DO dan ADO, beliau bersikap kasar sedikit kerana para DO dan ADO tidak mahu memberi kerjasama kepada beliau di dalam menjawab soalan-soalan yang beliau berikan.

  18. Para DO dan ADO lebih suka bersilat dan mengelak dari menjawab soalan beliau dengan baik.

  19. Sedangkan YB Teng cuma ingin tahu apakah prosedur yang digunakan oleh para DO dan ADO yang membolehkan mereka mengeluarkan wang dengan begitu banyak sekali. Soalan mudah yang sepatutnya dijawab oleh DO dan ADO itu tidak dijawab dengan baik, dan mereka lebih suka bersilat dan mengelak.

  20. Sedangkan soalan beliau itu mudah dan “straight to the point”. Sebab itulah beliau kelihatan sedikit agresif kerana mendesak para pegawai2 ini menjawab soalan beliau.

    Selain dari itu, Teng juga berkata, beliau juga merasa tersinggung dengan sikap para pegawai-pegawai kerajaan yang menampakkan kebongkakan mereka di dalam menjawab soalan mereka. Sehingga ada pegawai berkata menegluarkan pembayaran beratus-ratus permohonan dalam satu hari itu adalah normal. Jawapan yang berbentuk meremehkan serta merendahkan taraf pemikiran para AJK SELCAT inilah yang membuat YB Teng sedikit marah dan tersinggung menyebabkan beliau terpaksa mendesak para pegawai untuk memberi jawapan yang jitu.

  21. Dalam perjumpaan dengan DO dan ADO itu, MB telah meminta Dato Hassan untuk berkata-kata namun Dato Hassan membisu seribu bahasa sepanjang majlis itu. Ertinya sekiranya Dato Hassan mendapat maklumat yang seimbang dari anggota SELCAT terutamanya dari YB Saari Sungip, nescaya Dato Hassan tidak akan percaya bulat2 cerita kononnya SELCAT melayan para DO dan ADO seperti budak-budak.

  22. Dan akhirnya, keputusan yang diambil adalah SELCAT dikekalkan dan tiada perubahan dari segi prosedur yang akan dibuat oleh SELCAT.
Ertinya segala yang diperkatakan oleh Hassan Ali adalah BOHONG semata-mata.

Hassan Ali Sanggup Berbohong

Sedih sekali apabila Hassan Ali sanggup berbohong kepada Perhubungan Negeri dalam isu ni.

Kononnya sudah ada keputusan exco, kononnya dia berbuat begini kerana membela melayu kerana DAP memperjuangkan Cina, kononnya para pegawai kerajaan dilayan seperti budak kecil.

Semua bohong yang dibawa oleh Hassan Ali yang ditaja oleh pegawai2 kerajaan negeri yang bersubahat dalam korupsi dan salah guna kuasa UMNO dan BN.

Perjuangan Melayu - apakah yang hendak diperjuangkan oleh Hassan Ali di dalam melindungi pegawai2 kerajaan yang terlibat dalam korupsi?

Tindakan Dato Hassan ini memberi gambaran bahawa PAS dan Islam mengharamkan “beer” tapi menyokong korupsi.

Dan yang lebih besar kesalahan Hassan Ali adalah beliau telah bertindak lebih kuah dari sudu apabila isu ini telah dijamin akan diselesaikan oleh MB sendiri. Sepatutnya kalau ada kenyataan akhbar, harus datang dari MB bukan Hassan Ali.

Bila MB suruh bercakap malam tu, tak bercakap pula. Senyap sunyi.


Kita semua sudah maklum Dato Hassan ada sebuah NGO bawah tanah bernama “PROMIS” yang selalu mengadakan pertemuan di rumah Dato Hassan. PROMIS ini adalah terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan Selangor dan saya yakin mereka inilah yang merancang untuk Dato Hassan melakukan tindakan yang menghina serta menjatuhkan maruah SELCAT dan Pakatan Rakyat.

Pegawai-pegawai Kerajaan Ni Macam Pondan, Datin Khairiyah Lagi “Gentleman”


Hakikatnya memang pegawai2 Kerajaan Selangor ni taraf pondan. Kalau tengok sessi soal jawab dengan Datin Khairiyyah tempohari, takda pun Datin Khairiyyah ni komplen dilayan macam ni la, macam tu la. Takda pulak dia datang merengek2 macam budak kecik. Steady je Datin Khairiyyah menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh Azmin dan Teng.

Datin Khairiyyah tu lebih “lelaki” dari semua pegawai2 dan DO tempohari. Sikit pun dia tak komplen.

Tapi, pegawai2 ni komplen lepas tu buat fitnah kata dilayan macam budak-budak. Mungkin mereka ni memang budak-budak pun, sebab tu mereka merengek macam budak-budak.

Hassan Ali yang pegi sokong pegawai-pegawai ni saya pun tak tahu nak panggil apa?

Pegawai-pegawai Ini Mahu Melindungi UMNO

Hakikatnya, pegawai2 ini mahu melindungi UMNO dan isu dilayan seperti budak2 ini cuma mahu mengalih perhatian umum dari isu yang sebenar, yakni wang rakyat digunakan untuk kempen UMNO dan Barisan Nasional.

Pegawai pertama yang membuat kenyataan media adalah Bakhtiar Husin, seorang DO yang terkenal ke “UMNO” an nya. Beliau mengamuk2 dan melepaskan kemarahan beliau dengan membuat kenyataan akhbar kepada Harian Sinar sekaligus melanggar “General Orders”. Hakikat sebenarnya, beliau satu-satu nya DO yang mendedahkan bahawa pengeluaran peruntukan sekaligus pada bulan March 2008 adalah bertujuan untuk mencipta impak politik (yang berpihak kepada BN).Jadi, untuk menutup malu beliau dan mengalihkan pandangan umum dari “kesilapan” dan “pendedahan” beliau, maka dilakukanlah sandiwara dan rengekan kononnya beliau dilayan sebagai budak kecik.

Dan Hassan Ali ikut sama dalam tindakan para pegawai2 ini melindungi UMNO:
“During his testimony on Sept 9, the DO and his officers were questioned about how more than RM4 million worth of annual allocation for use by Barisan Nasional (BN) assemblymen in constituencies within the district was used, within the first two months of 2008.

Bakthiar admitted applications for allocations were fast-tracked for approval due to the general elections “to create an impact” as the money was needed to pay for small development projects and community programmes.”

-Tulang Besi


COMMENTARY

Hasan Ali, benarkah dasar dijunjung (atas kepala) dan strategi ditanggung (atas bahu)?


Excerpts: Read here for more

Tahalafus Siyasi memang strategi, tapi bagi saya, ia teramat jauh lebih bijaksana daripada strategi Hasan Ali mencarik persefahaman yang telah dibina selama ini. Ia jauh lebih baik dari sikap Hassan Ali yang sengaja menimbulkan perbalahan. Ia jauh lebih hikmah daripada kedegilan Hasan Ali menegakkan hujah benang basahnya.

Buat Hassan Ali, tiada atas bahu atau atas kepala…semuanya adalah daripada dasar Islam yang sama yang kita perjuangkan.

Sekali lagi saya tegaskan, Hassan Ali kena kembali mengikut silibus usrah marhalah demi marhalah, demi melayakkan beliau lebih santun berbicara soal Tahaluf Siyasi di Selangor ini.

Semasa di alam kampus, buat pertama kalinya saya dan jentera pilihanraya kampus yang kala itu bernaung di bawah jemaah kampus (pastinya underground) mendengar istilah TAHALAUF SIYASI.

PAS di luar yang kala itu menjadi mentor kepada jemaah kampus, memang mempopularkan kalimah ini lewat usahasamanya dengan beberapa pertubuhan bukan Islam saat mendepani pilihanraya.

Tahun 1980-an menyaksikan PAS pernah bersama CCC, bahkan PAS memenangi Kelantan saat bersama Semangat 46 (1990) dan Terengganu kemudiannya saat membentuk BA (1999). Itulah hasil Tahaluf Siyasi yang diimani oleh PAS.

Kami mengadakan persefahaman politik bersama mahasiswa Cina yang sebelum ini meyokong calon-calon pro-Umno di kampus. Umno selama-lamanya adalah sama, jangankan di luar kampus, di dalam kampus pun mereka bermain kotor juga. Mereka mendapat bantuan daripada HEP dan TNC demi kemenangan yang bacul.

Mahasiswa Cina memerhati dan mereka sedari, calon-calon pro-Umno ini gagal membawa inovasi kepada corak pemikiran mahasiswa, lebih teruk, mahasiswa Cina turut ‘dikencing’ oleh golongan mahasiswa pro-Umno ini.

Akhirnya, berkat kebijaksanaan para wakil jemaah kampus, suatu Tahaluf Siyasi dibentuk dan kemenangan plihanraya kampus akhirnya memihak kepada jemaah kampus!

Itulah Tahalauf Siyasi yang dasarnya adalah dasar Islam.


Bagi saya ia bukan sekadar suatu strategi, apatah lagi strategi murahan demi kemenangan politik. Mana boleh PAS yang dinaungi oleh para ulama’, mengizinkan Tahaluf Siyasi jika ia tidak mendasari perjuangan PAS.

Maksud saya, strategi apa pun yang diperjuang dan dipelopori PAS, maka mestilah ia menyokong dasar PAS. Maka, jelaslah Tahaluf Siyasi adalah peneguh dasar.

Kini, di Selangor timbul kembali isu Tahaluf Siyasi. Lebih menarik justeru ada pihak yang bermain istilah, di antara ‘atas kepala dan setakat bahu’ dalam hal tahaluf ini. Wah…wah…hebat.

Inilah kalimah yang disebut oleh Ketua Penerangan PAS Selangor dan dakwanya, ia adalah ucapan Presiden sendiri. “Islam dijunjung di kepala tahaluf diletakkan di bahu. Itulah PAS…

No comments: