Wednesday 3 January 2007

Copies of PAS's Harakah-Daily Confiscated by Police

Is it because of this photo that appeared on that Harakah Daily issue?


Photobucket - Video and Image Hosting
Pak Lah and Dato Michelle Yeoh at the Moonsoon Cup Dinner


Read here article "Harakah dirampas kerana gambar mesra Abdullah-Michelle" by Ahmad Lutfi Othman

Excerpts:

"..... HARAKAH terus diasak dan dihalang, dan terbaru, operasi rampasan dilancarkan semula, secara menyeluruh, dan difahamkan merangkumi hampir semua wilayah termasuk Sarawak.

Sekurang-kurangnya operasi rampasan dikatakan tertumpu di Subang Jaya, Bangi, Ampang, sekitar Chow Kit dan Masjid India. Bagaimanapun saya masih menunggu laporan lanjut dari pengedar-pengedar lain di seluruh negara.

.... Kebanyakan (pengedar) syak ia berpunca daripada gambar muka depan Harakah terbaru, yang memaparkan "gelagat nakal" Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa majlis makan malam sempena Monsoon Cup tidak lama dulu.

Pastinya fokus pembaca tertumpu kepada aksi Abdullah memegang bahu artis antarabangsa, Dato' Michelle Yeoh, sambil tangan pelakon terkenal itu membalas mesra sentuhan Abdullah.

Dari gambar itu jelas baju Michelle tidak berlengan dan bahunya terdedah.

Dan sudah selayaknya Michelle berbuat demikian sebagai tanda menghormati Perdana Menteri apabila Abdullah dari belakang "menyapanya" mesra. Turut memerhatikan mereka ialah teman lelaki Michelle, yang juga pemilik FI Ferrari, Dato' Seri Jean Todd.

Menantu Abdullah, Khairy dan isterinya Nori turut kelihatan, samar-samar di meja belakang.

...... Saya sebenarnya tidak mahu melencongkan isu sebenar yang mahu saya tonjolkan di sini. Ia bukan soal fesyen berkemban atau tangan Abdullah yang dilihat nakal memegang bahu Michelle.

Isu besar ialah operasi rampasan Harakah, yang tidak sepatutnya berlaku langsung, sama ada atas sebab gambar itu atau hal-hal lain. Harakah sepatutnya dibenarkan bebas bertemu pembaca dan peminatnya.

Harakah sudah dihukum pancung apabila kekerapannya dikurangkan daripada dua kali seminggu kepada 15 hari sekali, yang mana selalu saya tegaskan bahawa fungsi Harakah sebagai sebuah akhbar sudahpun berkubur.

Justeru, mengapa perlu Abdullah mengarahkan pegawai KKDN bertindak lebih zalim, hanya disebabkan gambar mesranya itu, walhal seperti saya tekankan di atas, fenomena bersentuhan lelaki perempuan sebagaimana ditunjukkan Abdullah dan Michelle Yeoh bukan satu kejutan pun kerana ia amalan lazim yang jarang dipersoalkan umum.

Saya kira, pemaparan gambar itu di muka depan Harakah tidak akan mencacatkan "imej islamik" Abdullah, malah beliau akan lebih tertonjol sebagai pemimpin negara Islam "yang sederhana dan tidak memandang rendah wanita"!..... "

- Ahmad Lutfi Othman

No comments: